Mak saya selalu pesan, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Masa saya kecik2, saya tak faham apa maksudnya, siap tanya kat mak kalau2 pangkal lengan tu kena ketiak ke tidak (ngee). Mak terangkan kat saya yg maksud ayat tersebut adalah tentang orang dulu2, kalau nak buat pekasam, diorang buat dalam satu tempayan yg tinggi/dalam. Pekasam tu selalunya di perbuat daripada ikan, dan direndam dalam air garam di dalam tempayan untuk beberapa bulan. Bila nak ambik pekasam tu, tangan perlu dicelup ke dalam tempayan. Bau tempayan tu selalu membuatkan orang takmo dekat apatah lagi mencelup tangan ke dalamnya. Adapun, kalau nak ambik pekasam tu, celup tangan sikit2 memang tak dapat ambik, so hanya orang yg berani celup sampai ke bahagian dalam tempayan (yakni tangan celup sampai ke pangkal lengan) je yg dapat. Orang yg celup sikit2, dah lah tangan still busuk, tapi tak dapat ikan adalah satu pekerjaan sia2. Bila mak dah terangkan peribahasa tu barulah saya faham, maksudnya, alang2 membuat sesuatu pekerjaan tu, biar buat pulun2 dan sampai dapat. In other word, kena jadi perfectionist!…. dan saya memang suka buat something sampai dia jadi perfect/sempurna.

copyright www.serikandiku.com
saya suka dgn bold architectural design di Berlin

Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.’ (Riwayat Abu Daud).

copyright www.serikandiku.com
Berlin Siegessäule (Berlin victory column)

Baru2 ini saya berkesempatan mengikuti satu conference tentang mata di Berlin, Germany. Saya yg sebelum ini sebagai seorang engineer, amat suka dgn rekaan dan technology orang2 German, yg pada mata saya amat perfect, every little thing tak being overlooked, baik dari segi architecture sampailah ke kereta, mesin2 dan sebagainya. So, saya berpeluang melawat negara mereka dan belajar bagaimana cara kerja mereka. Saya nak tengok apa culture dalam masyarakat diorang yg membuatkan mereka sangat kuat dari segi ekonomi sehingga boleh menampung 2 lagi ekonomi negara lain (Spain dan Greece).

copyright www.serikandiku.com
Reichstag building. Parliament building of the German. With a glass dome in the middle

Sikap adalah sangat penting dalam membentuk socio-ekonomi dan budaya sesebuah negara. Orang2 German secara pukul ratanya mempunyai culture perfectionist. Mereka bangun tidur dan bekerja seawall pagi. Dalam satu kajian yg dibuat, pada masa zaman ekonomi dunia jatuh, daripada membiarkan ramai orang di buang kerja, orang german lebih suka memotong jumlah jam mereka bekerja (hence potong gaji) so that lebih ramai kawan2 mereka yg lain boleh mempunyai kerja. Dalam kata lain, kerja 1 orang dibuat oleh 2 orang secara part time. So diorang semua win2 situation, kawan tak kena buang kerja, dan diorang boleh ada lebih byk time off dgn family. Mereka suka ambil cuti dan holiday untuk member nafas baru dalam pekerjaan dan hidup mereka. Kajian juga menunjukkan dalam senarai negara2 Eropah, yg German menduduki tempat terbawah dalam jumlah jam bekerja seminggu, tetapi menduduki tempat teratas dalam kekuatan ekonomi. Dan inilah antara benda2 yg sangat popular dgn German yg selalu dipanggil orang sebagai German Efficiency. Ini terbalik dgn Greek yg mana mereka menduduki tempat teratas dalam jumlah jam bekerja (long hours) tapi ekonomi mereka terbawah di Europe.

copyright www.serikandiku.com
Berlin cathedral

Orang German sukakan structure dan order. Dalam perbualan seharian mereka, ada satu ayat yg cukup selalu keluar yakni, der rote Faden (the red thread), yakni plan rancangan. Mereka adalah ahli dalam mengatur hidup mereka. Mereka akan atur jadual hidup tiap2 hari sampai ke minit ke berapa akan buat apa dan mereka akan stick to it. Saya boleh nampak juga benda ni masa kat jalan. Masa nak melintas jalan, saya dan geng2 matsaleh (British) saya akan melintas sekiranya tiada kereta tapi lambang melintas masih merah. Orang German akan still tak melintas dan menunggu sampai lampu utk pelintas jadi hijau walaupun takder kereta. Dan ini adalah pemandangan yg saya nampak berkali2 sepanjang saya di sana. Mereka suka plan dan aturan sebab ianya mendatangkan sense of security kepada mereka. Dalam rancangan Grand Designs yg saya suka tonton, mereka menceritakan bagaiman rumah2 prefabricated house (pasang siap) yg di buat di German, tentang plan mereka yg sangat lengkap, sehinggakan lubang skru akan masuk mana, berapa skru akan pakai, jenis skru semuakan ada tertulis even b4 bangunan tersebut akan dibuat. Tengoklah kereta2 mereka, Mercedes, Audi, BMW, VW, antaranya, benda kecik dalam kereta yg kita tak terfikir pun ada dan sebab tu saya suka kereta2 German. Baru2 ni, saya ada beli mesin jahit yg German design, dan saya merasa sgt smitten dgn designnya.. eh.. dah melalut ke situ pulak saya.. nanti lengkali cerita bab mesin jahit eh?

copyright www.serikandiku.com
contoh bagaimana tepat masa dan minit mereka. Ni adalah aturcara masa dalam buku program conference yg diikuti tepat pada setiap minit.

Anyway, pasal kerja dan plan. Diorang suka, by habis time kerja (abis opis time contohnya) takde pekerja yg akan stay dan you are expected to go home with the family. Sebab, kalau anda kena stay back, ianya bermakna yg anda tidak pandai merancang kerja. Cuba compare dgn Msia. Berapa byk time anda ada dgn anak2? Mereka juga ambil kerja mereka seriously, kalau ada clash benda personal dgn kerja, mereka akan dahulukan kerja. Dulu saya ada cerita tentang saya kena design alat yg akan digunakan dalam surgery dan bekerjasama dgn beberapa orang consultants? Meraka adalah consultants dari German, amat specific dan garang! Hehe seram beb.

copyright www.serikandiku.com
sebuah kilang di tepi sungai Spree di Oberschöneweide

Saya tulis ni, bukan nak suruh kita jadi orang German. Tapi, seperti yg saya selalu katakan dahulu, kalau saya melawat mana2 negara, saya suka belajar dari mereka.. belajar benda yg positif. Hikmah yg hilang itu adalah milik Islam, di mana2 sahaja kita menemuinya kita kutip kembali. Saya pernah cerita zaman awal2 blog ni tentang mat saleh yg amat punctual dan amat menepati janji. Bebenda ni datang dari Islam.

copyright www.serikandiku.com
'The world'. A sneak preview of the Berlin wall.

Panjang dah entri kali ni.. saya belum sempat cerita tentang Berlin wall, dan tentang Hitler dan yahudi. Saya kira saya kena sambung lain kali, InsyaAllah.

p/s: saya minta maaf dgn kualiti pictures saya pada kali ini. Semua gambar2 di ambil menggunakan kamera mobile phone dan mostly di ambil masa saya naik basikal mengelilingi Berlin…. dalam keadaan berpuasa, panas… 18 jam.. tak berapa makan apa… menggigil.. errr apa lagi nak cakap? tulah dia.. kesian kan.. hehe

21 Replies to “Pekasam”

  1. assalamualaikum kak elies, wow, hbt nye culture diorang. eehmm..so kene implement budaya on time ni mana nk buat report praktikal..chaiyok2 me, hehe doakan ya sis!

    p.s : love this entry ( jap, rasenya bkn this je, sume :P)

    1. Najwa, seperti dalam post saya yg sudah2 (kalau baca la.. Hehe), nak buat report praktical bukan sekadar on time, but siapkan jauh lebih awal dari due date, so ada time utk polish dan buat dia jadi excellent! Bukan just sekadar siap dan hantar.. Hehe

  2. Suka saya dengar cerita org german ni. Dulu masa saya travel pun pegi sana ada kawan germany yg diorg kata doctors sana balik ontime! Mula2 mcm tak percaya tp bila pegi tgk negara diorg baru percaya! Office semua punctual dan ikut peraturan.

    1. Best kan? Macam clockwork. Time bekerja di setting as a guide bila kena habis and tukar shift, dan bagusnya supaya ada time spent dgn family.

    1. Yup, ekonomi dia sungguh kuat. Takde lagi negara kat dunia ni ada negara yg boleh tampung 2 negara lain yg sedang bankrupt… Rasanyalah.. Try tanya ahli ekonomi.

  3. Betul Elies, masa akak follow hubby kerja di middle east (Arab Saudi n Dubai) hubby akak kerja dgn boss german, very good person, perfectionist, on time n very polite.

  4. Bagus sungguh kalau org kita takde pepatah janji melayu.Tapi semacam mereka bangga dgn pepatah ini tanpa rasa bersalah.Namun dlm bisness kalau takde plan rancangan kita sebenarnya menuju kebankrupan ..Dalam urusan di Malaysia bangsa yg paling menepati masa dan janji biasanya adalah org cina,sebab itu ekonomi mereka mantap.Kalau dlm urusan bisnes sendiri disini kalau kita tak support melayu ,mereka kata tak tlg bangsa sendiri.Tapi attitude mereka sendiri buat kita rugi jika terus berurusan dgn mereka.Sungguh kecewa org islam dgn terus berkeadaan begini tanpa sedar ciri kemunafikan dlm diri.Di JB misalnya ekonomi byk di monopoli org luar,misalnya restoran mamak dr India kebanyakan hindu,peruncitan Myanmar,Acheh,cina,Pasar borong Indon dan Cina baru ni Pakistan pun ada.Perabotan cina,pakistan.Belum lagi bisness besar takde harapanla..cashier petrol pam pun sekarang org Bangla dan Indon dah.Sungguh menakutkan apa jadi dgn negara kita bila aliran wang yg besar keluar.Kalau nak tengok org kita duk jaga bank,jaga kilang,pasaraya.Kerja mudah tapi kerja 18jam sehari.Family huru hara.Anak tak kenal bapak,anak tak jumpa mak seharian.Masalah sosial parah yg penting soru tak miss.Jumpalah ibubapa menternak anak anak tanpa didikan dunia jauh sekali akhirat.

    1. Betul tu Faiza.. actually aku tengah mengkaji satu kitab lama pasal orang Melayu.. lama sangat baca ni.. sampai tak tertulis2.. hehe

  5. suka cerita pekasam jugak.. serius memang tak tau kenapa kena seluk sampai begitu sekali..
    dan pendedahan tentang orang jerman ni.. baru tau, dan sangat teruja!

  6. Hai kak elies,
    Was in germany, work with german company..
    Mmg santai kerja dgn depa but perfectionist! Tegas pun ye jugak depa ni.
    Apa2pun, selamat berjumpa kembali kak, walaupun di alam maya.

    Salut! 😉

  7. please kak ellis!!!! ceritalah lagi!!! Tolong cerita dan berkongsi semua inspirasi yg positif dlm blog ni, sbb saya suka baca. Saya mahu berubah!!! lillahita’ala!!!

  8. wow. sangat memberi inspirasi. terutamanya tentang balik kerja on time tu. saya selalu balik lambat dengan perasan bahawa saya paling rajin, rupa2nya saya juga sedar yg saya waktu office hour, selalu main2, so nak tak nak kena balik lambat. huhu

    saya juga pernah kerja di syarikat jerman di malaysia. tapi diorang x amalkan seperti budaya german di atas. mungkin management banyak org malaysia

Leave a Reply to Fafau Cancel reply

Your email address will not be published.