copyright serikandiku.com

Lelaki

copyright serikandiku.com

Itik-itik di Regent's Park, London, Dec2011

Masa saya kecik2, saya betul2 tak biasa dan takut dgn orang lelaki. Rumah saya dipenuhi dgn adik-beradik pompuan (5 orang semuanya) dan abah saya memang jarang ada kat rumah. Saya bersekolah rendah yg pompuan semuanya dari darjah 1 sampai tingkatan 3, cikgu2 pun ada sorang dua je lelaki dan memang itu pun saya keep my distance. Saya lansung takder kawan2 lelaki time tu; saya pergi sekolah berhantar, balik berambik. Saaya ada sorang abang yg nenek kami bela sejak lahir, tapi saya memang tak biasa dengan dia, so kalau dia ada masa tu memang saya sangat2 malu utk bual atau duduk sebelah dia. Di sekolah perempuan, kami di ajar untuk berdikari, tak terlalu lembek dan asyik memerlukan pertolongan org lelaki kalau susah, pendek kata, dilatih jadi pompuan yg kuat both mental dan fizikal. Masa itu, saya masuk kadet polis yg hanya satu sahaja perempuan di Melaka pada ketika itu, saya juga terpilih dalam ‘rambo skuad’ iaitu satu group kecik dlm pasukan kami yg ‘kuat’, tangkas kalau masuk hutan, cekap cari kayu api, bina khemah atau bermain senjata. Dan time tersebut saya memang penembak terbaik (err.. sorry tak habis2 cerita pasal ni .. hehe).

copyright serikandiku.com

Saya masih selalu menembak, saya percaya ianya penting untuk membantu saya aim, focus and have steady hands.. di samping menajamkan fikiran.

Kalau ada panggilan telefon ke rumah dan pemanggilnya orang lelaki, berpeluh2 dan menggigil saya bercakap dgnnya dan akan cepat2 passkan telefon ke mak, abah atau kakak saya. Pendek kata, saya memang sangat2 pemalu dan takut dgn manusia lelaki. Bila saya masuk ke MRSM masa tingkatan 4, saya bernasib baik sekali lagi kerana dalam 24 org ahli kelas saya, hanya 6 org pelajar lelaki (sebab budak lelaki katanya tak ramai yg score masa SRP untuk pengambilan masuk ke ting. 4) dan mereka yg ada pun pemalu orangnya. And saya ingat lagi, kalau ada pelajar lelaki yg ingin berbual dgn saya walaupun hanya ingin bertanya jam pukul berapa, saya akan cepat2 jawab dan lari. Dalam fikiran saya semasa itu, selain drp takut dan malu dgn org lelaki, saya rasa mereka semua jahat dan penuh tipu daya. Di sekolah perempuan, saya di ajar untuk tidak lekas percaya kpd mereka. Dalam fikiran saya tertanam yg org lelaki takder perasaan dan tidak sensitive. Saya merasa sungguh hairan mengapa di MRSM tersebut, presiden atau ketua segala benda boleh hanya org lelaki. Saya bukan feminis, tapi benda tu macam saya susah nak accept. Di kala beberapa org kawan saya minat berbual2 tentang org lelaki (yg lawa atau hensem), fikiran saya hanya belajar, saya tak terfikir pun ada sesapa org lelaki yg suka atau minat dgn saya (err.. walaupun saya rasa saya lawa.. hehe). Saya tahu ada beberapa org kirim salam pada saya melalui beberapa kawan, tapi saya hanya jawab salam tanpa bertanya siapa yg kirim, sampai kawan saya tanya, “kau takmo tahu ke sapa kirim salam?” Ada beberapa kawan2 saya yg risau bila takde sapa minat diorang, as if kalau takder sapa minat kat kita bermakna kita tak lawa. Tapi saya tak peduli sebab ikut kata mak saya “pedulikan, nanti cari laki masa kat university” (Yes, I know.. mak saya memang blunt macam tu, hehe). Kisah kawan2 yg termain perasaan dan jiwa bila ada masalah dgn boyfriend membenarkan lagi theory saya.

copyright serikandiku.com

cousins; Lala & Nana at Regent's Park, London, Dec 2011

Kemudian, semasa A level, saya ke sekolah perempuan semula. In fact, saya rasa elok je sekolah yg satu aliran tak campur jantina, sebab kita boleh concentrate belajar tanpa ada gangguan (ke korang tak setuju?). The rest bak kata orang is, history. Korang dah tahu tentang cerita2 saya masa muda.

Apa yg saya nak cerita kat sini adalah, dulu, saya selalu anggap lelaki adalah insan yg tiada/kurang perasaan. Saya ingat, lelaki hanya ada perasaan ego, dan tak pandai mengawal emosi mereka. Saya ingat semua lelaki hanya mahukan perempuan yg lawa dan hanya buat sesuatu atas kepentingan diri mereka sendiri. Saya hold on to this believe for quite some time sampai agak sebati dalam jiwa saya. Tapi dari sehari ke sehari dan apabila saya semkain tua, saya dapati saya jauh tersasar. Ada juga orang lelaki yg hensom dan lawa dan berstatus baik yg memilih perempuan2 yg berwajah normal/biasa/ kurang lawa berbanding mereka. Saya nampak ada juga orang lelaki yg sangat2 sincere menyayangi ibu, isteri dan anak2 mereka, sehingga mereka sanggup bergadai nyawa dan tidak memikirkan nasib diri mereka.

Awal2 perkahwinan saya, saya terharu apabila salah satu tindakan Badrul yg menunjukkan yg dia melebihkan diri saya daripada diri dia.. hati saya benar2 tersentuh. Saya masa muda2 sgt ‘blur’ dgn pengorbanan abah saya, baru kini saya mengerti segala2nya. Dalam akhbar juga saya ada terbaca tentang kisah suami yg tekorban cuba menyelamatkan isteri. Saya tahu, korang sure heran dgn benda ni.. sure pada fikiran korang, it is soo…. obvious memanglah lelaki ada perasaan, tapi ianya tak obvious pada saya, dan saya nak korang faham macam mana saya boleh sampai ke konklusi tersebut. Dulu, pada saya, selain Nabi saw, takder sapa pun lelaki yg baik, termasuklah ustadz2.

copyright serikandiku.com

burung2 berehat di Tower Bridge, London, Dec 2011

Walau bagaimana pun, saya masih belajar dan akan terus belajar dalam kehidupan ini, walaupun saya dah terlalu tua untuk belajar. At least, kepercayaan saya yg lalu tersebut telah tidak membuatkan saya ‘liar’ atau ada pakwe sebelum kawen. Cumanya, saya nak kalau adik2 sekarang, tidak suka berkawan dgn org lelaki, biarlah sebabnya untuk menjaga diri, iman dan taqwa, dan bukan sebab benci kepada mereka macam saya dulu. Dan menundukkan pandangan kepada orang lelaki bukan hanya sebab terlalu pemalu (macam saya) tetapi atas rasa taat dan patuh kepada perintah Allah.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka  dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’. An Nur 30-31.

Ramai di antara kita perempuan yg lupa, aurat tutup sudah (tak perlihatkan perhiasan tubuh badan) tetapi kita lupa menjaga pandangan dan lupa menjaga kehormatan, padahal semuanya adalah kewajipan. Aurat tutup tapi kehormatan diri tidak terjaga, aurat tutup tapi akhlak tidak terjaga, aurat tutup tetapi mata melilau2 pantang terlihat lelaki lawa.

 

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

“Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (Al Ghafir:19)

Sahabat2 dan adik2 sekalian, simpanlah segala keinginan dan kescuian kita khusus bila tiba masanya, dan supaya kita merasa kelazatan yg dijanjikan Allah di akhirat nanti, unutk melihat wajahNya, seperti sabdanya Rasulullah saw,

 “Allah ‘azza wajalla berfirman: “Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

copyright serikandiku.com

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (As-Sajadah:17) Regents' Park, London, Dec 2011

Memang di luar sana, banyak lelaki yg tidak baik (of course ada yg baik, cuma tak banyak), especially lelaki yg tidak menjaga iman dan taqwanya kerana Allah. Sebab, sekiranya dia takut pada Allah, dia tidak akan bermain2kan perasaan kaum wanita, dia tidak akan menipu dan mengambil kesempatan atas kaum perempuan. (Actually, pompuan pun ada yg tak baik) Nasihat saya untuk adik2 perempuan, jangan terlalu cepat memberikan hati kepada orang yg bukan milik kita (dengan cara yg halal yakni nikah, bukan tunang sahaja), dan sekiranya terpaksa memberikan hati pun, simpan mostly hati tu utk diri kita, supaya, sekiranya di sakiti, hati itu masih ada dan tidak hilang. Dan semoga masih ada ruang2 untuk melihat kebenarandan untuk menerima ingatan dari Ilahi pada hati itu, supaya ‘cinta itu bukan buta’. Bila mana saya nampak anak2 perempuan yg asyik bercinta, kemudian nya frust dan makan hati, susah saya nak sampaikan pesan2 saya ini. Bila saya dengar berita2 perempuan2 terpedaya dan mengikut lelaki ke Lombok atau menjadi keldai dadah, saya nak sahaja pesan bebenda macam ni. Tak termasuk lagi anak2 yg keluar rumah, atau senyap2 berjumpa teman lelaki, yg akhirnya diri merana apabila di abuse oleh lelaki durjana. Tak termasuk lagi yg sangat suka di puji oleh lelaki tentang kecantikan mereka apabila mengepost gambar2 gediks di FB. Dunia ini mostly tipu daya, kita semua sedang tidur dan akan benar2 jaga bila kita mati. Semoga kita termasuk dalam golongan yg dikurniakan syurga Allah, yg segala kecantikan dan kebahagiaan di dunia ini tidak dapat menandinginya.

p/s 1: tajuk posting ini lelaki, tetapi sebenarnya untuk org perempuan.. Tapi kalau org laki nak baca, boleh juga.. tukar lah kepada jgn cepat percaya pada pompuan, sebab ada juga pompuan yg suka menipu.

p/s 2: saya ada try buat FB page serikandiku untuk website ni.. kat sini tapi, saya tak tahu camner nak letak kat sini, saya ingat senang kalau kita nak menceceh bebenda yg simple dan ringkas..

 p/s 3: saya sedang bercadang2 nak menulis sebuah buku 🙂 camner cara nya nak cari publisher ye?

Post navigation

6 comments for “Lelaki

  1. Elhuda
    March 12, 2012 at 11:03 pm

    Assalamualaikum Dr,
    Kalau berminat saya rasa boleh email editor PTS. Itu yg mereka bgtau masa hadiri kursus.

    • serikandi
      March 13, 2012 at 8:30 am

      Terima kasih Elhuda 🙂

  2. aida
    March 14, 2012 at 2:52 am

    salam kak,

    good sharing… ok nak tulis buku, nanti akak bagitahu aida (e-mel pun boleh), nanti aida uruskan dengan my twin yang jadi editor kat galeri ilmu. kalau dibukukan blog akak ni, menarik juga 🙂

    • serikandi
      March 14, 2012 at 10:43 am

      Aida. thanks. Bukan nak bukukan blog ni (merepek je byk and takder quality pun), tapi saya ingat nak tulis buku lain. hehehe. Hows life sana? awak takder, takder geng bising2 la kat sini.. miss all of you.

      • aida
        March 21, 2012 at 8:06 am

        alamak kak.. tulah, takde geng nak bising masa usrah kat malaysia. huhuh
        teringat la geng sana. uwaaa *rindunya*

        ok nanti akak bagitahu la nak tulis buku apa. kot ada rezeki my twin nak editkan.

        • serikandi
          March 21, 2012 at 8:50 am

          Tu la kan? takder geng.. anyway.. pasal ‘itu’ nanti saya inbox awak ye Aida?

Leave a Reply to aida Cancel reply

Your email address will not be published.