“Hisyh! Pantang nenek moyang aku di cabar macam tu!”
Antara skrip2 dalam drama atau real life yg kita biasa dengar. Betul ke orang kata, orang Melayu pantang dicabar? Sikap pantang dicabar adakalanya boleh jadi positive, dan boleh jugak jadi negative, especially kalau dicabar tu benda2 mengarut dan merepek. Boleh jadi positive kalau benda2 yg dicabar tu benda2 yg boleh membawa kebaikan.
Bagaimana pula kalau kita mencabar diri sendiri? Semalam, Alhamdulillah Badrul dan saya telah berjaya menyahut cabaran buat diri kami, menyertai dan menamatkan 10km lari untuk charity. Saya bukannya jenis yg biasa berlari atau pun bagus sukan zaman sekolah dulu.. saya jenis kaki bangku utk sukan2 yg jenis2 lari ni. Zaman sekolah dulu, sukan yg jenis concentrate/focus macam menembak tu boleh la. So, lari adalah sesuatu yg baru bagi saya, dan saya telah mencabar diri saya utk lari.. dan bukan just sekadar lari, tapi lari 10km dan untuk charity. Seronok perasaan bila cabaran bersambut. Dan ini adalah utk diri sendiri, bukan utk org lain.
Medal yg saya dapat lepas the 10k run 🙂
Ini adalah salah satu dalam list cabaran2 utk diri saya, dan Insya-Allah more to follow. Cumanya saya ingin berpesan kpd semua agar jangan takut untuk mencabar diri akan perkara2 kebaikan. Dulu, masa saya belajar zaman undergraduate, saya mencabar diri saya utk belajar sebaik mungkin walaupun dgn mempunyai anak yg kecil. Saya telah bersabar menjadi sebagai isteri seorang junior doctor sewaktu itu yg sangat sibuk bekerja dan selalu berpindah randah.. saya tetap bersabar mentelaah dan mengkaji pelajaran sampai larut malam, semasa kebanyakan org dibuai mimpi yg indah… saya tetap bersabar, dan kesabaran itu membuahkan hasil. Sama juga semasa saya diperingkat masters, saya seorang sahaja pelajar perempuan ketika itu, saya sorang jugalah yg dah ada anak2, dan saya sorang sahajalah yg terpaksa berulang alik dari Manchester-Liverpool setiap hari. Alhamdulillah berbayar berkat kesabaran.
Sahabat2 yg disayangi sekalian, dalam apa sahaja hal dalam kehidupan ini, untuk mendapatkan sesuatu yg dinamakan kejayaan itu bukannya mudah. Tengok sahaja kisah2 org yg berjaya terdahulu. Apa yg penting dalam menempa kejayaan itu adalah dgn usaha, sabar.. sabar dalam mengerjakan sesuatu berulang2 kali dan dalam kepayahan, sabar mendapat keputusan, sabar dan planning, sabar dgn cacian dan ucapan de-motivate drp org lain.. sabar adalah sangat penting. Dan yg paling penting sekali adalah doa.. sebab tanpa pertolongan Allah, tiada apa pun boleh terjadi..
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(alBaqarah:45-46)

6 Replies to “cabar”

  1. salam kak…

    kata-kata akak buat saya berfikir byk kali utk terus cont study… saya dah apply cuma dlm hati mungkin terasa seperti 'takut terbengkalai'.

    akak mengungkap apa yg ada dlm hati saya dgn entry ini… 🙂

  2. Leen, InsyaAllah boleh! Jalan itu tidak mudah, tapi usahalah sebaik mungkin. Kalau tak pecahkan ruyung, takkan dapat sagunya..

  3. Thanks kak elies..

    Saya nak cabar diri saya slim.
    Dulu pernah cuba tapi mcm hangat2 tahi aym je.

    Ada tips tak kak? ^_^ as a doctor, mungkin akak ada tips yg lebih sihat dan saya tak perlu blapar.
    Akak boleh, saya kena boleh jgk! ^_^

  4. Khairunnisa',

    Just follow a simple rule of dieting; makanan=calory, excercise=calory spent. Calory yg tak guna jadi lemak.

    formula: Lemak = calory intake – calory spent.

    so nak kurang lemak, kurangkan intake, lebihkan spent.
    goos luck!

  5. salam kak….akak ade facebook…nak add akak…sy dh lama follow blog akak…bila baca blog akak ade yg terkena pd batang hidung sy sndiri…eheheh

  6. salam Norzie,

    buat masa ni (atas persetujuan suami saya) saya restrictkan FB saya untuk saudara-mara dan kenalan rapat saya sahaja. Harap Norzie tak kisah ye? kalau saya dah jumpa awak in real life/real person, Insya-Allah I will add you as my FB friend 🙂 In the mean time, kita boleh lepak2 sini?

Leave a Reply

Your email address will not be published.