Lately, saya takder idea dan ada sedikit rasa malu nak menulis di blog atau di mana2. Bila baca blog kawan2, terasa diri ini begitu kerdil dan tak nampak apa2 manfaat pun yg saya boleh beri pada pembaca2 blog saya. Dah la takder ilmu yg boleh di curahkan, bahkan kebanyakan hanya coretan2 yg memboringkan drp saya. Entah lah…
Ramadhan di United Kingdom kini semakin lama semakin mencabar. Dulu, semasa saya first sampai 16 tahun yg dahulu, bulan ramadhan jatuh dalam musim sejuk, so maghrib lebih kurang pukul 3 @ 4 ptg… kira pendeklah puasa. Ramadan yg beranjak 2 minggu ke hadapan setiap tahun membuatkan kini ia semakin hampir dgn musim panas, i.e. waktu siang semakin panjang. Early this ramadhan, maghrib dlm pkl 8.15 mlm. Tak tahu la mcm mana next couple of years, risau dgn macam mana Adam & Lala (plus saya) akan cope dgn ramadhan menjelang zaman remaja mereka.
Saya rasa saya takder baju raya atau apa2 baju yg boleh dibuat baju raya tahun ni. Semua dlm almari saya dah tak muat dengan perut yg semakin membesar ni. Well, jgn kata baju raya, semua winter coat saya pun dah tak boleh buttoned. Selalunya kami tak beli baju raya pun, sebab sini jarang2 pakai baju kurung atau baju melayu, so boleh pakai baju yg sama berapa kali raya pun, kecuali anak2 lah, sebab mereka membesar. Tambahan pula waktu raya dlm musim sejuk, baju lawa pun terperap dlm kot, he he.. Syok pulak tengok Adam dan kawan2 lelakinya mengejek antara satu sama lain tentang kain sampin yg mereka pakai, ” you’re wearing a skirt!” Well enough about baju raya.
Adam & Lala bermain bunga api kat our back garden
Dulu kawan2 di Malaysia selalu tanya, sedih tak raya di perantauan? Semasa saya baru2 sampai UK, masa tuh tinggal di asrama penuh omputeh (bangunan lama serupa bentuknya dgn dlm cerita Harry potter), raya tak jatuh dlm cuti, so kami sambut sesama sendiri 5 org pelajar melayu. Masak pun entah hapa2, maklum la umur baru 17 tahun masa tuh dan kebanyakan kami semasa di Msia tinggal di asrama (atau pemalas tolong mak! ), so tak berapa pandai masak. Tapi bila dah ke university yg kebanyakannya terletak di bandar2 besar, tidaklah terasa sunyi sgt sebab banyak orang Islam dan komuniti pun besar. Masa saya kat London, raya kat Malaysia Hall kalau nak dengar dendangan takbir fesyen melayu (i.e fesyen berlagu sedeh) atau ke Regents Mosque kalau nak dengar takbir fesyen arab (i.e without much lagu dan boleh tengok pakaian berbagai jenis bangsa yg pelik2). Lepas tuh akan beramai2 ke mana2 rumah yg buat rumah terbuka. Ke Malaysian Embassy sudah wajib, sebab situ makanan sedap2. Ada kawan2 yg mencelah2 ikut kawan2 Brunei pi raya kat Brunei Hall especially kalau Pengiran diorang dtg sebab dpt duit raya banyak, tapi saya tak pernah pi.

Menu tahun lepas punya raya.

Masa dah berumah tangga, time kita pulak organise open houses. Setelah berbelas tahun dok UK nih, saya dah dapat developed skill ubai-suai cara masakan mengikut apa yg ada kat UK nih, so cara masakan tak sama dgn kat Msia. Kueh raya? saya jenis malas buat kuih raya. Kalau dtg rumah saya mmg takder kueh raya, saya akan masak2 yg heavy2 terus. Tapi tahun nih agaknya saya tak masak lansung kot, he he..
Raya kat UK nih, semua orang jadi sedara kita, so kita are welcomed ke mana2 rumah yg buat open house. So jadi lah serba sedikit meriah. Untak anak2, kami try belikan bunga api. Huh tapi boring la, tak semeriah semasa zaman saya kanak2 kat Msia. Sebabnya kat skolah Adam & Adela sorang je yg sambut. So ingatkan Insya-Allah kalau ada rezeki nak bawak diorang beraya kat Msia tahun nih for the first time ever (dah 16 tahun tak beraya kat Msia, sedeh tau!). OK sampai sini dulu, nanti sambung cerita lain kali.

8 Replies to “Puasa”

  1. salam,
    saya mmg selalu hop kat sini, I enjoy your writing… jgn la stop…ada manfaat from your jottings…

    lamanya dah 16 thn tak balik beraya kat mesia ek? sure adam & lala suka kalau raya kat sini. btw, mmg migrate ke sana ke?

    selamat berpuasa…

  2. thanks J, rasa selalu tulis merepek je, takder mencurahkan ilmu apa2 macam other bloggers kan? Haah tinggal sini, rezeki dah kat sini 🙂

  3. Kak, serius ke nak balik beraya kat Mesia?? Tentu Adam ngan Lala teruja nak rasa suasana Syawal yg meriah. Sebut pasal Syawal, dah mula terasa kesedihannya. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.

  4. salam ellies….eh jadi yer korang balik raya?.naik flight apa?.aritu survey2 tiket..mahal teramat…passport sofea pun kena curik gak…..nie nak kena pergi buat balik…tu yg tak jd nak balik raya…takper lah …
    kalau jd balik..nak ucap selamat berhari raya maaf zahir batin…

  5. salam kak ellies…

    saya dapat bertembung dgn blog akak ni,bila saya search msian in lancashire,something like that…saya suka sangat2 baca blog akak…lepas solat tarawikh,saya spend time baca blog akak…ade some ur posts tu buat saya menitik kan air mata…insyaAllah,jika ada rezeki dan diizinkan Allah swt,saya akan ke lancashire,UK utk melanjutkan pelajaran saya in Master level…saya sedang menunggu urusan visa…insyaAllah,berangkat selepas hari raya nanti…dr blog kakak jugalah,saya jadi minat dan kenal dgn saudara Sami Yusuf…blog kakak,buatkan saya terus confident,berani pada keupayaan diri sendiri…yakin seyakin2 nya dgn kuasa Allah…

    salam ramadhan dari saya di Msia…
    all the best buat Adam dan Lala…

    salam akak…:-)

  6. Eriyza, insya-Allah balik Msia raya nih. Semoga tabah menghadapi raya kali ini tanpa bonda tercinta.

    Fizah, selamat beraya. Tahun nih korang buat open house tak?kalau buat tunggu kita balik eh?

    Faiza, tima kasih atas minat dan galakan, dan semoga berjaya mengejarkan apa yg dicita. Selamat dtg ke UK 🙂

    Kak Q, insya-Allah kalau ada rezeki leh jumpa, jadual kali nih ketat sikit, salam aidil-fitri buat akak sekeluarga.

  7. Salam kak..

    Eid Mubarak buat akak, Lala, big bro dan suami.

    Masih di Malaysia ke? Tinggal di mana? Terus menulis ye kak. I really enjoyed reading your thoughts. Very much. It has it own spices.

Leave a Reply

Your email address will not be published.