Libas (bahagian 1)

August 15, 2007 in Fashion, My Blog

Siang tadi, sewaktu berjalan menuju ke lab yg terletak di atas hospital research centre, saya telah melalui di hadapan seorang mamat kulit hitam, umurnya agak2 dlm middle ages. Semasa itu waktu hujan, saya berjalan perlahan2 dan berhati2 kerana tidak mahu skirt labuh yg saya pakai basah. Pada waktu yg sama saya sentiasa menunduk melihat kelopak2 air hujan melayan perasaan seperti selalunya. So nampak macam ayu kot. Tiba2 terdengar di telinga saya dia berkata,”Bless you’all Muslim woman.”Hanya saya seorang di situ im sure, tapi saya tak pula melihat ke belakang utk check.. kenalah control ayu ketika itu, tapi perasaan saya happy. Mungkin juga kerana ketika itu di hadapan saya ada beberapa orang wanita omputeh melompat2 lari kerana hujan, dan dilihatnya saya bertudung melambangkan wanita Islam yg berjalan dgn sopan santunnya.. (he he… kalaulah dia tahu keadaan saya sebenar..)Inilah yg dikatakan kemana saja saya pergi, saya ‘terpaksa’ berperangai baik, kerana pakaian saya melambangkan pakaian wanita Islam. Saya tidak mahu sekiranya disebabkan saya, orang akan membuat generalisation yg tidak baik keatas pegangan hidup yg saya julang (Islam). Begitu juga sewaktu memandu, walaupun saya jenis org yg kurang sabar ketika memandu (lebih2 lagi kalau orang berbuat kurang sopan seperti memotong dr sebelah kiri atau tidak memberi signal utk membelok), saya memaksa jua diri saya utk sentiasa berhemah di jalan raya, beri laluan kpd kereta yg ingin keluar, .. pendek kata sentiasa bersopan.. hanya kerana saya tidak mahu org mengatakan, “orang Islam tidak bersopan”. Begitu juga di universiti, saya memaksa diri saya memberikan yg terbaik, sebab saya mahu perasaan yg sama ketika mengambil scroll bila graduation nanti, Insya-Allah amiin.

Mungkin, inilah yg disebut, pakaian ‘mengontrol’ tingkah laku kita. Apakah yg kita mahu orang nampak drp pakaian kita? Bila orang goth (yg memakai gincu hitam dan pakaian serba gelap seperti matrix) mahu org fikirkan pasal diri mereka? Bagaimana pula dgn wanita2 yg berpakain seksi berserta make-up yg tebal beserta dgn fesyen semasa mahu orang fikirkan tentang diri mereka? Mengapakah pula negara2 seperti Turki dan France menghalang (ban) pakaian keugamaan di sekolah2 atau jabatan2 kerajaan.

(Sisters di Turki ketika mereka diharamkan mengenakan tudung di sekolah dan universiti. Mereka terpaksa memilih samada tudung atau pendidikan mereka)

Apakah nilai sehelai kain tudung jika dibandingkan dgn pegangan yg dibawa dgn pakaian tersebut. Adakah pemakai tudung mengancam keselamatan negara?

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab:59)

Bagaimanakah pula dgn wanita2 yg mengatakan hati mereka sebenarnya baik, tetapi dlm waktu yg sama tidak bertudung. Bukankah anggota badan mereka mengingkari perintah Allah? Satu masa dahulu saya juga seperti ini, hanya menantikan “seruan” utk menjadi baik, sedangkan saya tak tahu bagaimanakah bentuk seruan itu. Bagaimanakah pula dgn wanita2 yg bertudung tetapi dalam waktu yg sama melakukan perkara2 yg dilarang Allah? Jelas sungguh mereka mengikuti satu perintah tetapi melanggar perintah yg lain dlm waktu yg sama menodai kesucian pakaian lambing keperibadian muslimah ini.

Wahai muslimah sekalian, kadang2 kita lupa, bukan hanya kepala yg perlu kita tutup dalam menutup aurat. Kadang2 kita lupa perangai dan pembawaan kita juga aurat yg terlebih penting lagi. Janganlah kita lupa ketika kepala kita bertutup tetapi kita ketawa terbahak2 dan mengilai seperti unta. Ketika kita bercerita, kita menceritakan tentang aurat (bagaiman rupa dan kecantikan kita), atau apa yg kita perbuat pada perkara2 yg tidak perlu orang (lelaki) ketahui (contoh yg pernah saya lihat, ada seorang menceritakan kpd org lain tentang pakaian tidurnya etc).

Sahabat sekalian, pakaian yg paling baik adalah pakaian taqwa (libas-ut-Tawqa), seperti firman Allah:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاساً يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشاً وَلِبَاسُ التَّقْوَىَ ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (kurnia) Allah supaya mereka beringat. (Al-A’raf:26)

Saya bukanlah contoh wanita Islam yg terbaik. Hati penuh dgn dosa dan noda, saya perlu selalu memaksa diri saya supaya mematuhi perintah Allah, tetapi diri ini amat degil dan selalu mendengar dan mengikut bisikan syaitan. Semoga Allah memberikan saya kekuatan utk menjadi wanita yg solehah, amin.

Gambar lala mengenakan jubah pertamanya.
Tajuk gambar: Amoi bertudung.
(ps: susah nak buat lala duduk diam semasa mengambil gambar ini, dia sentiasa melompat2 setelah memakai jubah ini. Mana agaknya dia dapat idea pakai jubah sambil melompat)