Debu2 yg berserakan dari kudanya yg tampan dan gagah, libasan pedangnya yg sungguh cekap dan menggerunkan musuh. Begitulah cerita2 yg kita dengar tentang Khaulah al-Azwar (atau Azur), seorang pahlawan wanita yg tidak dikenali jantinanya sehinggalah diperintahkan oleh panglima Islam, Khalid al Walid untuk reveal herself.

Itu cerita2 zaman dahulu, dan bila kita dengar cerita2 zaman dahulu kadang kala kita susah untuk contemporaries cerita tersebut dan susah untuk membandingkan ‘kita’ dan ‘mereka’. Kita rasa mereka jauh, kita rasa susah untuk mengambil mereka menjadi role model atau contohi kalau kita tak tahu pengajaran yg mana yg boleh kita ikuti.

wanita2 Arab derganding bahu dalam 'the Arab Spring'

Mari ke zaman kini. Adakah wanita serikandi yg boleh kita ikuti?…. Kenapa dalam kepala banyak celebrities sahaja? Mengapa banyak wanita popular dalam kepala kita adalah wanita cun2, penyanyi atau pelakon? Wanita bagaimanakah yg kita nak jadi? Yang hanya tahu bincang tentang handbag, kasut, alat solek dan perkakas dapur sahaja? Apa agaknya maksud dgn kata2 wanita boleh mengegar dunia?

I am a citizen of the world. The Earth is my country, and humanity is my nation: Tawakkol Karman

Tawakkol Karman, Razan Ghazzawi adalah contoh2 wanita zaman sekarang yg menggegarkan dunia. Tawakkol, yg juga pemenang nobel peace prize, telah berjaya membangkitkan semangat rakyat Yaman untuk berjuang menjatuhkan pemerintahan zalim President Ali Abdullah Saleh. Razan pula telah menyedarkan rakyat Syria untuk bangkit menentang pemerintahan President Bashar al-Assad yg telah berlaku kejam kpd rakyatnya, melalui penulisan blog beliau.

Wanita2 Yaman membakar makrama, salah satu budaya Yaman, sebagai lambang menolak kezaliman Saleh.

Seorang wanita yg tidak dikenali dan berjubah hitam, tetapi telah dipukul dgn teruknya oleh askar Mesir sehingga tersingkap pakaian beliau sehingga menampakkan bra nya yg bewarna biru, dan popular dgn panggilan ‘the woman in the blue-bra’ telah berjaya menyalakan api kemarahan rakyat Mesir sehingga telah berjaya menjatuhkan kerajaan zalim Husni Mobarak. Begitu juga dgn seorang wanita yg berbaju merah (Azza Suleiman, seorang anak bekas general di Mesir) yg dengan tidak berfikir tentang keselamatan dirinya untuk membantu the blue bra girl.

The blue-bra girl, imej yg tersebar di seluruh dunia yg telah berjaya membakar semangat rakyat Mesir.

Itu adalah contoh2 wanita2 Arab yg telah menaikkan the Arab spring movement. Saya juga telah beberapa kali menceritakan tentang wanita2 Islam zaman silam yg telah berjaya menggegarkan dunia dalam post2 saya yg lalu. Cerita2 tentang Tun Fatimah, Tjoet Njak Dien adalah contoh2 wanita serikandi dari rumpun kita perlu kita ceritakan dan kita tekuni kepada anak2 kita. Bukan cerita hantu pontianak dan harum sundal malam. Saya minta maaf kerana menceritakan wanita2 hebat ini secara ringkas, saya tidak mempunyai masa yg banyak buat masa ini, InsyaAllah saya akan cerita later (bila ada masa lebih).

Wanita2 Mesir di dalam 'the Arab Spring'

Selamat hari wanita sedunia. Buat yg bertanya, mengapa perlunya hari yg dikhususkan untuk wanita, seolah2 wanita adalah satu species yg pelik yg perlu diperingati, jawapan saya, even dalam quran pun ada satu chapter khas untuk wanita, surah an-Nisa’. Allah memberikan satu penghormatan yg tinggi kepada kaum wanita, tetapi adakah kita layak untuk mendapatkan nya? Wanita bagaimana kah kita?

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah At-Taubah, ayat 71). Lelaki dan wanita bergandingan menentang kekejaman Saleh di Faiz, Yaman

ps: saya tak own semua gambar2 yg saya siarkan dalam this particular post, saya telah mendapatkannya dari internet. Credits untuk pictures adalah daripada pemiliknya.

4 Replies to “Pompuan..”

    1. silakan Hariz. Does’nt really matter kita pompuan atau lelaki, sebab surely kita ada mak, adik beradik pompuan, kawan2 pompuan and hopefully satu hari nanti isteri dan anak2 pompuan. Semoga article kecil ini menjadi salah satu rantai dalam satu chain reaction yg besar.

Leave a Reply to serikandi Cancel reply

Your email address will not be published.