(sambungan dari Morocco 1)

All pictures are mine and my copyright. 

seronok naik 4×4 kat padang pasir, tak sama seronoknya dgn naik kat bukit bukau lecak dan sungai seperti di England, masing2 ada kelebihan masing2.

copyright serikandiku.com
Kami menaiki 4x4 di gurun padang pasir berbatu sejauh 6 batu utk ke Aith BenHeddou

Aith Benhaddou merupakan kota tinggalan sejarah tempat rombongan perdagangan dari gurun sahara singgah sebelum tiba ke kota Marrakech. Dalam kota tersebut, ada sebuah rumah ketua (seperti kebanyakan kota yg lain) yg di panggil Kasbah. Keliling kota tersebut ada sungai dan sekarang terdapat kira2 10 lagi family yg tinggal di situ. Sekarang, Ait Ben Haddou telah menjadi tempat lokasi pelbagai jenis filem.

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَكَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا

Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi” (Fathir : 44).

copyright serikandiku.com
Kasbah Aith BenHaddou. The Kasbah is the main building (in this picture with four towers) belongs to the chief. It is comprised of 4 levels, 1st for the animals, 2nd.. err.. 3rd the family, 4th the guardian.. alamak.. lupa la apa Ahmed cakap haritu level 2 utk apa..
copyright serikandiku.com
kedai2 di luar Kasbah
copyright serikandiku.com
Penjaga kedai yg mengaji semasa menjaga kedai. Banyak saya nampak benda begini semasa di souk/bazar di Marrakech
copyright serikandiku.com
pemandangan di dalam Kasbah
copyright serikandiku.com
the kitchen
copyright serikandiku.com
antara filem yg menjadikan tempat ini sebagai lokasi

Yg membawa kami di sekitar kota tersebut adalah brother Ahmed, seorang pelajar university dalam bidang commerce. Ingat tak saya sebut tentang rasa terharu saya tentang org2 Arab Berber yg sanggup berjalan kaki berbatu2 di tengah panas utk ke sekolah? Begitu juga dgn Bro Ahmed, bahasa English beliau sangat baik dan beliau menjadi guide tersebut utk mencari duit poket cuti musim panas pengajian beliau di university. Ahmed seorang yg sabar dan sanggup mendukung Adnan yg telah penat berjalan dan memanjat Kasbah.

copyright serikandiku.com
Brother Ahmed.. our guide

Kami sempat makan tghari di sebuah restaurant di Kasbah tersebut yg penuh riuh rendah dgn para pelancong dari seluruh dunia. Berbual dgn salah seorang pekerja restaurant yg hairan mendengar yg saya orang Malaysia 😉 berkata yg rakyat Morocco tidak mudah utk melancong keluar dari negara mereka kerana perlu melalui banyak birokrasi, paling tidak katanya lagi, kena tunggu 2 tahun.

copyright serikandiku.com
tak tahu la pasal apa.. tapi saya memang suka ambik gambar lampu2 kat Morocco ni.. NI kat ceiling restaurant..
copyright serikandiku.com
suap Adnan makan tembikai..

Kami melintasi kawasan pergunungan Atlas, pemandangan di tepi kiri kanan banyak menarik perhatian saya (masa semua org kecuali saya dan driver tido) kerana selain drp gunung ganang, saya tertarik melihat pelbagai2 jenis lapisan warna dan textures pada gunung2 tersebut. Later on, bila saya dapat access kepada internet barulah saya tahu bahawa high atlas adalah antara kawasan prehistoric yg penting. Gunung2 tersebut terbentuk lebih daripada 5billion tahun yg lalu apabila plate bumi berlanggar, di sebabkan itu banyak sangat fossil haiwan2 lautan di jumpai nun jauh di atas gunung di padang pasir, some of which memang saya boleh nampak dgn mata kasar. Saya juga mendapat tahu tentang peri pentingnya high atlas yg membuatkan cuaca di Morocco milder than sahara. Itu la orang kata kan? Kalau sekadar baca kat buku, susah nak ingat info2 mcm tu semua, bila visit, rasa pelik, takder sapa bagitau, balik baca Wikipedia barulah ilmu tu melekat kat kepala.. sure cikgu geography saya bangga dgn saya sekarang.. hehehh sungguhlah, jauh perjalanan luas pandangan, mendalam ilmu, subhanallah.

copyright serikandiku.com
antara textures yg boleh di lihat di gunung yg kami daki.. Pelik jugak nampak banyak fossils hidupan laut di tengah2 kawasan pergunungan yg jauh dari laut, jauh atas gunung..
copyright serikandiku.com
wanita2 Berber membuat Argan oil dari biji Argan.
copyright serikandiku.com
making the Argan oil, the traditional way..
copyright serikandiku.com
wanita penjaga tandas dgn anaknya..

Pulang ke Marrakech, kami sempat melawat ke Madrasah Ben Youssef. Madrasah tersebut telah tidak beroperasi lagi sebagao madrasa (tutup tahun 1960), tetapi dulu dia telah berjaya menghasilkan banyak ulama’. Mirip ke rupa istana al-Hambra di Spain (sebab al Hambra di hasilkan oleh org2 Arab Berber north Africa), di dalamnya terdapat bilik2 dorm, setiap satunya mempunyai satu katil dan tingkap untuk memandang ke courtyard, amat tenang dan yaman yg sudah tentunya amat sesuai untuk pembelajaran. Madrasa Ben Youssef adalah madrasah yg tertua (kurun ke 14) dan terbesar di Morocco. Pada salah satu time, ianya boleh menempatkan sehingga 900 orang pelajar. Ianya telah dibuka kembali sebagi salah satu destinasi perlancongan pada 1982. Tengok almari2 lama yg telah pernah menempatkan kitab2, dan bilik2 yg telah melahirkan ramai ulama2 besar, membuatkan diri ini merasa kerdil sekali.. 🙁

copyright serikandiku.com
courtyard dalam Madressa Ben Youseff
copyright serikandiku.com
medrassa Ben Youssef
copyright serikandiku.com
the ceiling..
copyright serikandiku.com
sudah tentu pelajar2 madrasah merasa tenang dgn pemandangan sebegini dari tingkap2 bilik mereka
copyright serikandiku.com
Adam memerhatikan sebuah almari lama yg menjadi tempat menyimpan kitab-kitab

Lagi… banyaknya nak tulis.. tapi dah mula rasa malas.. hmm just gambar je la.. visit taman dan bekas rumah designer Yves Saint Laurent, Majorelle Garden.. mmm nothing really interest me here apart from banyaknya jenis2 pokok kaktus yg saya tak pernah lihat dan bagaimana rasa sakitnya terkena cucukan kaktus tersebut… errr.. saya accidentally terduduk membelakangi salah satu pokok kaktus … ouch!!

copyright serikandiku.com
Majorelle Garden
copyright serikandiku.com
pelbagai jenis kaktus terdapat di taman ini.

last sekali, kitorang pusing jam’a el fina sekali lagi. Adam and Adela dgn tak rasa serba salah pegang ular,.. kami berjalan jauh dalam souk menjelajahi jalan2 yg kami tak pernah pi.. and so adalah pic kat bawah ni yg kami ambik.

Actually.. saya decided to keep dulu photos yg ada ni.. sebab dah banyak sangat dalam satu post, and akan InsyaAllah keluarkan sedikit demi sedikit dalam post2 saya yg akan datang.

Saya dah penat menulis panjang, saya rasa sampai sini dulu.. lengkali rajin2 saya tulis lagi. But, pada kami, experience berjaulah di Maghribi adalah kenangan yg amat indah dan manis sekali, bukan hanya menikmati keindahan alam sebagai mana perasaaan kami sewaktu visit ke err Switzerland contohnya, tetapi byk sunggh yg dapat kami pelajari dari masyarakat mereka dan kehidupan mereka. Banyak sungguh yg dipelajari hingga meresap ke jiwa. Selama ini sedap berkata2 harta bukan segalanya, kali ini saya witness di depan mata. Sebab itulah kami suka berjaulah dan melihat dunia. Terima kasih dan selamat tinggal Morocco (Maghribi) ada rezeki kami ke sini lagi.

copyright serikandiku.com
Malam terakhir kami di Morocco.. selamat tinggal dan terima kasih kerana banyak mengajar kami.

19 Replies to “Morocco (2)”

  1. alhamdulillah mekaseh kak elies coz share morocco pic ngan ktorg….walaupun xdpt pi sn…mencukupi dgn gambau2 yg cantek ni…kmpom pengalaman yang menarik n best erk… ;-D

  2. Love reading ur travel experience & pics. Saya pun suka ke tempat org, tengok gambar2 bg inspirasi supaya ambil gambar dgn lebih baik, bukan cincai2 dgn hp camera jer. Keep it up 🙂

    1. terima kasih non.. actually kalau pandai ambik, dgn camera hp je pun cantik.. saya ada lagi byk collection travels dgn hp camera. satu hari nanti InsyaAllah saya share. buat beribu2 lemon je simpan/transfer ke komputer ni takder sapa yg tengok. Especially yg ambik panorama..

    1. Salam.. ada… memang banyak gambar dia, tapi seperti yg saya katakan, saya savekan pics dan akan keluarkan sedikit demi sedikit, InsyaAllah 🙂

  3. Salam, saya antara readers blog akak tak ingat pula sejak bila.Dulu, masa akak post gambar adam, dia “kecik” lagi. Terkejut tengok,tak sangka dia dah remaja sekarang.:)

  4. hi serikandi,…brp lama awak dok di morocco ye..bln 5 sy travel ke bachelona,dan sy ingat nk p melawaat morocco juga…leh bg sikit info pd sy??thx u

    1. masa pi excursion tu je yg kami tidur dalam khemah boleh tengok kat sini. Masa dok morrocco kami tidur hotel yg best macam villa. Saya susah nak komen awak rasa sudah atau tak, sebab kami memang lasak..

      1. Puan msh ingat nama villa tu? Sy n asben mmg lasak..ingat nk backpack..tp nk kene ader ckiy info..smpi skrh msk xdpt bkenan dek hati nk tdo kt mana marrakech tu.

  5. Salam Srikandi.. Saya tertstik dgn life di wadi Najm yg puan paparkan..Insyallah saya akan Morocco pd bulan Februari nnt. If you dont mind, boleh tak saya minta email contact person disan?. TQ

Leave a Reply to iman Cancel reply

Your email address will not be published.