time Posted by Hello

Maaf lama tidak menulis di sini, saya sangat kesuntukan masa…Dengan assignments dan juga preparation untuk ke makkah mengerjakan umrah Insya-Allah.

Bercakap tentang masa,..saya ada banyak perkara saya nak cakap mengenai masa, especially tentang menepati waktu.

Actually nya saya merasa begitu kesal dengan sikap segelintir (kalau tidak terlalu berlebihan unutk saya kata kebanyakan) orang melayu kita yang cukup susah utnuk menepati waktu, i.e. apabila mereka telah berjanji. Sepanjang saya tinggal di bumi english ini, saya merasa cukup kagum dgn ketepatan waktu mereka. Contoh; saya menjemput family friend datang ke rumah pada pukul 6 ptg, pukul 5.50 ptg mereke telah sampai dihadapan rumah dan menunggu di dalam kereta. Tepat pukul 6 ptg, ding dong. Tapi dengan orang melayu, janji pukul 6 ptg sampai, pukul 6.30 (setelah saya keluarkan makanan dari oven pukul 6, saya taknak makanan menjadi sejuk) saya call, masih belum keluar dari rumah. Begitu juga, sekiranya berjanji untuk satu program, saya diberitahu program akan start pukul 9 pagi.. setelah kami make all the effort in the world ( yes, in the world, sanggup tak patah balik ke rumah untuk mengambil susu anak yg tertinggal sebab takut terlambat sampai, yes, dah bersiap tolak dari rumah 1 jam awal utk perjalanan yg mengambil masa 1/2 jam) tepat sampai pukul 8.50, tiada siapa di situ. Kumpulan manusia yg pertama selepas kami yg sampai ialah pada pukul 9.30 pagi (penganjur program) yang dengan bersahaja berseloroh,” oo sebenarnya start pukul 10 pagi, saja bagitahu pukul 9, sebab sure diorang akan datang lambat..”.

Bayangkan betapa kesal, dan memang sebenarnya teruji kesabaran. Rasulullah saw juga sangat marah dengan orang yg tidak menepati janji apabila berjanji, tetapi dewasa ini, sikap sambil lewa di kalangan orang yg memanggil diri mereka ‘para pejuang islam’ amat sungguh memalukan. Jangan harap dapat menegakkan negara Islam, sekiranya hanya mengenai masa dan menepati janji tidak dapat di penuhi. Ini lah cabaran saya kepada orang2 Islam (yg melayu especially).

Kebaikan itu umpama hikmah pada orang Islam yg hilang. Di mana2 sahaja kamu menjumpainya, hendak lah kamu kutip akan dia. Dalam hal ini, terdapat banyak kebaikan dalam english culture yg saya nampak, tetapi banyak yg dikutip oleh anak2 muda kita hanya lah cara hidup yg tidak senonoh dan melampaui batasan agama.

Wallahu ‘alam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ {1
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3

Demi masa

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian.

Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenrana dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.