anak pompuan

April 26, 2009 in My Blog, Parenting

huh, cuti maternity saya dah nak habis dah… mula rasa susah hati.. sebab dak tinggalkan adnan dah dah mula pandai gelak2 bila diagah…walau bagaimanapun dah sediakan beberapa botol susu yg diperah utk adnan sepanjang saya bekerja nanti dlm freezer (sebab saya percaya susu lembu utk anak lembu, anak manusia kena minum susu manusia)

Adnan menangis

saya nih asyik cerita pasal anak je kan? sure org boring membaca alam kehidupan saya nih.. mcm takder benda lain nk cerita.. takpe la.. next time saya cerita pasal benda2 lain yg saya suka (baca: mad), contohnya pasal kereta. Ada byk benda yg saya gilakan, tapi susah nk cerita perihalnya dlm blog camnih.. kena duduk berdepan borak2 sambil tukar2 fikiran baru senang… org2 yg dah pernah dtg rumah saya atau borak dgn saya tahu rasanya.. ehehe…

The many faces of 5 years old Lala bertudung

Baru2 nih, Lala cakap dgn saya yg dia nak pakai tudung bila jalan, bagus jugak.. at least boleh practice supaya tak kekok pakai tudung nanti. Tapi, at the moment, saya tak paksa dia pakai.. saya galakkan dan more of a practise. Saya dah bincang dgn Bad pun, at the moment susah kalau dia nak pakai kat skolah sebab, dia baru lagi kat skolah tuh.. kawan2 pun masih belum stable.. masa dia mula kat situ, sebab dia ‘lain’ je pun susah nak dapat kawan, now nih dia dah mula ada beberapa org kawan, kalau dia bertambah ‘lain’ nanti makin la kena tinggal. Insya-Allah bila dia besar sikit, kami akan bincang lagi dgn dia. Risaunya menjaga anak pompuankan?… macam mana mak saya menjaga kitorang semua 5 beradik perempuan eh? cun2 pulak tuh (sorry… perasan!)…

Gambau is made unavailable.. hehehe..


no 1, abg (pic not available), no2 angah, no3 myself, no4 ina, no5 Liya, no6 itik

“Barangsiapa memelihara dua anak perempuan, memberi nafkah kepada keduanya dan membaguskan pemeliharaan keduanya sampai keduanya dewasa, maka akan datang di hari kiamat aku dan dia.” Rasul mengepalkan jari-jari beliau (HR Muslim, Tirmidzi, Ibnu Hibban).

Semoga Allah memberikan sebanyak2 rahmat kepada ibubapa kami yg telah memelihara kami dgn baik.

Anak2 perempuan lembut hatinya.. dan suka bermain emotion.. tak sama dgn anak lelaki (bukan bermakna org lelaki takder emotion. cuma kurang berbanding pompuan). Masa saya (+ adik beradik) saya kecik2 dulu.. kalau kitorang gaduh, gaduh pakai mulut je.. takder la bertumbuk/bergolek atau fizikal mcm budak2 laki. Bila dah besar2 camnih.. saya selalu gelak2 dgn kakak saya bila teringat kisah2 lama :) Bila dah gaduh, nagis senyap2 pulak tuh.. air mata je yg meleleh. Adam kalau nangis melaung (agaknya Bad kalau nangis camtuh kot?) Bila saya tgk Lala. saya rasa kesian pulak.. dia takder adik beradik pompuan yg dia boleh buat kawan,.. kenalah dia main benda2 boyish dgn Adam sebab dia yg selalu beralah bab main. Impressive sungguh bila Lala berbual dgn Adam bab kereta2 sport, ” Adam, you can have the Bugatti Veyron Bleu Centenaire, and I’ll have the Lamborghini Murciélago V12 Adam…” katanya yg selalu menonton TopGear dgn Adam. Canggih betul budak2 sekarang. Actually, kadang2 Adam beralah utk melayan lala main, so dia main pondok2 atau dolls dgn Lala, but.. jgn bagitahu friends dia katanya..

So, bila Lala ckp yg dia nak try pakai tudung, saya bukakan laci collection tudung saya padanya dan cakap she can have any tudung that she wants from here. Saya tahu its not a big deal pasal tudung nih, budak2 kat Malaysia banyak yg pakai tudung, tapi di sini, di tempat yg saya tinggal nih, saya je yg pakai tudung (kawasan saya kaw omputeh and kat skolah Adam & Lala je yg muslim). Jadi, memang Lala kena deal dgn banyak ‘perasaan’ especially bila dia besar nanti. Yg penting saya tekankan pada lala, yg dia pakai tudung utk pleased Allah, and to be thankful to Allah sebab jadikan dia cantik :) and not because of anyone else.

Saya ingat lagi masa saya mula sampai ke England dan bersekolah kat boarding school pompuan sini, budak2 mat saleh yg kecik2 gelakkan, yg besar okay aja cuma banyak bertanya,.. kenapa kena pakai tudung, kenapa ada tudung yg macam saya, macam kawan saya (yg ada ikat depan, dan sorang lagi kat belakang) and kenapa ada yg tak pakai tudung. Menjawabnya pulak ikut kepada yg bertanya, ada yg bertanya seriously nak tahu, ada yg memang suka2 je nak intimidate. Ada sorang budak dari US nih, dia memang suka jenis nak merendah2 kan apa2 pun yg kita jawab pun, satu hari, seperti biasa dia tanya saya apa maksud lambang kat baju T-shirt saya masa tuh (kitorang semua dapat free t-shirt tuh). And so, saya jawab, do you really want to know? Dgn mata yg sinis dia jawab, yes.. Saya jawab its American Express. pecah perut kawan2 saya tahan gelak pasal baju AE free tuh… oopss.. dah terlari tajuk…

Alamak.. baby dah nangis.. sambung lagi lengkali..