PhotobucketPhotobucket

Bilik study saya.. tempat komputer saya berasap..
Teh strong panas bersusu tanpa gula √, setokin tebal√ , fleece √, bilik study bersih √, kemas √ dan tersusun √, computer on √, …….itu semuanya selalunya yg saya perlukan ketika mula menulis. Now apa yg saya perlukan hanyalah focus…
…tapi ianya tidak semudah yg disangka. Bukan mudah untuk focus, distractions yg paling besar selalunya datang dari diri saya sendiri. Masa mula nak study, nanti mata mulalah meneliti dinding… rasa nak cat kaler lain lah dinding ni.. Nasib baik almari bilik study saya bertutup. Semasa saya (dgn persetujuan Badrul) mendesign bilik ni, kami telah bersetuju membuat wall-to-wall almari, dari lantai ke siling, semuanya berpintu dan tertutup. Cuma ada sedikit sahaja bahagian di sebelah meja study saya yg terbuka utk meletakkan beberapa files dan sedikit perhiasan.
Sebabnya saya ni ada penyakit. Penyakit susah focus. Kalau saya nampaklah semua buku2 yg terdedah kat almari tu, nescaya saya akan menyusunnya mengikut size (hari ni), esok ikut kaler, esoknya ikut kronology etc.. sehinggakan, kalau ada sesapa yg mengubahnya sedikit pun saya tahu. Oleh itu saya kena pakai macam kuda.. ditutup matanya.

Photobucket

Kuda dengan blinker..

Itulah yg dinamakan unwelcomed distractions.. Dalam hidup kita juga begitu. Kita boleh hilang focus bila kita ada banyak distractions. Kita lupa matlamat hidup bila banyak benda sekeliling kita yg mengganggu perhatian kita. Syaitan menjadikan kita lupa matlamat hidup kita. Dia membawakan kepada kita berbagai2 distractions.

وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ

..dan Syaitan pula menjadikan indah pada pandangan mereka perbuatan mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.. An-Naml (27):24

Bak kata Ustadz Nik Abdul Aziz, .. kemuncup dalam perjuangan.. Menggangu perjalanan tetapi menggatalkan kaki utk berjalan..Pernahkan terfikir, siapakah aku? Kenapa aku dijadikan? Kenapa muka aku dijadikan berupa sebegini? Kenapa aku ada didunia ini? Apa yg Allah mahukan dari diriku? Kenapa Allah jadikan hidupku susah sebegini? Fikirkan…

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. Al-Anfaal (8):28

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Al Kahfi (18):7

Hidup ini adalah peperiksaan. Kita, mahu tidak mahu, Allah jadikan candidate dalam peperiksaan tersebut. Kita adalah hamba, kita terpaksa menerima. Tapi Allah jadikan peperiksaan ini dengan panduan.. Panduan itu seperti yg diajarkan Rasulullah saw, buku itu adalah Al-Quran. Peperiksaan ini diakhiri dengan buku jawapan kita dibentangkan dihadapan kita. Ada juga sessi soal jawab (viva), dimana mulut tidak lagi berupaya menjawab. Semasa di akhirat, kita semua akan melintasi neraka Jahannam… untuk menyeberangi titian sirat. Allah…. Bagaimanalah keadaan kita ketika itu.. berjalankah? Merangkak kah? Atau terjatuh… Allah! Allah.. selamatkan kami.

7 Replies to “Perhatian!”

  1. K. Elies, we are the same (again!).
    Saya sangat serabut kalau bilik study saya serabut. Saya sanggup study kat tempat lain to avoid the serabutness. It's been months saya tak guna bilik study since serabut sgt dgn byk benda. Yesterday, i managed to rearrange it (again!). Saya ni ada habit(or penyakit :P) cepat boring with the same environment. So, selalu la perabot kat rumah saya berubah2 posisi :P.

    BTW, gambatte with ur writing. U definitely can do it!

  2. Tima kasih Khairunnisa' & Baiti.. tu la.. saya pun cepat boring dlm same environment, kalaulah saya ni katak yg dok bawah satu tempurung, habis lah temourung tuh saya conteng, ukir, ubah tebuk dan sebagainya.. hehe.. zaman sekolah dulu2 pun saya jenis boring berkawan dgn sorang yg sama, so susah buat karangan 'kawan baik saya' sebab ada bykkk kawan2.. Alhamdulillah tak pernah boring dgn suami.. 'miracle' yg Allah jadikan 🙂

  3. salam kak ellis,
    sihat ke? lama tak dengar khabar. akak dah sibuk menulis thesis ek? all the best ek kak.
    saya dah balik malaysia, for good. selesai je lab works ritu, saya balik..terpaksa sbb husband dah kena masuk keje..dan parent pon sakit.so writing up di malaysia. will coming back to UK for viva inshaAllah.
    Oh psl focus, saya pon hadapi masalah yg sama. 2-3 bulan lepas saya cuba menulis kat rumah, ada bilik study tp saya tak boleh focus. nak pi dapur makan2 la, nak cuci toilet la..moplantai..lap sana sini.
    tp skrg ni saya pi office di univ. alhamdulillah much better. agaknya sbb saya sesuai menulis dan focus di office. tapi syaratnya, office di univ tu kita sorang2 la dalamnya..kalau kat office phd students, share kan.payah juga.
    Ramai kawan2 ada masalah yg sama, susah nak focus.
    Moga urusan phd kita dan rakan2 seperjuangan dipermudahkan oleh Allah..
    take care kak:)

    Najat
    Kuantan

  4. Najat, awak dah balik? tak tahu pun.. sedeh saya.. tapi Insya-Allah harap2 kita leh jumpa when you are coming back (to UK I mean. Najat attach dgn uni mana ye? Agaknya bila Najat submit thesis? SEmoga Allah berikan kita byk2 kemudahan dan kejayaan both dunia dan akhirat. Salam utk Ust.

Leave a Reply

Your email address will not be published.