adam Posted by Hello
Ini anak lelaki saya, Abdullah Adam. 5 tahun. Tak tahu la orang lain tapi saya belajar banyak daripada anak2 saya. Yesterday, I heard him talking to one of his english (non muslim) school friend, “Can you say Allah?” Then kawan dia say “Allah..”. Then Adam tanya lagi, ” Do you know who is Allah?” “I dont know, who is Allah..” Then Adam said, ” Allah is very Powerful, He makes everything in this world, if you want anything, you just ask from Allah, and if you are a very good boy, Allah will give it to you..”
Saya merasa kagum dgn Adam. Dia begitu bersahaja berdakwah dengan kawannya. Saya selalu teragak2 untuk bercakap apa2 dgn orang kafir tentang perkara2 yg pelik2 lebih2 lagi berdakwah dgn mereka. Saya selalu menunggu mereka bertanya dahulu. Adam is a very good small da’ie, saya seharusnya mencontohi anak saya. Saya juga perasan, apa2 sahaja yg saya ajar pada dia, dia ingat, dan dia akan beritahu kepada orang lain. Benarlah anak itu umpama kain putih, kita yg mencorakkannya.
Adam aktif, dia susah nak duduk diam. Adela selalu menagis sebab abang dia suka cium kepala dia, and Adela tak suka. Kalau dulu masa kecil saya tanya dah besar nak jadi apa, adam selalu bagitahu nak jadi imam mekah; and dia tambah lagi dah besar nak kawen dgn Arab (nih mesti bapak dia ajar). Tapi sekarang dia kata dah besar nak jadi pembawa kereta lumba,. so dia boleh drive laju2. Adam sangat suka pada kereta. Banyak kereta collections kat bilik dia. Satu lagi pasal Adam ni, dia sensitif… tak boleh marah dia kalau kita nak halang dia, kena cakap elok2 dan bagi sebab, tapi dia sangat penyayang. Hati dia lembut. Saya aja ibu yg tak sabar… huhu..Nasib baik baba Adam seorang yg penyabar, complement saya.
Ya Allah, jadikan daku seorang ibu yang mithali, amiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published.