(our precious sprouts; in french)

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ
بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya,
Dengan dosa apakah dia dibunuh? at Taqweer: 8&9

Banyak sungguh berita dari tanahair tentang bayi2 yg dibunuh, yg dibuang dalam longkang atau ditempat pembuangan sampah. Hinanya perbuatan orang tuanya. Bayangkan, anak yg tidak ada kudrat dan tidak mengerti apa2.. tangisannya meminta utk supaya dia mampu bernafas… tangisannya minta dilindungi, disayangi, dibelai, tapi alangkah malang nasib anak2 ini, diperlakukan lebih keji drp sampah. Banyak sungguh air mata ini tumpah mengenangkan nasib anak2 yg tidak berdosa itu, tetapi saya pujuk hati ini, tempat mereka di syurga..kehinaanlah kpd ibubapa mereka.

Bagaimana boleh hilang rasa kasih sayang kpd anak2? Sedang haiwan pun sayangkan anak.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ
الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ
الْمَآبِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada
manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan
binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali
yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Saya ada banyak menerima personal email dan beberapa message supaya menulis tentang tips penjagaan anak2. Firstly, saya nak minta maaf sebab saya bukanlah orang yg terbaik utk memberi ilmu tentang penjagaan anak ini, tetapi utk tidak menghampakan yg meminta, saya kongsikan sedikit sebanyak nasihat2 yg saya dapati, dan serba sedikit pengalaman yg ada utk kita bincangkan bersama.

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ
عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Dan ketahuilah bahawa harta benda
kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi
Allah jualah pahala yang besar. Al anfal:28

Sebagai amanah, anak2 bukan hanya dijaga tentang makan pakai, tetapi juga tentang didikan yg kita berikan. Anak2 boleh menyebakan ibubapa ke syurga atau ke neraka. Mereka juga investment kita bila kita ke kubur… so.. some of the points yg dtg straight k kepala saya.. not necessarily in right order;

1. Disiplin & ketegasan

Pada saya disiplin adalah perkara yg paling penting utk both ibubapa dan anak2. Sedari kecil biasakan anak2 dgn rutin. Contoh, saya seorang pelajar. Saya memerlukan supaya waktu malam khusus utk saya belajar tanpa diganggu anak2. So dgn anak2 saya tetapkan pukul 8 mlm supaya mereka masuk tidur, tidak kira kalau tak mengntuk pun takpe, tetapi sudah mesti masuk ke bilik tidur masing2. Dan saya consistent dalam hal itu kecuali waktu cuti sekolah di mana ada kelonggaran sedikit.

Contoh satu lagi, semenjak kecil, sebelum tidur anak2 dibacakan doa2 khusus. So bila dah terbiasa, mereka dah dapat hafal sendiri doa2 tersebut dan tidak akan dapat tidur selagi doa tidak dibaca. Kalau kami terlalu marah dgn anak, jadikan ini sebagai threat, i.e. mlm ini bacalah doa sendiri! so dia akan menangis2 meminta ampun dan maaf kerana tidak daya menahan kesedihan kalau tidak didoakan, dan biasanya selepas menegur dan slow talk dgnnya menerangkan mengapa perbuatannya itu salah, maka doa bersama.

Saya ada perasan ada beberapa ibubapa yg lemah dgn kehendak anak2. Maksud saya, bila ditanya kenapa membiarkan anak2 buat sesuatu, jawab mereka,”sebab dia taknak!” Anak2 perlu difahamkan, kita yg boss, bukan mereka, i.e. diorang kena patuh cakap kita, bukan kita patuh cakap mereka. Dari kecil kena latih begitu, supaya tidak degil bila besar.
Satu lagi, perlu ada kata sepakat antara ibubapa dan penjaga. Jangan mak cakap lain, bapak cakap lain, anak2 akan cepat confused. dan satu lagi, jangan hari ini lain esok lain, be consistent.

2. Sabar dan kasih sayang

Sabar itu penting, bukan hanya sabar menahan marah dgn karenah, tetapi sabar dlm ertikata, berterusan (istiqamah) dalam mendidik. Sabar bila terpaksa bangun malam, sabar mengajar anak2.. sabar… Anak2 mesti sentiasa tahu yg kita sayangkan mereka. Jangan lokek dgn kata2 kasih sayang, jangan lokek dgn pelukan dan bermanja2 dgn anak2. Tetapi dalam kita memarahi mereka, kita mesti buat mereka tahu yg kita marahkan perbuatan nakal mereka, bukan kita tak sayang mereka. Kena kata, sebab sayanglah dia kena punish..kalau tak punish dia akan berterus-terusan jadi nakal dan akhirnya semua orang tak suka berkawan dgn dia, dan kena sentiasa beritahu, semua yg kita buat utk menjadikan mereka insan terbaik, dunia dan akhirat.

3. Jangan melecehkan

Saya pernah menulis dalam salah satu post blog saya tentang, “jikalau tak mahu leceh2, jangan ajarkan anak2 perkara yg leceh2” Maksud saya, kalau kita takmo tiap2 kali anak tidur kena guna buaian, janganlah diajar menggunakan buaian semenjak kecil. Kita yg bentuk mereka.. bukan mereka bentuk kita. Dan perkara tidak melecehkan ini banyak juga datangnya drp ibubapa itu sendiri. Kalau makbapak dia jenis fikir.. lecehla nak jalan ada anak kecil… maka jadilah ia leceh. Kalau kami, dari anak2 kecil dah biasa travel jauh2, semua kelengkapan disediakan awal2.. nappy kat dalam kereta pun boleh tukar, mak bapak kena cekap dan pandai multitasking. Boleh bawak budak kecik pi umrah, boleh belaja sampai peringkat apa2 pun dgn ada anak kecik. Its all in your mind!

4. Merendah diri & mendengar

Bila saya kata, anak kena dengar cakap kita, bukan kita dengar cakap diorang, saya tidak bermaksud totally mendominasi. Belajarlah merendah diri dgn anak2. Afterall, kita both belajar. Pernah saya menegur Adam tentang satu tabiatnya yg saya tak suka. Tapi dia cakap.. but its hard not to do it. So saya cakap.. samalah dgn bubu, bubu sometimes ada temper, and I should teach myself not to loose my temper.. shall we do it together Adam? So, anak tahu, kita pun ada kelemahan, tapi kita tunjukkan kpd anak2 bagaimana kita nak train diri kita utk atasi kelemahan tersebut. And, paling penting, jangan malu meminta maaf drp anak2. Bagaimana kita nak ajarmereka merendah diri dan meminta maaf, sekiranya kita tak menunjukkan contoh kepada diorang? anak2 sebenranya bijak, dan mereka sentiasa menilai ibubapa mereka. Macam dlm contoh nih,lps saya janji pasal control my temper saya pernah termarah sgt2 dgn Adam, lepas tuh saya minta maaf dgn dia, saying, “Im sorry Adam, I shouldnt have done that.. Im sorry..”

Beri masa mendengar alasan2 yg diberikan oleh anak2 bila mereka dimarahi. Badrul elok sikit drp saya bab nih.. saya kalau nak marah.. cepat je menghukum tanpa mendengar alsan kenapa dia buat begitu. So, anak2 rasa kita ada fairness dlm menghukum.

5. Tanggungjawab & jatidiri

Pernah juga saya tulis dalam blog ini tentang saya tak mengajar anak2 menipu. Sebabnya, kami sendiri tak pernah menipu kepada mereka. Tak pernah memberikan janji2 kosong. Apa2 yg kami janji kami akan tunaikan, apa2 yg kami rasa tokleh buat kami tak janji. Pernah nampak ada mak bapak yg berjanji kosong dgn anak2 supaya anak berbuat sesuatu utk mereka, tetapi janji tak ditunaikan. Akhirnya kepercayaan anak kpd mereka hilang. Pasal bohong ini juga, termasuk didalamnya adalah jawapan kepada soalan anak2. Jangan sekali2 menipu, bagi fakta yang betul mengikut tahap kefahaman mereka. Anak sebenarnya pandai.. do not underestimate them.

Contoh, Adela pernah bertanya darimana datangnya baby. Saya beritahu, bila mummies and daddies got married, daddy gave mummy a seed inside her tummy, it is so small, you cant see it. Then the baby grow and grow until it becomes big, and the baby will come out of mummy’s special hole. If like you Adela, you cannot come out of that special hole, then the doctor has to cut mummy’s tummy to get you out. Adela tanya, does it hurt? saya cakap yes.. very much. Then Lala said, I love you bubu, because you were hurting to get me.

So, sebab tak pernah tipu diorang dlm apa2 hal… adam and lala selalu percaya dgn apa2 yg kami kata. It is important to earn their trusts with us.

Ajar anak2 apa2 yg kita nak diorang jadi semenjak kecik. Sekiranya kita nak diorang jadi berani.. then ajar diorang jadi berani sejak kecik. jangan takut2kan dgn hantu etc. Cakap kalau diorang selalu patuh pada Allah then Allah (and His angels) akan jaga diorang.. sentiasa. Masa nih tanamkan aqeedah yg kuat pada diorang, tentang Allah sentiasa nampak segala perbuatan diorang, tahu pergerakan hati. etc. Satu lagi.. bila nak ajar aqeedah, tak semestinya dalam keadaan belajar formal.. masa main2 pun boleh ajar. Contoh, Adam gila sangat dgn kereta, so katakan pada dia, dalam syurga apa saja jenis kereta kita nak boleh dapat.

last sekali… (hmm rasa macam ada je bebenda yg terlupa.. tapi apa ye?)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ
عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang
melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al Munafiqun: 9)

12 Replies to “nos pousses précieuses”

  1. Sy suka ayat bila mummies and daddies got married, dadies gave mummy a seed inside her tummy, it is so small, you cant see it. Then the baby grow and grow until it becomes big, and the baby will come out of mummy’s special hole. If like you Adela, you cannot come out of that special hole, then the doctor has to cut mummy’s tummy to get you out. Adela tanya, does it hurt? saya cakap yes.. very much. Then Lala said, I love you bubu, because you was hurting to get me..

    Kanak² perlu diberi pemahaman ttg sesuatu pekara bukan direka cerita untuk membuatkan mereka paham.

    Sy suka topik ni. Tq kak Ellies.

  2. Kak Ellies,
    this is a very good article. Saya setuju bab yang kita sendiri mencorakkan ability anak2. Pernah anak saya yg sulung, tiba2 masuk ke dlm bilik saya sbb dia dgr spooky sounds kt dlm bilik dia. Saya bgtau, that Allah always there to calm + watch you. Kalau rasa takut, I told her to du’a to Allah + He will cast the spooky sound away. Then, dia dah tak takut lagi.

    Pagi tadi, before ke school, saya saja2 kata, “bye house..!” Yang sulung tu kata, “Bye, Allah! Err, do Allah has to stay at home, when I’m in school..??” Hehehe.. So saya bgtau Allah is everywhere + u can seek His help whenever u want to 😉

    So, sekali lg saya setuju bab yang kitaperlu terapkan aqidah pd diri anak2 sejak dr kecil lagi ;).

    Kak Ellies, saya selalu dgr cerita k.ellies dari suriana but never had a chance to meet u personally, hehehe.. Pdhal, satu tempat jer, hehehe.. 😛

  3. thank you eriyza… eriyza sebagai guru tentu ada lebih byk tips tentang pendidikan anak2 ini. sesetengah ibubapa mengambil langkah sambil lewa dlm menjawab persoalan anak2.

    Masa saya bujang dulu, saya pernah terdengar satu jawapan panjang lebar yg diberikan olrh sorang mak omputeh pada anaknya yg bertanya, sampai saya pun byk belajar drp jawapan tu.. dan dia tak jemu2 menjawab setiap soalan anaknya dgn sabar. Semenjak itu saya berazam utk jadi lebih baik drp mak omputeh tuh, sebab saya seorang muslim..

    And dalam masa yg lain, saya pernah nampak anak org melayu bertanya sesuatu pada mak dia, mak dia jawab, “dah la mak sibuk ni.. pi tanya bapak kau”.

  4. Baiti, terima kasih kongsikan cerita itu, cute dan innocent anak2 kan?

    Saya juga selalu dgr cerita pasal Baiti from suriana dan juga fahimah. Bila sya ke Mancehster, Fahimah selalu kata, saya miss awak by couple of minutes. Insya-Allah ada rezeki satu hari nanti kita akan bertemu.

  5. Salam Kak Ellies…

    Saya suka baca semua entry2 Akak sejak saya di Malaysia lagi hinggalah saya dah berada di bumi UK ni…sungguh bermaklumat dan dapat dijadikan panduan serta rujukan yang berguna….percaya atau tidak,saya selalu bermotivasi bila baca entry2 Akak…ada tulisan serta nasihat Akak yang saya tuliskan semula dalam diary saya kat UK ni…saya benar2 dapat semangat dari kata2 tersebut…

    Teruskan menulis dan berkongsi pengetahuan ye Kak Ellies…:-)

    Semoga Kak Ellies dan keluarga sentiasa berada dibawah limpah rahmat Allah SWT…Amin

    Salam dr Preston

  6. Assalamualaikum wbt, Thanks akak for the useful tips and advices…really really appreciate it.

    Harapnya akak sudi utk terus berkongsi useful tips and semuga akak dan famili dirahmati Allah sentiasa….

    Woman with lots of dreams 🙂 selalu terfikir boleh ke jadi ibu yg cemerlang sedangkan terasa diri ni ‘biasa-biasa’ je huhuhu

    Wassalam

  7. salam..

    The explanation sounds sweet in omputeh..mummy's special hole.

    Try it in malay–> lubang spesel@lubang istimewa..??!!huhu

  8. Chik… mana ada orang biasa2.. its all in your mind! If you want it, go for it!!

    Kak Maymot, ye tak ye jugak eh? nasib baik cakap omputeh kan? budak2 nih nak terangkan dalam bahser melayu diorang tak faham sgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published.