Menunggang unta di padang pasir untuk menuju ke Pyramid.

Baru kembali daripada bercuti di Cairo. Seperti yg dijangkakan untuk musim panas, memang Cairo (Kaherah) panas, tapi yg paling tak tahannya ialah habuk dan debu pasir yg melekit ke muka dan lubang hidung. Time macam ni fikir saya, lebih baik pakai niqab. Pertama kali saya menjejaki kaki ke bumi anbiya ini, saya mengharapkan untuk melihat bumi yg Allah jadikan, dan juga melihat adat masyarakat tempatan yg tak dapat dicapture oleh tulisan atau gambar semata. Inilah negeri yg satu masa dahulu ditadbir dgn bijaksana oleh Nabi Yusuf a.s. tapi kini hanya terkenal dgn tinggalan Firaun yg derhaka kepada Allah. Kami melawat tempat tinggalan Firaun iaitu Pyramid di Giza dengan menaiki unta, gayat pada mulanya especially bila unta membengkokkan kakinya utk berdiri. Betapa besarnya piramid yg dibini dgn batu-bata besar yg dibawa beribu batu drp Aswan mengikuti sungai Nil, hanya untuk membina bangunan menyimpan harta dan mayat Firaun. Pekerja2 binaan dibunuh kesemuanya setelah binaan siap, hanya kerana utk menyimpan rahsia Firaun. Barulah saya faham apa yg dirasai oleh bani Israel yg menjadi buruh binaan, sekiranya ahli keluarga saya sebegitu,anak2 lelaki semuanya dibunuh oleh Firaun, tentulah doa dan pengharapan yg sangat di pinta kpd Allah utk melepaskan diri drp siksaan. Kemudiannya melihat tinggalan Kerajaan Firaun di Egyptian Museum of Antiquities. Emas untuk topeng, dengan segala kemewahan, patung2 yg sungguh besar, saya terfikir dan baru saya boleh faham bagaimana nabi Musa a.s. merasa seram untuk melawan Firaun.

Adam & Lala melepaskan lelah di kolam renang hotel.
Kami kemudian melawat Masjid Al Azhar. dan merasa nikmatnya bersolat di situ sambil menghilangkan dahaga dgn tangki2 air yg disediakan. Bertemu dgn beberapa student Melayu yg membawa kami melawat universiti yg terkenal tersebut. Berkesempatan juga ke pasar Khan al Khalili, syok sebab bila convert harga barang terlalu sangat murah berbanding dgn harga di UK, cumanya saya tak banyak membeli sebab tak tertarik hati sgt dgn apa2. Lagipun, bila orang bawa saya shopping saya jadi segan dan malu nak beli apa2. Heran jugak dgn Egypt nih, tinggalan Firaun bukan main sangat dijaganya, tapi tinggalan Islam seperti disia2kan.. mungkin kerana tak balik untung utk tarik pelancong? Tapi sempatlah jugak melawat masjid & maqam Hussein (cucu nabi), masjid & maqam imam Shafie, masjid & maqam saiyyidatina Nafisah, masjid Amr al As, masjid Muhammad Ali di citadel (kubu yg dibina oleh Salahuddin al Ayyubi). Kami menyewa sebuah bot menyusuri sungai Nil pada waktu malam, tak share dgn Arab lain sebab bising. Bila bot terserempak dgn bot Arab lain yg dihiasi lampu bergemerlipan dan lagu yg terpasang kuat, rasa kelakar la pulak nampak banyak minah arab bergelek2 joget tanpa segan silu. Pemandangan dari sungai Nil breathtaking…

Pemandangan waktu malam dari sungai Nil. Susah nak capture waktu malam dari bot yg bergerak2 bila perlukan shutter speed slow utk kumpul light.
Generally Cairo kotor dan banyak sampah. Cairo pada saya tak sama sungguh dgn Istanbul. Cairo semuanya duit, sampai2 org dah ketuk kita dgn duit, Apa2 saja kena bagi duit. Org doakan kita kat masjid pun, mintak upah duit, tak termasuk dgn ramai yg meminta2. Kalau tak dinasihatkan oleh locals, memanglah kita kena tipu perihal duit. What do you expect bila ramai sangat rakyat miskin berkumpul (20 million) dalam kota Cairo. I’m sure bukan semua or Cairo sebegini, kami di sini pun hanya seminggu, tapi nampak banyak akhlaq yg kurang cantik berbanding dgn Istanbul. Sorry saya bandingkan dgn Istanbul, sebab berbanding dgn negara Islam lain yg pernah saya pergi. both Cairo dan Istanbul pernah menjadi kota pentabiran kerajaan Islam dan jumlah kepadatan penduduknya sama.

Pada saya, bila kita berjalan ke negara orang, lebih baik kalau kita ambik apa2 yg positif untuk dipelajari. Kalau cari yg tak elok sahaja, tentu yg tak elok yg kita jumpa. Orang Egypt saya selalu nampak solat dimana2,.. i.e. nampak seposen je orang solat sorang2 kat bawah pokok, atau kat car park. Dan saya nampak ramai orang lelaki yg mempunyai tanda sujud pada dahi mereka, mat saleh bukan Islam yg tulis buku Egypt guide pun tulis pasal benda nih… tak tahu tanda tu sebab culture atau memang sebab mereka rajin solat (saya pun senang dapat tanda sujud tuh kalau saya sujud kat carpet/sejadah diperbuat drp wool.. saya allergic dgn wool, sesaat saya sujud atas wool, seminggu saya ada tanda sujud.. macam baik je padahal palsu!). Satu lagi yg saya perasan, tak nampak banyak anak muda berdating (seperti yg terdapat di Malaysia, sehingga berbulu mata melihat). mengikut jawapan (apabila disoal pasal ni) yg diberikan oleh ustad Ahmad (org melayu pattani yg telah menetap disitu selama 16 tahun) yg menjadi guide kami pada 2 hari terakhir, perempuan arab egypt pandai menjaga diri, tidak mudah menjual kehormatan diri sebab takut2 tak jadi kawen dgn kekasihnya, incase terkawen dgn org lain kalau tidak suci lagi suami akan minta segala haknya dan memulangkan gadis ke mak bapaknya semula.. malu sekampung. So takdela kisah2 buang anak mcm malaysia. Satu lagi, walaupun gadis mereka banyak yg berpakaian moden, diorang taklah pakai T-shirt tak berlengan dgn tudung macam sesetengah budak2 bertudung melayu.

Kesibukan dan hiruk pikuk di pasar Khan al Khalili. Panas, peluh, debu, pasir, melekit..

Apa2 hal pun, syukur sebab adanya establishment seperti universiti al azhar, kalau tidak bertambah rosak egypt. Saya rasa masalah utama dgn kerosakan egypt adalah berpunca drp kerajaannya yg sangat corrupt. Bila ada ulamak menegur akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh, seperti yg terjadi kepada As Syahid Hassan al Banna, Syed Qutub dan lain2 lagi. Kisah2 yg saya pelajari semasa saya muda2 dahulu datang kembali. Saya rasa malu kepada org kafir sekiranya saya terpaksa menunjukkan negara Egypt sebagai negara Islam kepada mereka. Kata2 seorang yg saya tak ingat sapa,” Aku lihat (sifat) Islam di negara orang2 kafir, dan aku lihat (sifat) kafir di negara orang2 Islam,” memang saya akui kebenarannya.

Di perkarangan Masjid al Azhar.

Alhamdulillah ‘Adnan baby yg sangat sabar dan tak banyak karenah.

Adam & Lala pun Alhamdulillah tahan lasak.

Banyak lagi gambar, tapi skop untuk meletak pics kat blog nih limited. mungkin saya kena buka account dgn website photography utk share pics sini.

6 Replies to “Cairo”

  1. Salam Kak Elies…

    Alhamdulillah,Kak Elies and family dah selamat balik dr Egypt…

    Sangat best baca cerita Kak Elies tentang Cairo tu…takde sambungan ke???…hihi

    "Adnan baby yg sangat sabar dan tak banyak karenah"

    Faiza sangat2 setuju dengan ayat tu…Adnan memang baby yang baik,peramah,murah dengan senyuman,hensem, dan macam2 lagi…Uwaaaaa,saya dah start rindu dengan nanan tu!!!…Adnan memang baby yg baikkkk….saya dah jadik peminat Adnan sekarang nih…hihihi

    P/S: Kak Elies,terima kasih banyak-banyak ye,kerana sudi terima saya sebagai tetamu di teratak mu itu…hehehe….

    Apa cerita sensasi yang Kak Hani cerita pasal saya tu,Akak??? Ni mesti citer pasal jacket saya yang hilang kat tengah jalan tu ye…hihi….

    Kirim salam pada Kak Hani ye…:-)

    Nice to meet all of you in Bolton…Thanks again to Kak Elies and Dr.Bad,Adam,Lala,Adnan and Kak Hani…:-)

    Salam dr Preston

  2. assalamualaikum….apa kabar kak? mungkin akak terkejut kan sbb tetibe je sy anta komen kat page akak…sbnrnye saya selalu jugak baca artikel kat blog akak nie..banyak perkara menarik yg bole saya pelajari…nnt sy cerita lagi…anyway salam perkenalan dr saya di Malaysia

  3. asm

    apa khabar elies? nie illa….ingat lagi tak?
    seronok baca cerita awak….ttp memang betul…cairo n istanbul banyak sungguh bezanye….mula2 saya jejakkan kaki di bandar cairo saya memang terkejut melihatkan tahap kebersihannye…ttp bila dikenangkan semula ngan pendudukannye yg ramai cam tu…memang tak hairan….saya dok komen kat raja….dia kata kalau pegi ke india lagi ler…mayat mudah sangat jumpa di tepi2 jalan.

    Jalan2 kat Istanbul rasa seronok n selamat may be tak de yg dtg serbu minta duit….kawasannye pun bersih
    kat cairo mula2 nak masuk ari tu pun dah kena bagi rasuah kat emigresen…kitaorg siap kena tahan n check passport padahal bukan nye ade ape pun…risau gak…rupa2nye itu cara diaorg nak ambik duit lebih…ttp itu semua pengalaman rasa hidup dlm negara yg mengamalkan rasuah secara berleluasa.

    waaahhhh nama baby baru awak cam nama datuk saya ler (Megat Adnan).Cam mana study awak skrg ngan baby baru nie?
    okaylah, salam sayang dari malaya.

  4. Salam Ila, mestilah ingat.. takkan lupa sahabat pulak.. Adam pun selalu sebut pasal AriF, dia cakap takder boys yg sama sedap berlasak dgn macam Arif. Fatin dgn sofea sihat? camner diorang kat Msia?
    Masa saya pi Cairo haritu, terjumpa dgn ustad.. err lupa nama (ex naqib our husbands) and dia bagitahu pasal korang kat Cairo gak. Tensen jugak kan especially bila org Aran yg Islam layan kita lebih teruk drp org puteh layan… Ila, nanti sambung citer eh? Salam sayang..

  5. Puan,
    Salam saya tertarik dengan bekas sujud orang Cairo. Sy guna search engine gunakan Bekas sujud. Saya pun ada bekas sujud. Ramai juga yang menegur- terutama rakan anak-anak saya bila pergi ke sekolah mereka….
    Dlm Al-quran n Al hadith ada disebut perkara ini…. boleh tolong cari tak…

    Yajam

Leave a Reply

Your email address will not be published.