kaabah Posted by HelloAlhamdulillah,

Hati masih lagi merasa kerinduan untuk menjadi tetamuMu ya Allah. Walaupun cuaca di Makkah sangat panas, (from 10 C kat Uk terus pi 38 C kat makkah) first sight of Kaabah , terasa seperti pulang… pulang ke tampat asal.. rasa belonging, peaceful dan tak dapat menahan sebak di dada. Ini lah Kaabah yg wajahku adap sepanjang solat, Ini lah dia rumah Allah yg di bina Nabi Ibrahim dan Ismael,ini lah kaabah yg menyaksikan tentera Abrahah dikalahkan, ini lah kaabah yg menyaksikan Rasulullah dihina, di cerca, dan dia lah juga yg menyaksikan Hari pembukaan mekah, hari kemenangan umat islam…

Kami tiba di Makkah pada pukul 12 mlm, terus ke masjidil haram dgn anak2. Alhamdulillah anak2 tak menangis. Malah, Adam dan Adela juga ikut tawaf dan ber sa’ie, terima kasih Allah kerana permudahkan. Ramai orang semasa kami tawaf pukul 1 pagi tu, tetapi senyap… semua orang khusyu’ dan tawaddhuk dgn ibadah masing2. Nampak group yg ramai dan malaysia (telekung putih) dan turki (telekung hitam) dan juga Pakistan (shalwar gamis).

Habis bertahallul pukul 2 pagi, anak2 masih kuat lagi alhamdulillah, tetapi bandar makkah masih belum tidur. Lepas beli kebab terus pulang ke hotel untuk tidurkan anak2, dan bersedia utk solat fajr pukul 3 pagi.

Pada hari yg ke 4,5 dan 6, kami du uji dgn Adam sakit perut, gastro enteritis, so tak dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah. Walaupun begitu Adam kuat semangat, kuat dia berjalan ke masjid yg mengambil asa 5 minit, tapi kami terpaksa pulang cepat2 ke hotel, sebab dia sakit perut, atau pun semasa menuggu solat di masjid, terpaksa baba bawa dia ke toilet.

Hanya setelah kami tiba di Madinah sakit perut adam baik. Semasa melawat maqam Rasulullah saw, hati tak dapat menaham sedih. Ini lah dia rasulullah yg bersusah payah berkorban unutk kami unutk menyampaikan cahaya Agama Islam. Tanpa kehadiran Rasulullah saw, gelap lah dunia ini, Alhamdulillah atas nikmat Islam.

 

 

masjid nabawi Posted by Hello(will update later)

Leave a Reply

Your email address will not be published.