Saya pernah terdengar perbualan somebody dgn Adam beberapa ketika yg lalu, Adam berkata sesuatu, then this person kata, “Adam tipu”. Saya menyampuk, “taklah Adam tak menipu, dia tak diajar menipu”. Antara perkara pertama yg saya ajar pada Adam ialah supaya tidak menipu. Kami lebih marah perbuatan menipunya drp perbuatan salah yg dia telah buat. Pertama yg kami beritahu ialah, atas bahu kanan dan kiri dia ada angels yg sentiasa mencatat, buat salah angel tulis baik pun tulis. Then ada points. Masa akhirat Allah weigh points jahat and baik kita, kalau nakal2 masuk neraka, ada hell fire. Kalau baik, masuk heaven, anything kita nak boleh dapat kat heaven tuh. Sekarang pun Adam dah boleh menceritakan benda yg sama pada Lala. Dia kata, “don’t tell lies tau Lala, nanti Allah cut your tongue!” Lala mengangguk saja. So, seingat2 saya, Adam amat jarang atau nearly tidak pernah menipu kpd kami. Kalau dia buat salah, dia mengaku sambil tersengeh. Lala pula, mengaku sambil cepat2 kata “But Im sorry…”

Pada org2 yg jaga anak2 saya, juga saya pesankan supaya jgn menipu dgn mereka. Jangan sekali2 memberikan janji kosong. Kalau tak benarkan mereka berbuat sesuatu berikan mereka alasan yg munasabah asalkan jgn menipu. Lantaran ni jugak lah, agaknya salah saya jugak, Adam dan Lala tak paham kalau org gurau2 dgn mereka. Susah nak menerangkan konsep, kalau jokes takpe. Hmmm…

Ada banyak sebab yg membuatkan org menipu. Ada yg hendakkan nama baik, ada yg nak selamatkan diri, nak pangkat, nak harta, juga sebab nak ramai pengikut. Ada yg rasa tipu adalah satu perkara yg remeh dan kecil sampai ada istilah tipu sunat. Kalau tak silap saya, sada beberapa perkara sahaja yg kta dibenarkan menipu, antaranya mendamaikan antara dua saudara yg bergaduh, dan helah/taktik perang. Penipu nih kadang2 dia tak perasan bagaimana perbuatannya membinasakan.

Macam mana kita nak tahu yg org menipu kita? Gerak hati? Entah saya pun dah banyak kali kena tipu. Kata orang tua,” senahak senohong gelama si ikan duri, bercakap bohong lama jadi pencuri (kalau version moden jadi menteri, hehe..)

Saya masih ingat masa saya tingkatan 4 di MRSM Jasin, masa tuh bertanding pilihanraya. Ada somebody yg saya sangka kawan, di hadapan saya kata lain, rupanya memburuk2kan saya dgn tipudaya dibelakang. Hati rasa sungguh sakit, walaupun kesalahan dia dah saya maafkan (walaupun dia tak minta maaf) tapi susah nak lupakan. Penipuan adalah perbuatan munafik (org yg suka berpura2). Sampai sekarang pun banyak nampak contoh org2 yg suka menipu. Antara penipuan yg paling common ialah apabila kita takmo ckp di telefon bila org call kita, kita suruh org lain ckp, kita takde. Cuma kita perlu yakinkan diri bahawasanya satu hari nanti, yang benar pasti akan terserlah, dan yg batil tentu akan tumbang, kalau bukan di dunia pun di akhirat itu pasti. Apa2 atau bagaimana cara org tipu kita tak kisah lah tuh, yg penting, kita jgn mudah tertipu dgn dunia. Biar kita yg mentadbir dunia kita, bukan dunia yg mentadbir kita. Jangan terlalu risau dan gusar dgn urusan dunia, jgn terlalu terpesona dgn dunia (pesanan khas utk saya).

Janganlah kamu semua dapat ditipu oleh kehidupan dunia dan janganlah kamu dapat di tipu oleh syaitan yg amat penipu itu untuk melakukan kedurhakaan kpd Allah. Luqman 33.

3 Replies to “Tipu”

  1. bab menipu mmg kita seringkali tertipu….susah kdg tu nak mengenal si penipu…berbagai lagak yg sukar utk kita kenal…
    yg paling penting,,kita sendiri jgn la menipu….

    *kalo kita invisible kat YM..kita dikira menipu ke apa??hehe*

  2. alamak… invisible kat YM pun di kira menipu ka? susah nih.. ehehe… Penipu paling teruk ialah org yg menipu diri sendiri kan? Betapa bijak dia meyakinkan org lain, tentu susah dia nak meyakinkan diri sendiri…

  3. Salam akak
    invisible kat ym bkn menipu tapi we want to keep silent rather than chatting@entertain anybody. pd pndapat sy menipu tu kalau bleh dielakkan sbb sy perasan bila org nak menipu je, cpat je terkantoi.. heheeh (coz sy pnah wat :P)

    kak–> siakap senohong gelama ikan berduri la.. yg akak wat tu bunyinya mcm pyh nak sebut. heheheh

    ~Khairunnisa'~

Leave a Reply

Your email address will not be published.