Mendengar namanya disebut orang sahaja membuatkan hati terdetik dan berdebar. Terdengar nama tempat tinggalnya disebut dalam TV pun membuatkan hati tertanya2.. Tapi tiada perubahan diriak muka.. tidak banyak yg tahu pertunangan saya dengan Badrul ketika itu, seperti kata nabi saw, rahsiakan pertunangan, sebarkan perkahwinan. Inikah yg dinamakan perasaan dilamun cinta? fikir saya pada ketika itu.Ramai orang suka berbicara tentang cinta. Its only natural. Kita mahu dicintai dan mencintai. Perasaannya indah, lebih2 lagi bila cinta bersambut. Saya sangat mencintai anak2 saya, dan saya tahu mereka mencintai saya kembali. Cinta seorang ibu tidak berbelah bahagi, walau banyak mana anak2nya. Cinta seorang ibu juga unconditional,.. anak2 tak perlu berbuat apa utk membalas cinta saya, saya tetap cintakan mereka.

Cinta seorang isteri dan suami juga adalah cinta yg tekah dijanjikan oleh Allah dalam al-Quran.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan مَوَدَّةً kasih sayang وَرَحْمَةً dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum:21)Ada pulak orang tanya, macam mana nak cari jodoh? Jodoh kita dapat selalunya dari golongan yg sama: Betullah jugak kata cikgu saya msa sekolah dulu. Dalam berseloroh dia berpesan, kalau kita jenis yg suka mengurat ditepi2 jalan, kita akan dapat jodoh orang yg respon pada ngurat ditepi2 jalan juga. Kalau kita selalu ke surau, kita jumpa jodoh disurau juga. Macam ayat quran,

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang (An-Naba’ :8)

Bad dan saya, just sebelum beranakkan Adnan.. tuh dia dalam perut tuh.. sarat. Pic di ambil di Rivington Valley, West Penine Moors.
Bagaimana kalau cinta yang tidak bersambut? Seringkali saya diberitahu tentang hati yg mempunyai penuh perasaan cinta untuk dicurahkan kepada orang lain, tetapi tidak ada calonnya. Maksud saya, boleh je nak cinta kucing, kereta etc, tapi mana sama ye tak? Ini kita tgh cakap tentang perasaan cinta manusia antara 2 jenis, atau dalam bahasa mudah fahamnya cinta laki-pompuan. Saya pun pernah mengalaminya. Saya nak ceritakan tentang satu rahsia.. saya tak pernah cerita ni pada sesapa pun bahkan Bad pun tak tahu, and now saya letak dlm blog saya, so satu dunia boleh tahu.

Saya dulu pun tak pernah punyai pakwe, saya nak juga ada teman hidup seperti orang lain, kerana saya risau kalau2 tak dapat lelaki yg baik buat peneman hidup saya nanti. Nak mengurat2 saya malu dan tak pandai. Keluar rumah pun saya jarang2, sehinggakan jiran2 sebelah rumah pun tak tahu yg mak saya ada anak dara terperuk dalam rumah. So, apa yg saya buat? Saya solat hajat. Saya berdoa sungguh2 dgn Allah semoga diberikan saya jodoh yg baik dan cepat, kerana saya yakin hati2 kita ini semuanya dipegang oleh Allah.

Allah pemilik segala hati, seperti doa rasululah ; يا مقلب القلوب، ثبت قلبي على دينك (Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas agamaMu). Soal cinta adalah soal hati. Mintalah pemilik hati itu (Allah) utk menggerakkan hati yg Dia tahu sesuai untuk membimbing kita untuk kejalanNya datang kepada kita sebagai seorang suami. Saya sungguh2 berdoa ketika itu sampai tertidur2 atas sejadah, persis kisah kiamat sudah dekat,”minta dengan sangat”. Kerana apa juga? Sebab manusia pandai menipu. Adakalanya seseorang wanita atau lelaki itu boleh menyamar utk berkelakuan paling ayu dan paling baik di hadapan prospective pasangannya, tapi lepas kawen, bak kata P. Ramlee, “perangai jahat ya Allah macam Syaitan!”. Allah je yang tahu perangai sebenar seseorang itu.

Selepas berdoa itu ditaqdirkan Allah sekali banyak datang (he!he!), betul seperti kata naqibah saya dulu, selalunya jodoh datang macam orang tunggu bas.. tunggu lama2 takder, sekali datang 3 biji bas terus, tapi dalam salah satu itulah jodoh kita. Seperti yg pernah saya ceritakan dulu, Bad meminang saya melalui seorang kakak through husbandnya. Ingat tak Khadijah mak angkat saya yg saya cerita dalam posting blog saya tentang masjid di London dulu? Dia pun ada menyampaikan pinangan seseorang, dan beberapa yg lain yg tak perlu saya tuliskan di sini, biarlah rahsia 🙂

Bersambung…. (BTW,.. tak sangka ini post saya yang ke 100)

Masjid Disbury, Manchester. Masjid ini mempunyai kenangan manis bagi saya. Di masjid inilah saya di ta’arufkan dengan Badrul. Masjid ini dahulunya adalah sebuah gereja yg dibeli oleh org Islam.

10 Replies to “Cinta (1)”

  1. salam..
    Kak, Indah nk buat la mcmana akak buat… Mintak2 la Allah terima solat Indah & sgl hajat Indah..

    TQ ya kak.. Indah dah semangat nih!!

  2. itu lah, apa2 pun kita minta je pd Allah kan. mesti Allah bg punyer.

    akak nk tau tak? kt tempat kerja saya, kitorang yg single2 ni ada la bercerita ngan kakak2 yg dah kawen psl urusan nak mencari jodoh ni. ada la kakak2 yg bg nasihat, dan mcm2 lg.

    ada sorang kakak ni, dia cerita, dia pun jodoh lambat, umo 29 baru kawen. ms tu mak sume dah bising tp dia still takde kawan. hari2 la solat hajat, dan ada sorang kawan dia bg ayat quran dlm surah ape sy tak ingat, tp ada la saya catat dan simpan untuk kegunaan masa hadapan, ehe.

    kakak tu lepas solat mesti baca ayat tu dgn sungguh2. lps 3 bulan dtg la jodoh dia. org kenalkan. kenal sebulan, trs kawen sampai sekarang.

    aritu dia tanya saya, dah amal belum ayat akak ajar tu? lps tu sy ckp, belum la kak. nnt dulu la. nnt lps 3 bulan ada pulak yg datang meminang, sy tak sedia lg :p [dgn nada bergurau]. dia gelak2 aje.

    rasanya kalau betul kita dah sedia, betul2 nak sesuatu berlaku, doa, Allah akan makbul.

    mcm sekarang, mmg la lps solat doa spy dpt jodoh yg baik. tp rasanya saya belum betul sungguh2 atau seperti akak kata "mohon dgn sangat" 🙂

    Ada lg sorang kakak kt sek tu pun lmbat jodoh juga. dia ingat dia dah takkan kawen. tp ms pegi mekah, dia niat, doa utk beri dia jodoh. blk2 malaysia tak lama lps tu ada la yg datang.

    Allah tahu bila kita sedia dan dia akan hantar jodoh, betul tak?

    [terpanjang plak kak. sekadar pendapat. kalo salah tlg betulkan :)]

    tak sabar tunggu CINTA II 🙂

  3. Salam kak.. terima aksih ats cerita blog kali nie.

    akak, sy ada meluahkan pd kak roommate bkenaan ttg jodoh. mmandangkn dia pn sudah bkahwin. dia menyarankan sy mencuba baitul muslim under jemaah islam msia. alhamdulillah sy dh mendaftar. rmai dikalangn kwn2 dia yg bertemu jodoh disitu. walaupn hati sy berat utk menerima cara sebegitu (berkenalan tnpa melihat dlu)tetapi ada taaruf bsama mahram, sy kuatkan hati mencuba disitu. baru kelmarin kak!

    pd pndapat sy, eloklah solat hajat diamalkan bkn semata2 krn jodoh tp utk kbahagian dunia akhirat. takut2 nnt kita tlalau fokus ttg jodoh hingga tlupa pd soal lain sprti kebajikan ibubapa n adik beradik, ataupun kerjaya@belajar.

    kak, tadi sy ke tapak pesta konvo UIAM Gombak. esk konvo uia yg ke 26. sy telah membeli buku Fatimah Syarha–> Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. menarik sgt2 kak. kisah pengalaman dia dikongsikan bsama pmbaca. hati sy trubat kak. bgai dipujuk2 minta bersabar.

    Inshaallah zauj akan dtg.. tidak di dunia, di akhirat nnt 🙂

    Kak terpanjang plak taip, xpe ke..?? 😛 🙂 peluk cium pada adam, lala n adnan ye kak. ckp makcik nisa kirim salam :)~Khairunnisa'~

  4. Salam kak.. terima aksih ats cerita blog kali nie.

    akak, sy ada meluahkan pd kak roommate bkenaan ttg jodoh. mmandangkn dia pn sudah bkahwin. dia menyarankan sy mencuba baitul muslim under jemaah islam msia. alhamdulillah sy dh mendaftar. rmai dikalangn kwn2 dia yg bertemu jodoh disitu. walaupn hati sy berat utk menerima cara sebegitu (berkenalan tnpa melihat dlu)tetapi ada taaruf bsama mahram, sy kuatkan hati mencuba disitu. baru kelmarin kak!

    pd pndapat sy, eloklah solat hajat diamalkan bkn semata2 krn jodoh tp utk kbahagian dunia akhirat. takut2 nnt kita tlalau fokus ttg jodoh hingga tlupa pd soal lain sprti kebajikan ibubapa n adik beradik, ataupun kerjaya@belajar.

    kak, tadi sy ke tapak pesta konvo UIAM Gombak. esk konvo uia yg ke 26. sy telah membeli buku Fatimah Syarha–> Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. menarik sgt2 kak. kisah pengalaman dia dikongsikan bsama pmbaca. hati sy trubat kak. bgai dipujuk2 minta bersabar.

    Inshaallah zauj akan dtg.. tidak di dunia, di akhirat nnt 🙂

    Kak terpanjang plak taip, xpe ke..?? 😛 🙂 peluk cium pada adam, lala n adnan ye kak. ckp makcik nisa kirim salam :)~Khairunnisa'~

  5. Khairunnisa', baguslah.. carilah ilmu sebanyak2nya, dengan ilmu datangnya 'amal, dan dengan amal2 yg baik datangnya kehidupan yg tenang, tak kira setinggi mana geombang yg melanda.. tengok saja kehidupan para2 nabi dan solafus-soleh yg terdahulu drp kita. Kita mudah mengeluh walaupun ditimpa ujian yg amat sedikit.

    Faiza, semalam dah bentang karpet merah tunggu org preston datang, nampaknya awak miss sate special akak buat plus biryani kamben special akak.. hehe rugi la..

  6. Alamakkkk, camane boleh terlepas nak makan sate special dgn beriyani kambing special Kak Elies nih 🙁 takde rezeki org Preston la nampaknya…

    Bila lagi Kak Elies nak buat kenduri??? hehehe…jemput nanti ekk…:-D

  7. Askum kak. Ia itulah jodoh dan penyerahan jiwa pada ALLAH yang akan memberi kita cinta yang barakah lagi halal.

    Kak, ada dapat invitation sy tak? Sy dah hantar dua kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.