Alfa sekonyong.. apa tu eh? Masa di sekolah menengah dahulu (MRSM Jasin) saya dah 2, 3 sahabat baik saya konon2nya cipta satu moto hidup. Saya pun tak ingat macam mana nama alfa sekonyong nih terkeluar.. so harap22 kalau diorang visit site nih boleh la remind me. Kawan2 lama.. antaranya dari sekolah rendah ( Sek Ren Keb Perempuan Durian Daun, Melaka) selalu hadir di dalam mimpi2 saya. Kenangan2 lama selalu kembali, seolah2 saya masih kanak2 kecil yg nakal, dimarahi cikgu kerana buat bising dan juga di cubit-pintal di perut ( I wonder how is cikgu Azizah darjah 1) sampai koyak baju sekolah saya. Masalahnya saya tak pernah terserempak atau terjumpa dgn mereka (kawan2 sekolah) sekarang. dan mungkin kalau saya terjumpa susah nak cam. Apa laa jadi dgn diorang ye? Sekolah menengah di Malacca Girls High School, duduk asrama 2 tahun… (banyak cerita boleh nih.. kena buka diari lama balik hehe..) tak cukup makan, kena buli dan selalu lemah letih dan lesu. Lepas tuh form 4 & 5 baru laa kat Jasin.

Sekarang nih.. saya tak tahu nak tulis apa… nak cerita pun bukannya saya pandai sangat.. Meh saya bagitau apa saya masak semalam dan hari nih. Semalam saya masak Lagsane (Baba and Adam’s fav). Ada sesapa nak resepi?

Then hari nih saya jadi melyu pulak.. Lauk daging kambing biri2 masak lomak cili api, sayu campur goreng dan ikan kurau masin. Ikan masin nih kalau kat UK nak masak problemo sikit. Masa nak goreng kena make sure pintu ke dapur tutup rapat, tingkap dapur semua buka (walupun sejuk) and cooker ventilator on full blast. Kalau tak bau laa jawabnya. Simple je lelauk yg saya masak.. sebab saya tak pandai memasak dan jugak sangat malas masak.. Boring tetiap hari masak.. huhu.. apakan daya.. sebab dah sayang…(sayang Baba dan anak2…) Nak kena cari kerja laa. Tapi saya rasa kalau saya dah kerja pun saya akan tetap masak jugak.. sebab saya tak hepi family saya makan ‘air tangan’ orang lain.. kecuali sekali sekala (kedai eg). OK laa.. itu laa kehidupan saya seorang suri rumah.. sekian dulu….

4 Replies to “Alfa Sekonyong”

  1. Suri rumah juga adalah satu pekrjaan, malah lebih mulia kerana kerjanya dengan suami sendiri, dan pelanggannya anak2.

    Saya sedih baca entri kak elis yang ini. teringat masa kecik2 dulu, selalu sedih2 bila mak abah tak de di rumah. Dulupun malas nak balik Malaysia masa cuti sebab kalau balikpun duduk seorang diri sahaja di rumah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.