ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذي

“..seorang mukmin bukanlah tukang pemberi celaan, tukang melaknati orang, tukang berkata kotor atau berkata rendah..

Hadith riwayat Tirmidhi.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, barangkali puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, barangkali puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya gelaran nama fasik sesudah dia beriman dan, sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.”

alHujurat:11

“pakai tudung belit2 macam tu macam bimbo lah..” kata seorang. “Susah sangat belit2 nanti mulalah nanti dia bagi alasan susah nak ambil wudu’ dan solat” kata seorang yg lain pula.

 

Demikian antara perbualan yg saya nampak/dengar daripada orang2 yg mengutuk cara wanita lain memakai tudung.. dan hati saya rasa terbakar.. mengapa perlu saya rasa marah? Bukan sebab saya terasa tentang tudung belit2, tetapi saya dari dulu memang merasa rimas dgn org yg suka sangat mengutuk cara orang lain bertudung. Pada saya, biarlah cara manapun diorang nak bertudung, asalkan menutup aurat dengan sempurna, belit2 dada pun bertutup. Cara, nak lilit ke. nak litup ke, nak buat macam mana pun tak kisah, sebab takde nas specific pun macam mana caranya nak tutup. Wanita2 di zaman nabi berlari2 mengambil cadar, langsir, atau apa sahaja yg tergapai oleh tangan mereka setelah mendengar arahan menutup aurat, tak perlu tengok youtube macam mana nak belit, but I’m sure tentu macam2 cara mereka membelit untuk menutup aurat. Kadang2, tudung dah labuh, tapi kain lembek pun lagi menampakkan susuk tubuh. Use your common sense.

At least wanita2 yg dikutuk itu menutup aurat. Orang dah tutup pun salah, tak tutup lagilah kena kutuk. Sedangkan di luar sana, banyak lagi maslahah ummat islam yg lebih berat dan perlu diberikan perhatian. Masalah SIS, masalah kesedaran pembelajaran, ilmu wanita Islam, masalah musuh Islam, masih jauh lebih banyak jika mahu dijelaskan.

How could a muslim sister memanggil another muslim sister dengan nama2 gelaran yg buruk is beyond me! Hanya kerana kita merasa kita memakai dan menutup dengan sempurna, tidak memberikan kita lessen untuk merasa mulia dan menjatuhkan orang lain. Hanya kerana kita tak tahu macam mana nak membelit tudung, kita menuduh orang yg belit itu mengambil masa berjam2, sehingga ada yg menuduh org tersebut meninggalkan solat.

Saya could be wrong, mungkin memang ‘hijabster’ kat Malaysia jenis macam tu dan saya tak tahu, but I really think name calling is totally wrong! Saya tulis secara public sebegini sebab mereka pun menulis secara public di website mereka, and everybody is entitled to an opinion. And this is mine..

copyright www.serikandiku.com
...this is me. Saya suka tudung belit.. dan saya guna dgn cape/cloak.. tak ok ke?

Updated 2 days later:

Saya baru mendengar dari salah seorang sahabat melayu malaysia saya di sini tentang keadaan sebenar ‘hijabster’ yg dimaksudkan di Malaysia. Katanya memang ada segelintir yg melampaui batas dalam fesyen tudung. Oleh itu saya menarik balik sebahagian apa yg saya katakan dalam artikel ini, cumanya saya tetap rasa ‘name-calling’ atau menggelar2 saudara seislam kita dgn perkataan tak elok seperti bimbo adalah salah. Org yg salah, kita sedakan elok2 dan tunjukkan alternative, bukan kita ejek. Kalau anak kita buat salah, kita tak terus ejek dan hukum bukan? Kita terangkan yg cara itu salah DAN tunjukkan cara yg betul. Seorang pendakwah menyeru kepada kebaikan, menghalang drp kejahatan, tapi bukan penghukum… Wallahu’alam.

2 Replies to “Mulia”

  1. Salam kak, maybe can share wat type of tudung lilit u are wearing..mungkin pihak kami dapat idea utk providekan variety of tudung to muslimah in malaysia:) -yours truly : hijabontheline:)

    1. hehe.. nak kena jadi model lah ye? nanti saya punggah garage cari kepala anak patung hari tu.. kat mana ntah saya letak.. hehehe

Leave a Reply to hijabontheline Cancel reply

Your email address will not be published.