Dah lama sangat saya tak menulis di blog ini. Sebelum ini saya sibuk menyiapkan thesis PhD saya (dan alhamdulillah selesai), lepas tu saya menghabiskan cuti di Malaysia selama sebulan. Catch-up dgn anak2 yg bergembira dgn cuti summer dan bulan puasa sementara Badrul bekerja di England, dia join us masa nak dekat raya. Lagipun puasa kali ini amat lama, 18 1/2 jam, kesian anak2 berpuasa tapi alhamdulillah both Adam dan Lala berjaya menghabiskan time tersebut selama seminggu kami berpuasa di England, selebihnya kami berpuasa di Malaysia. The first two weeks kat Msia pulak, saya tak kemana2 kerana sibuk menguruskan hal rumah 🙂 alhamdulillah.
Selain drp tu, saya macam dah hilang mood nak menulis blog 🙁 Agaknya, kena tulis ajelah supaya mood tu dtg kembali. Bercakap tentang mood, semasa saya di Malaysia, saya telah sempat berbual dgn beberapa anak2 sedara, antaranya tentang pelajaran. In fact, ada beberapa juga pembaca blog telah mengemail kepada saya bertanyakan tentang tips belajar. Ingin saya tekankan disini yg saya bukanlah org yg terbaik untuk memberi tips belajar, tetapi atas dasar takmo kedekut ilmu, maka saya kongsikan sedikit pengetahuan yg saya ada.
Contoh mind-mapping
  • Perkara yg paling penting utk berjaya dalam pelajaran adalah semangat dan kemahuan. Sebabnya, kalau seseorang itu memang takder niat pun untuk berjaya dan mengubah hidupnya, kita berilah dia tips bagaimana pun, memang dia tak jalan. Dan, semangat dan kemahuan ini datangnya adalah dari kesedaran dan niat. Atas niat apa dia nak berjaya? Mendapat kepuasan diri? membahagiakan hati ibu bapa? nak jadi org yg paling pandai dalam dunia? Untuk diri saya sendiri secara jujurnya niat saya adalah untuk Allah, lillahi rabbil ‘alamin. Disebabkan saya belajar untuk Allah, saya berjanji dgn diri saya sendiri yg saya mesti menghadiahkan yg terbaik untukNya, kalau saya terpaksa mengorban jiwa dan raga untukNya maka saya sanggup. Dan di dalam setiap kali melafaz bacaan lillahirabbil ‘alamin dalam solat, saya akan mengingatkan diri saya yg sesunggunya hidup ini adalah untukNya.
  • Mesti ada plan. Saya pernah belajar degree perubatan dan juga kejuruteraan, walaupun mereka berlainan, tetapi ada satu common things yg dikongsi bersama dalam byk bidang pelajaran.. iaitu overall plan. Secara personalnya, saya selalu membuat lakaran ‘mind-mapping’. Dengan itu kita tahu gambaran besarnya apa sebenarnya yg kita pelajari. so, tiap2 hari pergi kelas, kalau cikgu bercerita tentang satu perkara, kita tahu cikgu sedang cakap pasal apa, dan apa kaitan topik hari ni dgn yg semalam dan untuk hari esok.
  • Tidak kedekut ilmu. Ini penting. Ada org kata, kalau nak jadi kaya kena banyak memberi, kalau nak jadi pandai kena banyak mengajar. Sebabnya, masa kita ajar org, dengan secara automatiknya kita test kefahaman diri kita sendiri dan at the same time, kita jadi semakin faham.
  • Sentiasa lebih drp org lain. Sperti yg saya selalu pesan kat anak2 saya, nak jadi special, usaha pun mesti special. Kalau ada homework yg due next week, make sure kita dah siapkan this week. Hari yg selebihnya tu kita boleh gunakan utk brush-up. Usaha kita mesti lebih drp apa yg cikgu bagi. Ini yg distinguish samada pelajar itu sekadar pass atau distinction. Semasa saya membuat masters, dalam setiap notes pelajaran saya, saya ada contoh2 dan explanation yg lebih drp apa yg lecturer beri, dan saya gunakan contoh dan kefahaman2 saya sendiri ini dalam dessertation dan dalam jawapan exams, ini yg membuatkan papers saya tersebut mendapat distinctions. Satu lagi adalah jgn kesian diri. Kadang2 ada org merasa lemah dan lembek semasa belajar. Sikit2 penat, sikit2 letih. Be strong! selalulah bersukan utk mendapat tenaga dan supaya darah beredar ke otak! Jangan percaya kalau ada kawan2 kita yg ‘menipu’ kita dgn mengatakan yg dia tak belajar, dia tak tahu amender etc. sebenarnya diorang study dalam senyap. Kita ingat kita ada geng dan sedap hati tak belajar juga, akhirnya masa exam, kita sorang je yg lingkup. Kawan yg baik adalah kawan yg make sure kita juga kuat belajar dan tidak ketinggalan.
  • Buat past papers. Yup, true. Selalunya dalam tiap subject, ada beberapa je perkara pokok yg penting yg lecturer nak kita tahu dan ingat, dan sebab itu soalan selalunya berkisar tentang benda yg sama. Juga kalau kita biasa buat past papers, kita tahu pattern soalan. Ada org yg selagi dia rasa dia tak habis belajar selagi itu dia takmo buat past papers sebab dia nak jadi ideal. Dia nak baca satu buku dari kulit ke kulit dahulu baru dia nak buat practice papers. Padahal, sekiranya kita buat past papers dahulu, kita boleh dapat guide bab yg mana penting dan yg mana kurang penting contohnya. Dan semasa menjawab practice papers bukannya tak boleh tengok balik kitab tu..

Rasanya sampai situ dulu. Kalau ada apa2 lagi nanti saya kongsi lagi 🙂 All the best untuk semua pelajar2 yg baru memulakan pelajaran mereka, semoga berjaya. 
ps: buat yg ada niat dan cita2 untuk belajar: silakan.. jangan takut! Untuk yg tidak lagi di bangku sekolah, boleh guna kaedah ini utk belajar apa sahaja, baik bab mengaji agama, menjahit, memasak etc. Untuk yg rasa dah terlambat untuk belajar: selagi kita belum masuk kubur, selagi itulah masih belum terlambat.

2 Replies to “Belajar”

  1. Salam perkenalan kak,

    axie selalu baca blog akak dan sangat suka dengan cara akak menulis… seronok dan sangat cemburu dengan family akak yang happy dan anak2 akak yang sangat comel…

    axie sangat setuju dengan tips ‘buat past papers’ tu… axie ni keje sebagai pendidik.. setiap kali awal sem, axie selalu pesan pada students untuk score setiap subject kunci utama adalah buat past papers… sebab diorang boleh tahu pattern soalan dan subtopik mana yang penting…

    Tips yang akak bagi memang sangat2 berguna… axie mohon share ye kak… ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published.