Muslim section, Western Cemetery, Ely.

Last weekend, kami melawat semula ke tempat kenangan lama, cardiff. Last time kami visit was in the year 2000. Mission: melawat sahabat2 yg dirindui, melawat ‘bekas’ rumah lama, banyak lah kiranya memori disepanjang perjalanan. cardiff sudah banyak berubah semnejak 6 tahun yg lalu, kedai yg dahulunya uzur semakin maju, kedai yg gemilang dah tutup.. huhu.. begitulah kehidupan di dunia ye? Walau bagaimanapun, tujuan utama kami ialah utk melawat kubur anak kami yg pertama; syahidah sofea. Saya tidak pernah melawat dia semenjak kali terakhir dia dikebumikan, sebab dahulu saya terlalau sedih, dan bad kata nanti dulu. Tapi sekarang saya sudah bersedia…

Sampai di Western Cemetery, Ely, kami terpaksa ke reception, sebab kami tidak ingat di plot mana syhidah dikebumikan. Setelah diberitahu tahun kematian dan nama, kami dapat juga akhirnya no plot syahidah; G 2047. Hati saya berdebar2.

Di kawasan perkuburan yang besar itu terdapat beberapa sections, kawsan perkuburan kristian, muslim dan jewish. saya dan anak2 menunggu di dlm kereta manakala badr mencari sebab hari hujan. Banyak batu2 nisan yg besar, dgn berbagai2 nama, bentuk dan rupa. Dgn berbekalkan nombor yg diberi badr terus mencuba cari plot syahidah, namun susah berjumpa. Akhirnya di kawasan (tahun 1998) terdapat satu kubur kecil, yg tiada nombor dan tiada nama. Berdasarkan nombor2 bersebelahan kami yakin itulah kubur syahidah. Saya tidak faham kenapa tiada tanda, tapi Insya-Allah kami nak cari pembuat batu nisan muslim supaya kelak kalau kami mati, bila adam atau adela ingin melawat kakak mereka, senang.

“Sayang, ini bubu dan baba….” saya tidak dapat menahan air mata rindu lagi. “Bubu rindukan syahidah….. sangat… Ini adik2 syahidah pun ada sekali”. Setiap kali saya sakit ketika susu ‘coming’ selepas melahirkan adam dan adela, saya pasti mimpikan menyusukan syahidah.

“Sayang, sayang pasti gembira bersama2 teman2mu di syurga”. Kami diberitahu bahawa anak2 ini menunggu kedatangan ibu bapa mereka di syurga. “Selamat tinggal syahidah, kami terpaksa berangkat pergi. Tidurlah anakku, lena. Selamatlah anakku, semoga kita diketemukan lagi…, Insya-Allah”.

5 Replies to “sayang, bubu and baba is here….”

  1. betul kak elis, banyak kubur kecil x bertanda kat situ. batu nisan tu ide yg baik, supaya kalau ada org lain yg juga nak jenguk syahidah sofea, senang cari.

    sorrylah ana beriya-iya suruh kak elis dan abang bad turun ke selatan, ana pulak yg tak datang… teehee… nak wat cemana, busy sikit weekend tu…

    p/s: ok ke sambutan adik2 kita tu?

  2. ok diorang, berkobar2 sambut, sampai diorang berebut2 nak suruh kitorang buat ‘menantu’ masing2 tunjuk skill masing2.. ehehe…

    Tu laa dah tunggu da karpet merah yg dijanjikan. sebab nydd tak dtg semua yg ada nampak muda jek… ehehe

  3. oh, bagus2! mereka tu semua hasil didikan sayalah tu.

    btw, do you remember muhaimin and wife, nisak? they both have blogs:

    Muhaimin: itchiness.blogspot.com
    Nisak: nisakzin.blogspot.com

    I dont know if other old schools also have blogs apart from you and them.

  4. Ellies,
    i didnt know u have a daughter before adam..i’m sorry for yr loss, Al-Fatihah buat arwah Syahidah..sedih i dengar cerita u nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published.