Memang dah lama sangat tak update blog. Mula2 sebab sibuk ada exam, lepas tuh otak saya pulak sibuk… sibuk memikirkan tajuk yg mana satu saya nak letak dlm blog… Sepanjang perjalanan balik dari uni semasa driving (yg mengambil masa 1 jam kalau jalan tak jam) macam2 saya plan dlm otak. Bila dah balik rumah, nampak anak2, masak etc.. semuanya hilang. Mak Bad pon dah lama balik Msia.

Banyak perkara telah terjadi di dunia nih since last I wrote in this blog. Berita2 semasa yg prejudis kepada Muslims di barat, membuatkan dakwah semakin sukar. Walaubagai manapun, pandangan saya, lebih susah untuk mengembalikan seseorang yg sudah sedia lahir muslim kepada ajaran Islam sebenar berbanding dengan menceritakan seseorang tentang Islam kpd yg bukan. Apa2 hal pon saya teringat satu hadith Nabi saw,”Islam itu dagang (pelik) dan ia akan kembali sebagai dagang (pelik) dan berbahagialah orang menjadi sebagai pedagang”. Yakni, zaman dahulu, tima seluruh dunia menyembah banyak Tuhan, Islam mengajar menyembah hanya kepada satu Tuhan. Zaman gelap, mencuri, menipu, menindas, menhina wanita, tapi Islam mengajar bersikap jujur tidak kira masa, adil dan mengangkat wanita ke tempat yg paling mulia. Islam dianggap sangat pelik pada zaman itu.

Kini, di zaman semuanya mengejar kebendaaan, zaman harta dan nama menjadi ukuran, pergaulan yg tiada batasan, sekali lagi Islam menjadi something really alien. Kawan2 adik saya merasa sungguh pelik bila pertanyaan mereka tentang zaman remaja saya jawab. Diorang rasa pelik sebab saya tak pernah ada pakwe, tak pernah berkawan/berbual lama dgn lelaki (bkn mahram), tak pernah bagi nombor telefon apatah lagi berbual telefon dgn lelaki (zaman saya pon takder YM nih). Tambah pelik, bila diorang tahu yg bad melamar saya melalui orang tengah, keputusan saya utk menerima Bad sebagai suami melalui solat istikharah semata, dan sepanjang pertunagan kami tak pernah keluar berdua atau dating.

“Tapi camner kita nak tahu dia baikkalau kita tak kenal dia?” Tanya seorang adik. Saya jawab,”we will never know….” Adik bertambah konfius. “Maksud akak, ramai yg zaman ini (zaman lom kawen), they can be anything you want them to be. Ramai akan berlagak menjadi someone yg paling gentlemen, paling cool, bak kata orang control hemsem semata, sama je la dgn pompuan. Tapi we will never know who they really are. Kita kalau nak tahu satu barang, kita contact manufacturernya, dalam hal ini kita tanya pada Tuan yg menciptanya.” Adik mengangguk2 kepala tanda setuju. “Allah yg tahu samada someone IS really for us. Ada sorang kawan akak, masa istikharah dia dapat jawapan yg positive pada sorang budak lelaki nih,… tapi masalahnya budak nih tak hensem lansung, padahal kawan akak nih kira cun jugak. Tapi sebab keyakinannya pada Allah, dia terima juga. Alhamdulillah, setelah berkahwin, bahagia mereka. Banyak orang yg akak nampak, masa bercinta kan main, gelak ketawa, dialah the perfect person, tapi bila dah kawen.. lintang pukang rumahtangga. Yang penting, keberkatan utk menjaga sebuah rumahtangga mesti di jaga daripada awal.”

Terpanjang pulak cerita saya kali nih, Next exam lagi sebulan. Tapi agaknya lepas nih saya kena kembali kerap menulis. Insya-Allah bersambung.

3 Replies to “I am back…”

  1. assalamualaikum kak, ari ni baru dapat internet kat umah. lepas abis check emel, bukan blog akak. Saja nak tunjuk kat budak2 kawan lama depa.. bukan main seronok browse the page. Down the memory lane. OKla, kalau rajin sy nak ada blog sendri jugak.. tak tau la bila. Dari kat UK life yg tak sibuk pada life mesia yg hiruk pikuk, lama dah simpan azam berblog ni.. tapi tak kesampaian lagi.. Wallahu’alam. Salam sayang buat Adela n Adam. loves, ni’mah

  2. assalamualaikum??

    eeee rindunya kat akak, just nak wish good luck kat akak unuk exam kali nih, study rajin2, jawab exam molek2.. sure akak terrornye ler.. btw saya ade benda nak citer kat akak, byk sessgtnya.. ingat hari nih ahad (13.5.07) kita leh jumpa, sekali cancel… nanti le bile akak free akak sms saya, saya nak kacau sekejap..hihhihihihih

    goooooooooooooood luck bukan gelak tau….

    fahimah yg still berdiet (hihihih)

  3. ske nye bace blog akak…lame jugak ye akak dok obesi…besnye…tringin sgt nk tau mcm akak knal hubby akak…nk tgk mase akak ngan suami akak mase mude2 dlu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.