Susah sungguh mencari masa utk update blog. Sibuk dan macam2 terjadi.. Belajar, jaga anak, kemas rumah.. nih je pun baru lepas habis lipat segala tudung.. Saya memang ada banyak sangat tudung,.. well actually saya tak tahulah collection saya berbanding orang lain, tapi rasanya memang banyak. Bermacam2 warna dan segala combinationnya, tapi kebanyakkannya adalah warna gelap (especially hitam dan cokelat) sebab Bad kata muka saya elok pakai kaler gelap bukan cerah. Kebanyakan tudung saya adalah drp jenis kain selendang yg panjang, sebab Bad suka saya pakai style lilit berbanding jenis 3 segi (semua kena ikut cakap Bad kan?). Tudung2 saya start daripada yg berharga £2 jenis pashmina takder jenama sampai lah yg paling mahal yg saya ada drp jenama Burberry.. baru ada1 je nih :). My favourite brand kalau masa musim panas ialah Nitya Paris, sebabnya dibuat daripada kain cotton yg ringan tapi tak jarang, dan mudah dibentuk. Kalau musim sejuk saya suka jenis pashmina wool drp India. Masa saya start pakai tudung zaman sekolah dulu, tudung saya jenis 3 segi drp kain jenis jojet atau polyester, kalau yg jenis2 yg tebal, berat dan mahal tuh drp jenis yg dipanggil SB line.. tak tahu ada tak lagi jenis2 kain camnih. Pastu tuh, awal2 uni saya pakai tudung labuh.. tapi, tudung labuh nih rasa saya bahaya sikit sebab bila angin tiup lagi berbentuk drp kain tudung besar yg dililit.. and so saya berubah guna kain lilit. Pada saya tak kisahlah bagai mana rupanya jenis kain tudung tuh, asalkan menutupi dada dan tidak menampakkan aurat.

collection tudung saya

Saya start pakai tudung dikira lambat jugak. Dalam hujung form 4 gitu. Masa tuh pun dalam family saya belum ada yg bertudung, and zaman tuh sapa pakai tudung dipanggil orang dakwah, tak macam zaman sekarang. Saya dah cerita dah kot, pasal bagaimana saya mula bertudung dalam blog post saya yg lalu. Macam2 perihal tudung nih recently di negara barat. Bad cakap, kebetulan France haramkan wanita Islam berfurdah, selepas satu2 French plane jatuh.. seram saya. So far, ramai sedara-mara atau kawan2 yg baru sampai dari Malaysia merasa hairan melihat lebih ramai wanita berfurdah di UK berbanding dgn di Malaysia. Begitu juga dgn lelaki yg berjanggut dan berjubah putih, lebih byk di sini.. well at least kat area North West nih. And peliknya, omputeh pun macam dah biasa je dgn kehadiran diorang.

gabra di hadapan poster saya, menjawab persoalan delegates

Baru2 ni, saya terpaksa menghadiri sebuah conference di Ireland. Disebabkan saya masih menyusukan Adnan, Bad ambik cuti beberapa hari utk menemani saya ke conference tersebut sambil2 menjaga Adnan. Supervisor saya tak kisah, bahkan dia happy saya tak menjadikan anak sebagai alasan utk kerja. Infact dia bookkan kami semia teksi yg ada carseat utk Adnan lagi. Sepatutnya saya bagi oral presentation but (Alhamdulillah…) penuh.. so buat poster presentation.. nasib baik.. saya gemuruh sikit berucap depan ramai orang.. next year kot. So, orang lain happy kesana kemari, saya mencuri2 keluar drp lecture menyusukan Adnan, bila dia dah tertidur saya bawa dia mendengar lecture dgn saya jugak :). Alhamdulillah, saya dapat anugerah utk 2 categories for my work dlm conference tuh; highly commendable in use of microscopies dan highly commendable for use of novel material in biomedicine. Ada berkat membawa baby agaknya 🙂

gambar latest Adnan, thanks Azim & Mahani atas pic nih

7 Replies to “Tudung”

  1. Salam Kak Elies…

    Firstly, nak ucapkan Tahniah pada Kak Elies diatas 2 anugerah yang Kak Elies terima tu…Alhamdulillah, So proud of you, Sis…Satu daripada anugerah tu kena bagi kat Adnan tau…hihi…berkat bawa Adnan jugak tu…:-D

    Panjang umur Kak Elies…baru jer Faiza bagi msge kat shout out kat blog ni, and Kak Elies dah post new entry…:-)

    Faiza sebenarnya memang dah terfikir2 nak datang ziarah Kak Elies, tapi bila baca blog Kak Elies, rasanya macam Kak Elies dah start busy balik with ur study di University…mesti Kak Elies letih bila balik rumah dan nak fokus pada family Kak Elies pulak kan…tu yang Faiza rasa macam serba salah jugak tu…takut nanti mengganggu Kak Elies and family pulak…

    Nanti kalau Kak Elies rasa dah free sikit, Kak Elies inform Faiza ke…Faiza boleh datang ziarah Kak Elies di Bolton masa tu nanti…

    Faiza pun hari tu dah start check train ticket dr Preston ni utk ke Bolton…InsyaAllah,takde masalah 🙂

    Anyway, All the best Kak Elies…Faiza doakan semoga Kak Elies berjaya in ur study and life dunia dan akhirat…Ameen

    Take care Kak Elies…Looking forward to meet you soon 🙂

    P/S: Banyaknyerr koleksi tudung Kak Elies…semua color ada…meriah!! best2!!! 🙂

    Salam dr Preston:
    -Faiza-

  2. salam kak ellies…. congratulation… kagum. Indah sungguh kagum. Zmn skrg, org mudah mengeluh kerana leceh dgn anak2. mmg susah nak jumpa hamba Allah yang sanggup bawa anak ke tempat keje hanya kerana anak itu masih manyusu badan. Syukur kerana masih ada lagi org mcm akak. nnt indah dh punya anak, indah nak jadi mcm akak. Indah akan jdkan kisah akak sbgai panduan utk mengelola anak2.. heheh… dah berangan nih nk ada anak..

  3. Faiza, tima kasih sebab selalu dtg blog nih jengok, anytime nak dtg Bolton ckp je la ye? nanti akak try kosongkan time for you, but next 2 weeks starting 24th kitorang takder, pi holiday :).

    Anonymous, thanks 🙂

    Indah, Insya-Allah akak doakan indah dapat suami yg soleh dan anak2 penyejuk hati dan mata, amin :).

  4. salam kak…

    congratulation utk akak… saya kan, dari dulu berangan nak fluent dalam english. entah macam mana perasaan saya ntah kalau kena present dalam english? mahu carca marba. tapi one day saya nak lidah saya dapat la sikit accent british. kekeke. (berangan tak salah kan kak…) akak, kejarlah ilmu. selagi dibuka ruang utk akak.. selagi nyawa dibadan.. bila dah jadi ibu, malam td saya termenung fikir.. macam2. pasal ilmu saya. usia saya.. suami dan anak2.. saya doakan akak tabah menjalani hidup selalu. bak kata optimus prime..

    letss rock..

    ngggeeeeee.

    akak. adnan kan dah makin lain muka dia.. ntah mcm muka siapa tu ya? akak kot..

  5. Tiada kata secantik bahasa kecuali tahniah kak Anna di atas kejayaan tersebut. Semoga semakin banyak kecemerlangan dirangkul di tahun mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.