Ayat-ayat Cinta

November 13, 2008 in My Blog

Selepas menonton cerita ni tadi, Bad dan saya teringat kisah2 lama. Ada beberapa similarities dlm cerita tuh dgn kisah cinta kami :) . Sebelum saya berkahwin, I was an occasional purdah wearer, i.e saya kadang2 pakai purdah, kadang2 tidak, tapi dlm kebanyakan keadaan yg melibatkan berkumpul ramai2, saya pakai. So, Bad mmg jarang2 dpt lihat wajah saya, malahan, bila saya tanya dia lepas kahwin, dia tak tahu pun kalau2 saya yg dia sedang cakap dgn. Buat yg mengenali saya, selepas kahwin, saya pakai purdah dlm 2 tahun gitu, dan atas sebab2 tertentu, Bad dan saya decided that I am not to wear it.

Gambar ini di ambil pada tahun 1997 di Kota London, raya pertama kami sebagai suami isteri

So, antara kesamaan cerita itu dgn kami antaranya, Bad dan saya tidak bercinta sebelum kahwin, kami di ta’arufkan (diperkenalkan) oleh orang tengah yg kuat agama mereka, saya decided utk menerima Bad setelah istikharah, (kerana saya tidak mengenali hati budi Bad), dan Alhamdulillah saya sangat berbahagia bersuamikan lelaki sebaik dia. Mungkin ini yg dinamakan Mawaddah, Warahmah.

Kami berkenalan dan bercinta selepas kahwin.Tak tahu lah mengapa, semakin umur perkahwinan ini meningkat, semakin saya deeply in love with him, mungkin kerana saya semakin mengenali suami saya ini. Dulu2 saya sangka, bila semakin tua, cinta semakin layu.. sama layunya kulit di pipi.

Berbicara tentang poligami pula (sebab ada dlm cerita itu), saya memang tidak menafikan hak suami utk berpoligami. Saya sayangkan Bad sepenuh hati saya, saya sanggup buat apa sahaja agar dia gembira dan bahagia, saya pernah bertanya kepada Bad kalau2 dia ada mempunyai niat atau keinginan utk berpoligami. Bad cakap tidak, cukup la dgn saya je.. (hehehe nasib baik). Bukan mudah utk beristeri 2 kata Bad, keadilan, tanggungjawab, tarbiyah etc. Bila saya tanya diri saya secara jujurnya juga,.. saya masih belum mampu mendidik diri saya melawan perasaan tamak saya supaya memiliki suami saya hanya utk diri saya seorang. Saya masih belum mampu mendidik diri saya agar mencinta Allah lebih drp segala2nya, saya masih belum mampu semua itu.

Agaknya, Bad pun tahu, kalau dia punyai isteri lain, saya akan banyak berbuat dosa,… dosa menyakiti hati muslimah lain, dosa menyalahkan Tuhan, dosa menyalahkan dan menyusahkan suami.. Dan mungkin juga sebab dia juga takut dirinya berbuat dosa menyakiti hati saya, kerana dia tahu semestinya saya akan bersedih (dia tahu, sebab kalau saya mimpi dia kawen lain saya akan menangis teresak2 bila bangun drp tido :( )

Pada saya, suami yg inginkan isteri selain seorang, perlu mendidik isteri pertamanya yg cinta pada Allah perlu lebih kuat drp cintanya kpd manusia, dia perlu didik isterinya tentang segalanya2 dlm hidupnya hanya utk Allah, semua yg dia miliki buat miliknya, tetapi milik Allah semata. Entahlah, Ya Tuhan, jgnlah engkau uji diri ini dgn sesuatu yg diri tidak sanggup… Saya masih belum sekuat dan secekal Aisya.