dawn at barry island 1996 Posted by Picasa
serikandi masa muda2 dulu, tahun 1996.

Kemas2 rumah, terjumpa balik nasyid lama, yg pernah sewaktu muda dahulu, sangat saya gemari. Senikatanya begitu memberkas di hati saya, yg kadang2 saya nyanyikan liriknya pada masa munajat di dini hari. Berikut adalah bait2 lagu nasyid tersebut:

Harapanku padaMu subur kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan siksaMu

Hambamu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku bermohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku bantulah hambaMu
Dalam memdidik jiwaku ini

nasyid Nadamurni

Qahar = Siksa, Ghafar = Keampunan, Mehnah = Ujian.

2 Replies to “My Favourite nasyid”

  1. Assalamualaikum WBT, jumpa jugak akak’s blog. Menyentuh hati…hmm agak2 boleh tak akak share nasyid nada murni tuh.. I cant find the nasyid. I am looking forward to get to know u better. Harap2 akak boleh guide adik yang baru setahun jagung kat UK nih :). Ma’assalamah

  2. Nasyid tuh akak ada, tapi cuma dalam kaset sahaja.. kalau dalam cd dah lama dah akak upload dalam blog nih.. anyway.. kalau nak dengar banyak nasyid2 lama, datang laa rumah.. hihih…
    Mungkian ada sesapa kat sini yg tahu cara nak upload kaset into computer?

Leave a Reply

Your email address will not be published.