Ok, bad dah seminggu balik, alhamdulillah dpt rezeki makan durian…
Adam next week start cuti summer, lepas cuti summer Lala akan start skolah, tapi saya dah mula belikan baju skolah dia, kalau lambat takde size nanti kat kedai. Bad, back to old rutine, kerja.. kerja.. kerja, saya seperti biasa hari2 ke lab; kira cells. Boringlah jugak.

Saya terfikir, hidup kita, pendirian kita, pegangan kita akan sentiasa berubah, dlm hal saya, setiap kali bila bertembung dgn sesuatu yg saya rasa benar, saya akan ubah halatuju ke arah yg baru,.. dan setiap kali itulah chapter dlm kehidupan saya juga akan berubah.. Kenapa saya katakan chapter? kerana saya kira perjalanan hidup kita umpama sebuah buku, dlm setiap chapter sudah tentu ada theme yg baru yg menjadi topic utama dlm chapter tersebut. Chapter start sekolah rendah, chapter sekolah menengah dekat asrama, chapter skolah menegah kat mrsm, chapter kursus persediaan A level, chapter A level baru sampai ke luar negara, chapter di london, chapter kehidupan sebagai isteri, chapter kehidupan sebagai ibu, etc… Yang pasti, saya tidak tahu chapter apakah seterusnya, dan bagaimanakah endingnya…

Endingnya sure dah ada di buku kitab catatan perjalanan kehidupan kita di lauhul Mahfuz. Maksud saya, setiap kesusahan, kesenangan adalah didikan dan tarbiyyah drp Rabbul Jalil, kita kadang2 manusia mengeluh dan tidak mengerti. Kita akan nampak hikmahnya, bila sampai masa. Saya selalu terfikir, kalau Allah matikan saya ketika ini, adakah saya bersedia? Dengan seikhlas2nya saya jawab tidak. Bagaimanakah dengan niat saya selama ini? adakah ikhlas lillahirabbil ‘alamin? Adaakah amalan yg sedikit diterima?

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُوراً

” Kami hadapkan mereka dengan ‘amal yg telah mereka lakukan (di dunia) lalu Kami jadikan ‘amalan itu seperti habuk yang berterbangan (tidak berguna)”
Al Furqan: 23
Semoga Allah mengampuni dosa2 ku yg lalu dan menjadikan aku seorang wanita yg solehah, amin.

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui”
Ali Imran:135.

One Reply to “Chapter Kehidupan”

  1. salaam kak,
    one of our favourite verses that relate to istighfar-RauufurrRaheem is Surah anNisa’:110 (Yet whoso doeth evil or wrongeth his own soul, then seeketh pardon of Allah, will find Allah Forgiving, Merciful)and
    Nashr:3 (Then hymn the praises of thy Lord, and seek forgiveness of Him. Lo! He is ever ready to show mercy)..as mentioned in the ‘Syarah ratib Al-Haddad’

Leave a Reply

Your email address will not be published.