Last weekend, saya turun ke selatan england kerena menziarahi kawan yg akan pulang ke Malaysia for good. Setelah selesai menziarahi mereka, ketika melalui motorway pulang, ternampak signboard ke sekolah lama saya, yakni tempat belajar saya yg pertama ketika saya sampai ke UK yakni utk mengkuti A Level. Kami mengambil keputusan untuk singgah ke sekolah itu, sebab saya nak menunjukkan kepada suami dan anak2 saya ‘tempat bubu belajar dulu’. Sampai ke pintu pagar Malvern Girls College terus segala kenangan lama berlegar2 dlm ingatan saya. (Kebetulan pada weekend yg sama, pelajar malaysia, Nur amalina 17A1 pon ke sekolah beliau; chelttenham ladies , tidak jauh drp sekolah saya)

Saya ke sekolah itu bersama2 4 pelajar malaysia yg lain. 4 drp kami tinggal di greenslade house, dan lagi 1 tinggal di main house sebab dia mendaftar lewat. Sekolah perempuan semua, terletak betul2 dihadapan Malvern Hills , dalam daerah worcestershire. Masih tergiang2 lagi, ucapan alu2an cikgu sekolah pada kami semua, dan dgn berkobar2 cikgu menerangkan kepada rakan2 english yg lain tentang ‘kelainan kami’ dan perlunya mereka menghormati kami sebagai pelajar muslim. Antara yg cikgu terangkan kpd mereka ialah supaya tidak makan di hadapan kami semasa bulan puasa, dan pertanyaan cikgu privately kepada kami jikalau kami memerlukan bidet (sejenis toilet yg mempunyai tempat keluar air utk mencuci, sebab omputeh tak cuci). Tapi kami menolak pelawaan cikgu itu sebab cukuplah ada sinki, its enough. Semasa pada tahun pertama A Level, kami terpaksa menjadi vegetarian, sebab cuma kami 5 org pelajar muslim di sekolah itu, tapi semasa tahun kedua kerajaan menghantar lebih banyak students, so kami dapat halal meal.

Saya masih teringat2 lagi gelak2 kecil adik2 year 7 or 8 (dlm lingkungan 12 – 13 tahun) bila kali pertama memandang kepada tudung yg saya pakai. Saya tak kisah, kami semua dah dewasa, 17, 18 tahun dan merasakan sebagai satu peluang utk mengenalkan Islam kepada mereka. Saya masih berbaju kurung ke sekolah, (pelajar A level bebas mengenakan apa2 pakaian tidak perlu memakai uniform) dan sedikit pon tidak merasa tertekan utk blend-in atau utk jadi sama seperti mereka. Saya merasa lebih mengenali diri dan identiti saya sendiri semasa di Uk drp semasa saya di Malaysia.

Mereka bertanyakan kpd saya soalan yg pelik2 seperti kenapa saya perlu memakai tudung yg lain tidak ( 3 drp 5 kami memakai tudung, sorang tudung ikat blakang, sorang ikat itik, dan saya sendiri mini telekung, yg lagi 2 belum lagi masa tu), dan mereke merasa sangat hairan dan ta’ajub kerana kami menunaikan solat (mereka nampak kami bersolat semasa trip sekolah) dan bertanya kenapa perlunya kami bersolat. Bayangkan, perkara2 yg kita take for granted, i.e kita solat atau jadi Muslim di malaysia, tak pernah tanya kat mak kita, “mak… kenapa saya Islam? bukan agama lain? “. Pada mulanya, segala persoalan2 sedemikian saya tak tahu menjawabnya, dan memandangkan antara kami saya yg paling lemah englishnya. Tapi sudah menjadi kebiasaan mereka utk selalu bertanya dan berhujjah dlm banyak perkara, yg pada mulanya saya merasa malu utk participate dlm discussion dlm kelas. Lama kelamaan, saya mula banyak bertanya sendiri, bukan saya tidak yakin dgn Islam, tapi saya mahukan jawapan yg jelas utk saya terangkan kpd non muslim, dan lama kelamaan mula berani untuk bersuara.

Sepanjang saya berada di sini, Alhamdulillah saya tidak terikut2 atau cepat terpengaruh dgn yg bukan2. sebabnya saya sentiasa memegang prinsip, ‘biarlah kiranya saya hodoh dalam pandangan manusia, asalkan saya cantik pada pandangan Allah’. Alhamdulillah, mak saya selalu melatih saya semenjak dari kecil supaya berani dan tidak cepat mengikut orang dan yakin dgn diri sendiri dlm membuat keputusan. Ini juga membuatkan saya selalu kelihatan ganjil atau lain dari kawan2 semasa di malaysia. Omputeh sebenarnya respect seseorang yg ada pegangan diri, kerana adat mereka juga begitu, Itulah jikalau kita ke sekolah atau universiti, mereka tidak malu utk menggankat tgn dan bertanya kepada cikgu sekiranya tidak paham (tidak seperti kebanyakn pelajar melayu yg malu atau segan bertanya). Mereka tidak malu melakukan sesuatu perkara sekiranya mereka yakin apa yg they believe is right.

Saya masih ingat lagi semasa saya A Level, saya ada menyimpan sebuah diari, ada satu seksyen yg tertulis, ‘ Hikmah yg hilang’. Kenapa saya tulis macam tuh? Itu adalah senarai perkara2 yg baik yg saya dapati pada omputeh yg tidak saya dapati pada orang melayu, kerana Rasulullah saw pernah bersabda, “kebaikan itu adalah hikmah yg hilang daripada orang2 Islam, kemana2 kamu menemuinya hendaklah kamu ambil“. dan juga senarai itu utk menolak banyak tanggapan sesetengah pihak yg anak melayu ke luar negara rosak dan hanya membawa budaya2 kuning, well tak semua kuning itu kotor, dan saya berazam utk membawa pulang kuning yg keemasan….

ps: hikmah yg hilang akan menyusul kemudian..

Leave a Reply

Your email address will not be published.