Buat yg biasa membaca dan mengikuti blog saya, sudah tentu perasan beberapa kali saya menulis tentang, bila saya dah tua camni, saya banyak berfikir. Dan, apabila saya membaca kisah2 wanita zaman lalu, saya membaca dan merenungnya degan pandangan seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu..

Berita demi berita kita dengar tentang bayi2 yg dibuang, semoga yg melakukan pembunuhan tersebut terus dihantui dgn perasaan bersalah yg tak sudah2 dan semoga mereka bertaubat. Saya terfikir, bagaimana perasaan merka ini bersalin tanpa bantuan? Kuat sungguh semangat mereka tetapi digunakan dalam jalan yg salah. Dan saya telah pernah bercerita tentang keperitan bersalin dalam kisah Maryam a. s.

Bagaimana pula dengan perasaan seorang ibu yg keguguran? Saya pernah mengalami keguguran. Yg pertama, semasa saat awal pregnancy sebelum Adam. Kedua, semasa sebelum Adnan, yg saya pergi scan dan didapati jantung bayi tidak berdenyut lagi. Perasaan sedih saya hanya Allah yg tahu. Tetapi saya ‘untung’ sebab Badrul ada di sisi saya untuk memberikan sokongan.

Bayangkan tentang kisah Zainab binti Muhammad Rasulullah saw. Kisah ini yg membuatkan saya terfikir dgn dalamnya tentang pengorbanan seorang wanita.

Zainab, anak pertama Rasulullah saw dgn Khadijah, berkahwin dengan suaminya; Abul Ash ibn Rabiah, seorang yg bukan Islam sebelum keluar larangan wanita Islam berkahwin dgn musyrik. Setelah keluarnya larangan, dan para sahabat yg disiksa mendapat perintah untuk berhijrah ke Madinah, abul Ash tetap tidak mahu meninggalkan kekufurannya. Walau bagaimana pun, memberikan kebenaran kepada Zainab untuk berhijrah.

Abu Jahal & Abu Sufyan, tahu pasal penghijrahan Zainab (yg ketika itu agak lewat brangkat sebab memujuk suami tercinta) telah memarahi Abul Ash dan mengejar Zainab. Determine utk membunuh Rasulullah saw, mereka berusaha untuk menyakiti sesiapa sahaja yg Rasulullah saw sayang. Mereka telah merentap Zainah jatuh drp atas unta yg tinggi (believe me, memang unta sangat tinggi, saya rasa gayat dudk atas unta) yg ketika itu mengandung nearly cukup bulan. Hentakan itu tersangat kuat dan menyebabkan anak yg dikandung Zainab meninggal.

Zainab, bleeding very heavily.. bayangkan, kesakitan yg amat sangat atas unta (ketika itu, rombongan Islam yg berhijrah ke Madinah telah jauh meninggalkan Zainab) dan kesedihan… bayangkan.. selama 16 hari perjalanan ke Madinah.. keseorangan.. kesakitan, berdarah, kesedihan. Sudahlah terpaksa meninggalkan suami tercinta. Tetapi adakah beliau menyalahkan sesiapa? Tidak… Setelah sampai ke Madinah, Zainab telah jatuh sakit atas sebab2 keguguran tersebut. Perang Badr berlansung, Abul Ash ditangkap oleh orang2 Islam.

Gambar dari NG yg menang award, yg nampak macam unta itu sebenarnya adalah bayang2 unta (yg berwarna putih) itu sendiri.
Orang2 Islam yg mempunyai pertalian persaudaraan dgn yg tersayang telah membayar tebusan untuk melepaskan tawanan perang. Semasa Rasulullah saw membahagi2kan harta tebusan tawanan perang, tiba2 Rasulullah saw menangis. Lalu ditanyai oleh sahabat akan sebabnya. Rasulullah saw berkata, aku tahu siapa yg membayar tebusan utk Abul Ash. Kerana baginda saw ternampak seutas rantai.. rantai milik Khadijah (ingat tak saya cerita dulu betapa sayangnya Rasulullah saw kpd Khadijah dgn sepenuh hati?) yg dihadiahkan oleh baginda kpd Khadijah sebagai hantaran kahwin, dan kemudiannya mereka hadiahkan kpd Zainab sempena perkahwinan mereka. Bayangkan hati seorang ayah dan seorang suami ketika terlihat rantai milik 2 orang perempuan yg disayangi dalam hidupnya… Para muslimin kemudian berpakat menghadiahkan sebahagian drp harta milik mereka kpd Rasulullah saw supaya baginda boleh membeli kembali rantai yg begitu nostalgic buat Baginda. Baginda telah memulangkan kembali rantai kepunyaan Zainab. Dipendekkan cerita, tak lama setelah itu Abul Ash memeluk Islam, kembali dgn Zainab, tetapi hanya 2 minggu.. kerana kesakitan Zainab yg amat, beliau telah meninggal dunia ketika itu.
Banyak ditulis orang tentang kisah Zainab ini sebagai pengajaran kepada kaum wanita tentang kesetiaan pada suami, dalam pada yg sama ketaatan pada Islam. Boleh google byk kisah beliau, tapi saya nak highlightkan beberapa perkara. Cintanya kepada Allah lebih hebat drp cintanya kepada suami.. dan saya tahu perasaan cinta seorang wanita kepada suami kerana saya sendiri seorang isteri.. dan saya amat menyangi suami saya. Betapa byk wanita hari ini yg lebih menyayangi suami..(bahkan pakwe) melebihi sayang dan cinta kepada Allah? Ada yg sanggup mati kerana pakwe, terjun drp bangunan tinggi kerana merajuk. Bayangkan…
Bayangkan lagi, tentang kekuatan Zainab yg kesakitan dan keguguran, mengharungi senyap sunyi padang pasir berseorangan.. bayangkan apa yg difikir olehnya. Hijrahnya hanya untuk Allah. Bandingkan keimanan dan kekuatan kita berbanding Zainab… Semoga kita mengambil pengajaran drp kisah zainab, menjadi kuat sepertinya, mempunyai keimanan sepertinya, mencintai Allah sepertinya, dan berhijrah kepada Allah juga sepertinya.. Zainab.. kami mencintaimu..

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. An Nisa:100

3 Replies to “Cinta… Kasih… Sayang…”

  1. Firdnurjue.. tima kasih.. Naik bulu roma? hehe.. Tulis masa ngantuk tu.. merapu sikit. Yer.. semoga iman kita sekuat zainab.

    Sebenarnya bnyk sahaja kisah2 wanita zaman dahulu yg perlu kita rungkai kembali dan pelajari darinya.. keana mereka juga wanita seperti kita..

  2. Akak…

    As usual, I love it~~
    U make re-think
    to be strong and strong
    until stronger

    Thanks kak ^_^ Nice entry

Leave a Reply

Your email address will not be published.