Anak orang miskin, di al Hussein, Cairo. Banyak benda yg kita ada, kita take for granted.
“But then, I will be different, everybody else has this..” begitulah kata Lala kalau dia diminta berbuat sesuatu yg ‘lain’ drp kawan2nya. “But you are not like everybody else Lala, you are special,” kata saya untuk memujuknya. Rasanya, ramai anak2 yg begitu, kalau 2,3 org je kawan2 yg ada sesuatu permainan, dikatanya semua kawan2 ada. Saya terfikir, bukan sebab saya takmo bagi dia atau belikan dia, tapi saya nak latih Lala supaya tidak merasa malu untuk kelihatan lain. Lebih2 lagi, saya nak dia ada perasaan kekuatan diri bila dah besar nanti untuk menutup aurat tatkala orang lain semua terdedah. Saya nak dia menjadi seorang yg berkeyakinan bila dia tahu dirinya berada dipihak yg benar, dalam kata lain tak cepat melatah untuk mengikut orang lain. “So.. kalau orang lain makan jijik, Lala pun nak makan jijik lah ye? Suka ikut orang lain?” kata saya mengulangi apa yg biasa saya dengar masa kecik2 dulu. Masa nih selalunya Lala dan Adam akan tergelak besar… menjadi jugak cara psychology orang dulu2 ye?
Dalam pada tuh ada jugak rasa sedikit guilty dalam hati saya. Contohnya, masa bulan october yg lalu, sekolahnya menyuruh budak2 pakai baju bertemakan Halloween, so semua kawan2 Lala memakai baju ‘hantu’ etc. Tapi saya tak mahu anak saya merayakan perayaan yg batil tuh, and saya suruh Lala pakai baju seragamnya ke sekolah hari tu. Kata saya dgn dia, buat apa nak ikut puja2 setan nih Lala, dan dia nampaknya faham. Bila sampai sekolah, budak2 lain semuanya pakai macam2 dan masing2 berbangga dgn apa yg dipakainya,.. and sometimes kids can be so cruel, ” You dont have this.. I have…” katanya mengejek Lala, tapi Lala diam sahaja, saya cuma memegang bahunya erat2. Of course kita mahu anak kita rasa happy, gembira, tak berduka, tapi kena trading antara happiness dia dan pembinaan syahksiah diri dia amat penting. Seperti yg saya pernah ceritakan dulu, semasa saya kecil mak saya pun selalu buat begitu pada saya, dia kata tak payah ikut orang lain, selagi kita yakin yg kita betul, teruskan sahaja apa yg kita buat, sampai sekarang saya pegang apa yg mak ajar tu.
Dalam masjid Sayidina Hussein, Cairo.
Dalam pengalaman saya sehari2, kadang2 saya nampak ada sesetengah orang yg rasa gelisah bila dia ‘lain’. Contoh yg mudah, ada orang Islam yg apabila menggunakan pisau dan garfu (knife & fork) untuk makan secara barat, sanggup dia ikut cara tak Islam, yakni menyuap ke mulutnya dgn tangan kirinya yg memegang fork. Sebab dia rasa malu kalau org nampak dia makan dgn tangan kanan, kononnya yg dia kuno? Dia lupa hadith Rasulullah saw yg mengajarkan, mana2 suapan yg masuk ke mulut dgn tangan kiri adalah dari syaitan. Atau dia lupa yg mak dia ajar, suap makanan dgn tangan kanan, cebuk dgn tangan kiri? Malu kot, kalau2 mat saleh tengok,padahal diorang tak kisah pun. Kalau kisah pun, so what? kan? kan? ehehe.. Satu lagi contoh typical sekarang nih, yg saya rasa sedih bila berborak dgn anak2 muda adalah pasal tiada teman istimewa (pakwe atau makwe) sebelum kawen, ataupun bercinta selepas kawen.. macam diorang tak pernah dgr. Ada yg kata, kalau takder pakwe maksudnya kita tak lawa sebab orang takmo kita.

Saya juga selalu terfikir, kalau kita nih yg jenis suka ikut2 orang nih, kalau ditaqdirkan hidup pada zaman nabi saw bagaimana ye? Maklumlah, zaman tuh, semua org kata, jgn ikut/dengar kata dia (nabi saw) sebabnya dia tukang sihir, dia orang gila. Kalau kita bukan jenis orang yg suka mencari kebenaran dan suka mendengar kata2 orang, sudah tentu kita tak mendapat keindahan Islam.
Pelik? Tak mengapa. Saya selalu ingat hadith ini.قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

(The Prophet SAW said “Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers”) Sabda nabi, Islam itu bermula sebagai satu yg asing ( غرابة), dan ia akan kembali sebagai yg asing. Berbahagialah orang yg asing.
Oleh itu, tak mengapalah kalau kita lain, asalkan kita betul. Jadilah orang yg kuat keyakinannya, dan tidak terikut2 benda2 salah. Semoga kita termasuk dalam golongan ‘asing’ seperti yg disabdakan nabi saw.

6 Replies to “Menongkah arus”

  1. Salam Kak Elies…

    Saya kan tak sabar nak tulis komen nih..hihi…saya memang orang asing di bumi yang asing ini…tapi bukan makhluk asing ok…:-)

    Kak Elies, saya SANGAT-SANGAT setuju dengan Akak…saya juga ramai friends and relatives yang akan buat muka pelik bila keadaan macam ni:

    "Dah ada boyfriend?"

    "Takde lagi…dan tak pernah ada pun"

    "Tak kan takde lagi kot…umur-umur macam nih patut dah ada"

    So what??…saya senyum jer 🙂

    Bagi saya, saya ada pendirian serta sebab yang tersendiri…selagi kita tahu dan yakin kita di pihak yang betul, kenapa saya nak risau dengan cakap dan pandangan orang kan kan…

    Pandangan Allah pada kita itu lebih penting…

    Sebabnya,hidup ni bukan boleh nak ikut2 orang…Ayah saya dulu kata:

    "kalau orang tu terjun bangunan, along pun nak terjun bangunan jugak ke"…

    ada ker patut…hihi

    Ishhh…banyak nih nak bertazkirah dengan Kak Elies dengan lebih lanjut…tapi nak buat macam mana kan, bos sangat busy nak pergi holiday masa tu…hehehe…

    Kak Elies, teruskan perkongsian ilmu ini ye…:-)

    All the best…Salam

  2. Salam kakkk…

    Rindu kat akak. Apa yang akak tulis mmg kena ngan batang hidung indah sndri. Hmm..sebenarnya apa yang akak tulis ni mmg penah tjadi kat Indah terutamanya pasal pakwe. Indah slalu ttnya2 napa indah tak dkurniakan lelaki yg istimewa utk indah. Kadang2 indah rasa malu ngan member2 yg dh ada boypren. Yela.. sepatutnya baya indah dh mmg seharusnya ada teman. Tapi indah?? tetap lain drp org lain. Tipula klo indah x rs sedih tp skrg ni Indah dh tau. Apa yg akak tulis tu smua dh masuk dlam otak nih. Lega rasanya.. Lega btol sbb dh dpt jwpan yg benar.. tq kak.. Sayanggg akak!! Jaga diri!

  3. salam kak. Indah nk tnya 1 soalan. Bleh ye mintak pdpt akak. Mcmana klo Indah punya 'kelebihan' yg menmpakkan indah lain drp yg lain dan 'kelebihan' tu mendatangkan keaiban dan kadang2 buat indah rasa malu. Adakah indah harus singkirkan perasaan malu tu tanpa menyingkirkan 'kelebihan' yang ada atau membuat sesuatu dengan mengubah kelebihan tsebut?? Indah cnfuse sbb klo ubah, tak baik jdnya. Klo tak ubah, mengaibkan.

    Susah nk terangkan dgn lbh detail. Huhu.. Klo tak keberatan bleh tak akak bg email akak?

    eirfy_malaya@yahoo.com (indah punya email)

    Apapon thanks kak.

  4. Kak Ellies, sindiran tuk sy ke?? Hehehe! Gurau jer kak. Sy maseh mau "pakwe" yg halal yakni lepas kawen.

    Sy malas nak amik port bila org asek tuding jari mengata hanya kerana tiada lelaki di sisi seperti org lain. Biarkan saja. 🙂

  5. sorry korang lambat balas, been busy.

    Faiza cepat2lah menikah ;P

    Indah, I have emailed you.

    Sesungguhnya, saya bebetul tiada niat menyindir sesiapa 🙁 Sorry kalau terasa.. Eriyza.

  6. salam kak elies, saya silent reader blog akak. tak penah tinggal komen, tp segala tulisan akak mmg informatif dan penuh pengajaran. sy suka baca. akak mengingatkan sy yg sering lupa.

    tp kali ni terasa nak komen. tp isi komen sy ni sama dgn pengomen2 yg atas ni, hehe. pointnye pakwe, kekeke.

    baru siang td saya kata kt membe, aku nak pakwe laa. sbbnye? sbb tgk sume org ada pakwe, ada tunang, ada suami. yg ada suami bgs la kan, better than pakwe.

    tp lps baca tulisan akak, sy rasa betul apa yg akan ckp. menjadi asing itu lebih baik kan? lain dr yg lain. biar la org lain ada pakwe pun,patutnya saya tak pedulikan pun.

    ** tp mmg betul, kdg2 mmg rasa, aku ni tak cantik tu sbb takde pakwe, kekekeke

    thanx kak elies for the very good advices 🙂 hope u wont stop blogging or change ur url, coz i dont know how to contact u if one day u close this blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published.