“tulah.. jalan kuat2.. tak jaga diri, sebab tu kot gugur..” kata seorang kawan.

“awak salah makan kot…” tambah yg lain pula. Berderailah air mata seorang ibu yg baru keguguran anak, tidak cukup di dalam hatinya merasa sedih dan menyalahkan diri di atas taqdir, kini di sebut pula oleh so-called kawan. Seorang kakak pula memandang kepada ibu tersebut dengan nada memujuk, “mati anak takpe.. jangan mati laki..”.

copyright www.serikandiku.com
anak pertama saya, Syahidah Sofea.. semoga dikau menunggu kami di sana..

Ibu tersebut adalah saya satu ketika dahulu. Dan, saya sangat2 terluka dengan semua komen2 tersebut dan sampai sekarang saya akan cuba berusaha untuk lebih sensitive dgn komen dan persekitaran. Dan bukan sekali-dua itu sahaja yg saya perasan, ramai orang Melayu kita yg kurang sensitive. Adakah ini adat kita ataupun ini Melayu baru yg telah hilang adab kesopanannya? Ada salah seorang adik yg masih belum bertemu jodohnya juga telah berkali2 menyampaikan perasaan geramnya apabila org, dengan tidak segan silunya dan dengan laser sekali bertanya2 dan membuat lawak padanya tentang kawen. Seorang dua orang melayu yg saya baru 1st time jumpa di rumah member pun, dengan tidak segan silunya bertanya tentang gaji kita di hadapan semua orang.  Itu adalah antara contoh2 dalam sehari2an tentang hilang sensitivity, tak termasuk lagi dalam komen2 dalam facebook. Pernah saya melihat seorang kawan yg telah meng’upload’ dan men’tag’ adiknya dan mengambil gambar bersama2. Pada bahagian komen saya melihat seorang kawannya yg dgn selamba berkata, kau jauh lebih cun etc. Tidakkah dia membayangkan perasaan adiknya yg of course boleh nampak sebab dia telah di tag?

Kadang2 saya rasa pelik juga. Dalam mengkomen berita2 seharian pun begitu juga, tidak habis2 menyalahkan org yg dalam kesusahan yang menjadi tajuk berita, macam cerita seorang ibu yg anaknya ditemui terbakar, I’m sure ibu tersebut tak habis2 menyalahkan dan menyesal dgn kesilapan dirinya, tapi kita org ramai tak patut menambahkan lagi luka dalam kehidupan dia. Saya bukan bermaksud yg kita tidak perlu berterus terang dgn seseorang yg perlu ditegur, tetapi cara peneguran itu yg perlu diperbaiki.. dan post saya kali ini khas tentang sensitivity.

Dalam hal memujuk ini, saya suka dgn cara omputeh. Tatkala saya kesedihan kehilangan anak, seorang kawan omputeh cepat2 berkata,” ooww, I am so sorry for your loss, you must be feeling very sad” (saya rasa simpati dgn kehilangan awak, awak tentu rasa sedih kan?) sambil matanya dan riak wajahnya menunjukkan kesedihan. Dan ini bukan dgn hanya seorang teman, setelah lama saya duduk sini saya perasan yg ini adalah antara adab/adat diorang.

copyright www.serikandiku.com

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.. ” ar Rad 28.

Kadang2 dalam memujuk, tidak perlu dgn kata2, betul seperti sabda rasulullah saw, berkatalah yg baik atau pun diam. Kadang2, a nice big hug daripada seorang sahabat sudah dapat melenyapkan rasa kegusaran hati. Belajarlah daripada ummul mukminin khadijah seperti dalam post saya yg dahulu, menyelimutkan rasulullah saw yg ketakutan dan meninggikan self-esteem baginda ketika kedukaan. Dalam memujuk dan melenyapkan kesedihan seseorang, ahli psikologi telah bersepakat yang cara terbaik adalah dengan menjadi pendengar yg baik. Itu dan di sertai dgn hati dan niat yg tulus ikhlas dalam meminjamkan bahu untuk menangis (lending a shoulder to cry on.. sorry.. dah jadi tebiat lak saya ni alih2 bahasa omputeh punya kata2 ke melayu.. al maklum la.. ;-P). Melainkan sahabat anda memang minta tolong selesaikan masalahnya (most of the time tidak), yang paling penting adalah kehadiran anda di sisinya, katanya padanya yg anda akan sentiasa akan tolong sekiranya diperlukan. Jangan menidakkan keperluan seseorang untuk menangis, biarkan dia menangis kerana kadang kala tangisan itu diperlukan untuk merasa lega. Jangan menyamakan tangisan dan kesedihan seseorang dgn sikap tidak redha dgn taqdir. Sedang rasulullah saw pun menangis semasa kematian Ibrahim, salah seorang anak baginda, sedang baginda adalah seorang yg paling taat kepada Allah.

copyright www.serikandiku.com
Good friends are hard to find, harder to leave and impossible to forget... Beeston Castle, October 2011

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, kita semua adalah hambaNya. Susah, senang, gembira, sedih itu semuanya adalah lumrah hidup manusia. Semuanya adalah ujian untuk meningkatkan darjat kita, sepertimana dalam sebuah kelas, ada ujian dan peperiksaan untuk memudahkan guru mendidik anak2 muridnya. Semuanya telah tercatat dan mempunyai hikmah yg besar di sisiNya. Kita hanyalah hamba, menerima dgn tulus iklas dan rendah hati.

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“… dan barangkali kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan, Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya..” Al Baqarah: 216.

copyright www.serikandiku.com
adam dan lala menunggu matahari terbit.. selepas malam, matahari pasti kan bersinar.. Port Haverigg, Oct 2009.

 I know it’s easy for me to say, memang berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul, tetapi bersabarlah wahai hati. Semoga Allah tidak menguji kita semua dgn ujian yg berat2 yg tidak sanggup kita pikul.

 إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“ Sekiranya Allah menolong kamu  maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan sekiranya Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah? Dan, kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri”. Ali Imran:160.

9 Replies to “Sensitif”

  1. Saya paste here some nice comments from friends kat FB, nama diorang saya tukar kepada #

    #1: iye betul….skrg ni pun saya sgt sensitif bila org bertanyakan hal PhD….huhuhu

    #2: kdg2 ‘org kita’ ikut sedap mulut je kalau nk komen guna mulut..juga ikut sedap jari je nak tekan kalau guna kibod haha..kdg geram pun ada , mereka tidak cuba utk tak mau faham keadaan ..

    #saya: ehehehe.. #1 ok ok.. takmo tanya..
    kak #2, benda ni orang muda kita je ke? atau orang melayu sejak zaman berzaman eh?

    #2: bukan org muda je…org tua pun sama ..tp tk semua org..sesetgh org hhaha..

    #3: pernah terfikir pasal ni…mulut orang tak boleh nak kawal..sedih bila common sense is not so common sebenarnya

    #4: Ntahla kak, kdg2 rasa seseorang tu mmg sengaja nak lukakan lg hati..tp just think positive dan anggap org tu tak sengaja.huhu.

    #5 nice entry kak… rasanya bukan masaalah org dulu ke or skrg ke…masalah tu masaalah hati dan akal masing2.. hehehe saya sensitip org kata saya gemuk ke berisi ke…. hehehe bila saya kurus la ni org tanya sakit ke hapa… cheh! ade je nak kutuk.. hehehehe tapi takpe le janji kita tak buat kat org..

    #2: org kalau ada masalah hati susah lah..mental dia org ashik pk hal org ja ..

    #6..kadang2 ada betulnye..tak tahanla kalau org yg suka main ckp jer ikut sedap mulut….insensitive..diam​kan ajer..nnt kena atas btg hidung dia sendiri baru dia tahu..

    #7: org yg mcm tu x matang rasa nya…. kepala dgn mulut X selari

    #8: Sama je tua atau Muda but sometimes I feel the makciks2x do it more …. (hasty generalization ke tu?) he he he

    #9: From my own experience, makcik2 do it more, even yg tak kenal. Org2 muda ni tunggu mcm dah kenal sikit baru start mengomen. That’s why I tend to be secretive about my problems. Masalahnya mcm yg tak boleh sorok mcm berat badan etc. Gemuk salah, kurus salah… Tu belum pasal anak gemuk, kurus. A msian asked me why ‘kepala budak ni lekuk2 mcm ni!’ masa visit my 1-week-old baby.

    #8: Omg…#9 … Tepat sekali… Ha ha ha “eh anak2 and husband semua kurus kurus ..tak makan ke?” Mmg nak kena sekeh la…:p

    #7: I guess We malaysian r a bz body lots!

    #10: Kalau ikut my bestfren- rulenyer senang–> “kalau kita tak nak orang buat kat kita, kita jgn buat kat org…”:-)

    #9: Lets try our best not to do it to people. Think before we speak (peringatan utk diri sendiri 🙂 ). However, don’t always expect people to stop doing it to you even if you don’t do it to them …

    #11: Org malaysia memang byk mcm tu , duduk UK lagi aman perasaan wpun mereka bukan agama kita.

    #12: beli jer PR 2-3 negara… bosan layan melaya ni leh gerak… dah tenang balik laa… try australia, new zealand and Uk… so far the best..

    #saya:#3, common sense is a difficult subject. Kalau dah ramai org Melayu buat camtuh, it means dah jadi common kat Msia, and so your common sense is ok.
    #4, dalam byk hal memang byk yg kita tahu org tak sengaja, mmg kita boleh biarkan (macam salah satu posting status saya dahulu). Selalunya instinct kita betul, kita tahu sapa yg laser dan saa yg sengaja..
    #5, yup betul. Dulu saya pun pernah kena, tiba2 kata tahniah sbb dia ingat kita pregnent. Semenjak drp tu, klu nampak member mcm dah berisi sikit tunggu dia confirmkan yg dia pregnent dulu baru ucap tahniah.. hehe
    Kak #2, kadang2 dia bukan masalah la.. dia dah terbiasa agaknya..

    #saya:#6, macam saya lah agaknya, dah kena diri sendiri baru tahu 🙁
    #7, lepas ni aku kena ukur kepala dgn lutut aku supaya jadi selari.. hehe
    #8, agaknya makcik2 ingat kita ‘orang muda’ tak kisah kot kot kalau diorang nak kepo2 kot? Tapi, kalau dalam hal posting saya tadi, dalam hal memujuk.. camner diorang pujuk? Saya selalu kena blame ke instead of properly pujuk (sorry, saya pun buat hasty generalisation)
    #9, kan? tapi.. does that mean, org yg dah kenal kita lama boleh buat camtu?

    #saya: #7 mungkin org susah nak differentiate between ambik tahu dan busy body. Ada benda yg kena ambik tahu, prihatin dan peduli, sebagai tanda hidup bermasyarakat dan kasih sayang antara manusia, but entah macam mana, cara mcm tak kena.
    Kak #10 & ##9, kadang2 ni bukan hal kita takmo org buat kat kita, ni more to hal kita nak org buat kat kita, mungkin byk org buat bebenda macam ni di bawah sedar, sebab dah jadi so common macam kata sahabat saya kat atas tadi. Instead of pessimistic approach, mungkin bab macam ni kena more pro-active bila ‘saya tak buat kat awak’ dah tak jalan lagi.. hmmm
    #11 & #12, kat UK pun terkena.. hehehe dgn org melayu la tapi.. hehehe

    #9: tengok keadaan kot. Sometimes we expect more from someone yg kenal lama. On the other hand, kalau dah rapat, gurau pun mula kasar (bak kata mat salleh ribbing), tapi kalau dah kenal org tu, kita tau dia didn’t mean it. Contohnya, you dgn kawan tu pernah heart to heart tentang berat badan lah kata kan. Di masa lain dia ckp seloroh pasal ur weight but you already know her true opinion about it.

    #saya: #9, susah kan nak judge? lebih susah lagi nak menegur dgn ikhlas bila kita rasa dia salah. But, most importantly, kena always be there when needed. Disclaimer.. ni takder kena mengena dgn yg masih hidup atau yg meninggal dunia, just kongsi2 pendapat semata2..

    #9: I have a friend who is more like an older sister to me now. First time jumpa dia terus ckp ‘ dah tak nak balik msia ke? bla bla’. Dah beberapa tahun, dia pun dah understand my reasons for staying. Attitude dia pun tukar. Tapi sesekali sekarang dia masih usik kitorang tak patriotik lah, nak jadik mat saleh lah. But we understand each other, Alhamdulillah and I tak kecik hati 🙂

    #saya: tulah.. takder fine line between gurauan and laser kan? tu yg susah..

    #10: same jugak prinsip nyer –> “kalau kita nak orang buat (benda baik) kat kita, kita buat (benda baik tu) kat orang…”:-) *sambil berdoa mudah2an berjangkit seantero dunia!!…he2x

    #13: dengar orang cakap “Dia tu mulut je macam tu tapi hatinya baik”. Dan akak sangat cuak dengan pendapat itu. 😉

    #saya: so.. sepatutnya yg zahir (pertuturan, pemakaian, tingkah laku) memang melambangkan apa yg batin (dalam hati) kan? Memang ianya selari.. bak kata sahabat saya #7, kepala dgn lutut kena selari.. agaknya ini maksud dia..

  2. Apabila terlalu outspoken,kadang2 mereka tidak sedar telah melukakan hati pihak lain. Perlu berfikir sejenak sebelum berkata2.

    1. betul la kak ikin.. saya pun tak terkecuali daripada melakukan kesalahan yg sama.. bak kata orang, mulut dah cakap dulu sebelum otak sempat fikir..

  3. Salam.

    “Ada salah seorang adik yg masih belum bertemu jodohnya juga telah berkali2 menyampaikan perasaan geramnya apabila org, dengan tidak segan silunya dan dengan laser sekali bertanya2 dan membuat lawak padanya tentang kawen.”

    – Yg ni mmg dah selalu kena. Yg lbh teruk, ada member ckp, “ko ni lesbian eh??” (ckp sambil ketawa!! <– tak sensitif dgn persekitaran langsung!! Malunya sy kak. Dorg ckp dpn mmbr lelaki lak tu. Huhuu.. sy tak salah. T__T Jodoh blom sampai. Nak buat lagu manaaaa..

    Kdg2 dorang ingat kita ni 'tak sensitif' macam dorang.. Tu yg payah tu!

    1. Kadang2 orang lupa pesan orang2 tua kita, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kadang2 org kena belajar from a hard way, bila dah kena diri sendiri baru dia tahu dan sedar.

  4. salam..

    Mulut manusia memang sejata hati perasaan yg paling bahaya, tapi mulut juga boley jadi kan hati perasaan kita indah bagai di syurga.Lebih elok berdiam diri dari berkata-kata kosong.BERCAKAP BILA PERLU SAHAJA.

    1. betul.. macam kata rasulullah saw, diam atau kata yg baik… tapi org suka bercakap macam saya ni memang susah…

Leave a Reply to Er Cancel reply

Your email address will not be published.