Mengenali bahasa Tuhan dalam kejadian alam..

Ni, salah satu daripada draft yg saya tulis lama hari tu.. rasanya publish la..

———————————————————–

Saintis seluruh dunia berkumpul untuk memahami bahasa Allah.
Tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti.
Hari ini, minggu ini, saya berada dalam congress dunia. Seluruh saintis seluruh alam berkumpul untutk bersama2 berbincang, bertukar2 fikiran, membentangkan hasil penyelidikan mereka kepada dunia. Ada saintist yg telah seumur hidupnya menyerahkan segala kehidupannya utk penyelidikan, sangat2 berilmu dan berpengetahuan. Saya belajar banyak drp hasil2 penyelidikan orang lain, belajar bagaimana mereka mengembangkan idea, bagaimana mereka mencari jalan mengatasi masalah penyelidikan mereka, dan mereka juga belajar drp saya. Saya mendengar daripada penyelidik2 terulung dunia tentang kejayaan2 mereka. Konferens ini berkisah tentang tissue engineering (tiada delegate drp Malaysia malangnya, tak tahu mengapa).
Cicak dan yg sewaktu dengannya; antara haiwan yg saya sgt2 fobia 🙁
tetapi padanya banyak pengetahuan yg sgt beharga.
Konferens ini bersekitar tentang regenerative medicine. Antara yg dibincangkan, bagaimana cicak sekiranya kita potong ekornya boleh tumbuh kembali. Begitu juga dgn newt; kita potong tangannya juga boleh tumbuh kembali tangan, ekor ikan juga begitu. Mereka bertanya, mengapa tidak kita manusia. Maka banyaklah kajian2 dibuat untuk mencari jalan2 bagaimana kita dapat sekiranya memahami apa yg ada pada haiwan2 tersebut yg tidak ada pada kita manusia. Dalam tubuh badan kita ini terdapat beribu2 molecules yg masing2 tahu peranan dan kerjanya. Masing2 bekerja; silap sedikit sahaja alamat lumpuh kita. Bayangkan beribu2 saintis berkumpul seluruh dunia mencari jawapnnya, meggunakan pelbagai teknologi moden utk memahami bagaimana Allah mengatur segala2nya dalam tubuh kita.

Maha Suci Allah dan Maha berkuasa. Sungguh banyak ilmu (ayat) Allah yg kita manusia kerdil tidak fahami. Cantik sungguh bahasa (ayat) Allah even dalam hal sains.. hal yg sedikit yg saya fahami.

قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra: 88)
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah: 23)
Subhanallah, saya menyaksikan cabaran Allah ini secara berdepan. Terasa kerdil diri ini mempelajari bahasa Tuhan. Bahasa Allah ini halus, tidak direct.. apa maksud saya?
Protein cascade… complicated, rumit, cantik..(saya sounded like a geek 😉
Maksud saya, setakat yg saintis hari ini fahami, jalan untuk sesuatu action itu tidak direct, jalannya halus, satu pathway affect another, and another and another (tengok gambarajah di atas). Oleh itu, bila salah satu pathway itu terganggu, maka yg lain semuanya akan affected. Tidakkah cantik jalannya itu? Ini membuatkan saya terfikir, sebab itulah dalam setiap suruhan dan larangan Allah memang ada hikmahnya. Khinzir contohnya, kandungan genetic khinzirlah yg paling banyak sama dgn manusia (sebab itu jantung dan insulin khinzir antara yg byk digunakan dalam tubuh manusia), so adakah larangan memakan khinzir disebabkan dikhuatiri cross-linking between the genetic make-up antara manusia dan khinzir?

Ilmu kita manusia masih terlalu sedikit.. maka oleh itu layakkan kita melawan Allah?

3 Replies to “Bahasa Tuhan”

  1. As salammualaikum.

    I just love your entries. MasyaAllah. It always makes me want to be closer to our creator. It humbles me. Now, I could relate with Quran so much better with the way you're presenting your ideas and undying beliefs. You've done one of the most beautiful da'wah I've ever seen.

    You've inspired me to think more, to love more, and to be grateful that I was born as a Muslim; which I always took for granted before.

    Sememangnya, kamulah seorang serikandi. Subahanallah, you've lived up to the name. You're doing such an amazing job.

    Can't wait for your next entry. Take care.

    p/s great insight about khinzir, haha selalu saya fikirkan tentang larangan ini.

  2. Masya-Allah Aina.. malu saya baca apa yg awak tulis ni.. tulisan2 saya hanyalah semata apa yg dalam benak saya yg cetek ini. Segala puji bagi Allah sekiranya Aina mendapat apa2 kebaikan drpnya. Terima kasih anyway 🙂

  3. Assalamualaikum

    Really, Alquran is really mesmerizing in many ways.

    Macam mana kita sanggup menanggungnya sedang bukit pun lebur kerana berat nya isi AlQuran?

Leave a Reply

Your email address will not be published.