Anak…. Perkataan yg mudah disebut, berat amanahnya. Ada orang dapat anak, takmo anak, buang merata2, ada orang takder anak, sanggup trade segala harta mereka untuk mendapatkan seorang zuriat. Anak boleh membuatkan ibubapa gembira atau hancur luluh hatinya. Doa anak soleh/ah penyambung kegembiraan kpd ibubapa dlm kubur. Apa-apa hal pun, saya percaya ramai ibubapa yg bercita2 menjadikan anak mereka a Great Person; orang yg berjaya dunia dan akhirat. Saya juga inginkan begitu. Tapi tak tahu bagaimana caranya. Nak cari bakat dia untuk digilapkan. Tiger Woods, bapak dia bawa dia main golf masa dia umur 2 tahun lagi, begitu jugak dgn the Williams twins dlm tennis. Amir Khan pulak bapak dia cakap masa kecik kuat mengamuk, ketuk sana sini, so bawak dia channelkan anger dia dlm boxing, now nih dah jadi juara Olympic, selalu jugak nampak dia drive kereta2 dia yg posh ke sana sini. So camner caranya nak jadikan anak kita berjaya dalam bidang yg dia pilih? Saya pun tak tahu, yg saya yakin, cari something yg dia minat, berikan galakan dan keyakinan diri.
So, hari tuh bawak adam ke Daytona racing, he was very excited. Well, adam dgn car, perkataan pertama yg dia sebut sebelum sebut bubu dan baba. Tapi nampak gaya, adam lebih kepada pemandu berbudi bahasa berbanding pemandu racer. Football, swimming macam ok. Tapi tu lah, so far just ok. Tapi ada something yg nampak dia bagus, dia creative. Cikgu dia ckp karangan English dia bagus, and bila dia melukis, atau beri idea tentang rekaan, atau bila dia design sendiri k-nex tanpa ikut instructions, dia memang creative. Boleh jadi designer ke agaknya?

Adam & lala sebelum adam pi racing and adam masa racing.

Satu lagi yg saya amat bangga dgn Adam ialah dia tak pernah tinggal solat, rasanya semenjak umur dia 6 setengah tahun. Last week dia beritahu saya yg dia mahu solat semasa lunch di sekolah, selama ini dia solat bila balik rumah. Kami berbincang. Dia kata segan kalau kawan2 dia ejek atau kacau, maklumlah, adam is the only muslim kat school (selain Lala). Saya beritahu hasrat Adam itu kepada guru besar sekolah, and dia tak mind menyediakan satu bilik khas utk adam solat masa lunch time. Saya happy dgn adam, dia tahu tanggungjawab dia tanpa saya suruh. Saya dulu pernah cakap dgn dia, solat adalah perkara yg tak payah tunggu bubu suruh, kalau bubu and baba dah mati,.. nak tunggu bubu and baba suruh jugak ke? Tapi so far, hafalan surah banyak lah bad dah ajar dia, and nantilah saya cerita pasal Lala pula.

Adam & lala belajar

Entahlah. Tak tahu nak buat camner. Stressful jugak jadi mak nih kan? Bila anak nak exam kita yg berdebar. Mungkin tak patut begitu, kita jadi stress begitu sebab kita fikirkan kejayaan anak2 adalah sama dgn kejayaan kita. Padahal, kita lupa semasa kita kecik2, apa yg kita mahukan adalah kegembiraan, enjoyment, .. takmolah jugak jadi pushy parents.

Aduhai,…anak.. anak..

One Reply to “Anak”

  1. mencabar didik anak2 zaman skrg ni…kdg bikin hati panas,,kdg bikin hati sejuk..kdg boleh nak gelak,,kdg rasam mcm nak nanges…apa2 pun sabar tu insyaALLAH,,segala nya akan jd mudah..doa dan tawakkal je lah

Leave a Reply

Your email address will not be published.