Saya tengah tak berapa ada mood nak menulis 2, 3 hari ni.. makan tak lalu, tido tak lena, semua serba tak kena. Sebabnya? Bad sedang berada di Makkah menunaikan fardhu haji, semoga dia dikurniakan Allah haji yg mabrur, amin. Sebab tu la.. saya ni makin tua makinlah penjiwang adanya.

Adapun, untuk tidak menghampakan ‘peminat2’ saya (chewah! ada plural lagi tu), maka saya pun tulislah sikit.

Kali ni saya nak tulis tentang speaker untuk iPhone, iPad, iPod.. heheh tulah speaker utk i tu..

Saya memang suka sgt dgn apa2 speaker keluaran Bose, dulu saya ada menggunakan Bose soundDock and bunyinya mmg marvellous tak padan dgn saiznya yg kecik. Untuk dari segi design aesthetics, ianya bagus, sebab kita nak bunyi yg deep dan rich tanpa speaker yg besar dan bagak, boleh menggangu dari segi hiasan dan interior design. Baru2 ini saya dihadiahkan dengan Bose wireless soundlink, ianya serupa dgn soundDock tapi kali ni ianya wireless (guna bluetooth) upto 10m, amat senang setupnya, almost instantaneously linked dgn iPhone dan iPad saya dan still offering bunyi dgn deep dan rich and filing the whole room without being too obstrusive. Saya difahamkan yg ianya sesuai dgn apa sahaja gadgets yg guna bluetooth i.e boleh juga dgn pengguna Android dan BB. Cover dia macam iPad 2 jugak, smart cover, bila buka bunyi keluar, bila tutup bunyi berhenti, magnetic cover yg snap shut nicely. Cover dia interchangable, ada 3 leather designs and another 3 err.. bukan leather, boleh tengok kat link tu.

So the verdict, highly recommended, design cantik, boleh muat handbag, oh lupa.. battery dia lithium rechargable, so boleh bawak pi mana2. Bila main youtube kat iPhone or iPad pun bunyi keluar kat situ, so boleh baring atas katil tgk movie but still ada bunyi yg cun berdengung macam tu 🙂 and.. of course boleh dengar bacaan Quran bila guna apps iQuran Oh ya, have I told you about the new iQuran HD apps for iPad? InsyaAllah nanti kita cerita bab Apps ye?

oops, baru perasan yg saya tak cabut lagi plastic tepi yg tutup tu. Cover dia boleh digunakan sebagai stabiliser bila buka.

7 Replies to “Speakers for i….”

      1. oops sorry syahidah roslam, saya panggil awak ustazah (tapi kalau ustazah un takpe la kan?) saya tersilap orang.. : ) nice tudungs you’ve got there..

  1. Bose mmg best sound dia k. Elies. Kitaorg mmg dah berangan lama, tp cekup satu dah bertahun2 duk mampu berangan je. iQuran HD pun best kan? 🙂

    1. Yup betul tu Baiti, saya rasa dah jumpa satu lagi ubat kurangkan takut flight saya.. hehe Bose noise cancelling headphones.. mcm mana eh design boleh affect bunyi jadi camtu? so far, saya lom pernah jumpa lagi speakers yg bunyi best mcm Bose.. err (tak.. saya takder saham Bose.. ehehe).
      Pasal Apps, yes, InsyaAllah nanti kita bincang2 and share pasal apps ye? awak pun leh bagi input utk Android market 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.