Pengajaran dari peristiwa hijrah (tajuk alternative, sebab ada orang kata tajuk2 blog saya pendek2 sangat.. hehe..)

Kita barangkali telah selalu mendengar ceramah berkenaan dgn ma’al hijrah. Tetapi kali ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yg saya dapati dari sebuah kuliyah dan saya akan insyaAllah campurkan sedikit dgn ilmu2 yg saya dapati elsewhere. Dan, saya ingin mengajak pembaca supaya (seperti biasa) melihat sejarah/sirah dari aspek yg lain dan mengambil pelajaran daripadanya.

copyright www.serikandiku.com
Bila hati telah ditembusi cahaya iman, segala-galanya sanggup ditinggalkan demi kerana Allah.

…Penduduk2 islam di Makkah telah teruk di siksa. Sebahagian mereka telah pun berpindah ke Abyssinia (Ethiopia). Kini mereka sedang menunggu arahan dari Baginda Rasulullah saw untuk berpindah. Rasulullah, di dalam mimpi baginda, telah nampak pohon2 kurma yg rimbun di antara 2 padang bekas lava dan lorong2 berbatu, tetapi baginda masih belum tahu dimanakah tempat tersebut. Walau bagaimanapun, segala persiapan telah dibuat untuk berpindah. Saya kira, serupalah dgn kita sekarang, sekiranya berpindah, tentulah barang2 kita telah kita penuhkan di dalam lori untuk diangkut, cuma menunggu kata2 dari lawyer yg urusan exchanging of contracts telah settle, barulah lori boleh set-off (itu cara jual-beli rumah di UK). Tempat yg pada mulanya disangka al-Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Yathrib (Madinah) (al-Bukhari daripada Aisyah ra).

 

copyright www.serikandiku.com
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Proses perpindahan tidak mudah, kerana orang2 kafir Quraisy mencuba sedaya upaya untuk menggagalkan mereka. Saya pernah cerita tentang Zainab anak rasulullah yg terjatuh dari unta dan sedang mengandung semasa ingin berpindah ke Madinah [dalam post cinta, kasih sayang].  Selain daripada perasaan sedih meninggalkan kampung halaman, orang2 islam juga terpaksa menuju ke suatu tempat yg unknown kepada mereka.. berpindah meninggalkan kaum keluarga, ladang2 dan perniagaan yg telah diusahakan kepada sesuatu yg belum lagi tentu… semuanya semata2 kerana cinta mereka kepada Allah dan Nabi. Cuba bayangkan kita ditempat mereka, seperti yg saya selalu katakan dahulu, baca sejarah atau sirah kalau sekadar sekali lalu sahaja, ianya kurang kita mengerti. Tetapi sekiranya sekarang, kita di suruh berbuat sesuatu untuk Allah sahaja pun kita masih degil, jangan harap kita akan mudah meninggalkan segala2 harta dan kehidupan kebiasaan kita untuk Allah. Itu contoh kuatnya iman mereka. Bila melihat sejarah, kita perlu menyorot sejarah itu ke zaman ini, cuba make it contemporary, kita perlu tenung dan reflek ke dalam diri kita. Macam baca novel sedih, menangis2 sesetengah org kerana terlalu asyik menghayati watak.

 

copyright www.serikandiku.com
..Iman itu cahaya yang menerangi hidup manusia..at Ait Ben Heddou, 2012

Now, kembali ke cerita hijrah. Apabila mendengar plan Rasulullah saw untuk berpindah, maka org2 kafir Quraisy telah berkumpul utk bermesyuarat mengenai tindakan terbaik yg perlu diambil kepada baginda. Semasa ini, iblis telah menyamar sebagai seorang tua dari An-Najd. Iblis telah menentang pelbagai bentuk cadangan yg diberikan melainkan cadangan yg diberikan oleh Abu Jahal. Abu Jahal mencadangkan agar setiap pemuda di pilih dari setiap suku kaum untuk membunuh Rasulullah saw, agar nanti susah Bani Hashim untuk menuntut bela kematian Baginda. Dalam masa yg sama, Allah telah memberitahukan peristiwa ini kepada Rasulullah saw.

 

copyright www.serikandiku.com
apakah yang menghalangmu untuk berhijrah untuk menjadi hamba yg lebih disayangi Allah?

Abu Bakar dan keluarganya telah tinggal menemankan Rasulullah di Makkah semasa org2 islam yg lain berpindah ke Madinah. Rasulullah masih menunggu perintah dari Allah untuk Baginda berangkat ke Madinah. Abu Bakar telah menyediakan untanya dgn memberikannya cukup makan selama 3 bulan. Ini adalah supaya, segala persiapan tersedia apabila perintah berhijrah diturunkan. Salah satu pengajaran daripada peristiwa ini adalah, walaupun Nabi yg boleh diturunkan Allah segala harta dan kekayaan dunia dalam sekejap mata, tapi nabi still membuat persiapan. Kita ummah Islam perlu belajar yg kita mesti harus bersedia, dan mengajar kita akan konsep tawakkal.

 وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. Al-Anfal:30

 

Setelah Allah memerintahkan Nabi supaya berhijrah pada malam tersebut, Ali telah mengambil tempat tidur nabi. Sebab apa? Selain daripada supaya org2 kafir tertipu mengingatkan yg tidur tersebut adalah baginda, baginda sebenarnya telah meninggalkan Ali untuk menjaga harta2 org2 kafir Mekah yg telah mengambil baginda sebagai orang kepercayaan mereka, remember Al-Amin? Walaupun mereka suka mengejek dan ingin membunuh Rasulullah, tapi mereka still mempercayai Rasulullah al-Amin untuk menjaga barang2 mereka. Lihat, betapa peliknya perangai manusia apabila logic tidak lagi dapat menguasai akal mereka. Pelajaran daripada ini juga adalah Rasulullah mengambil pertolongan dari golongan anak remaja (Ali semasa itu masih anak2) dan perihal keberanian Ali mengambil tempat tidur baginda. Ada tak anak2 kita yg berani sedemikian sekarang? Nabi boleh terdengar suara Abu Jahal bercakap2 diluar rumah Baginda. Nabi telah mengambil segenggam pasir di campakkan pada orang2 kafir tersebut. Tetapi dengan kekuasaan Allah setiap butir pasir tersebut masuk ke dalam mata mereka dan mereka ‘tidak perasan’ Nabi keluar dan berjalan di hadapan mereka. Apabila tiba waktu pagi, mereka sungguh terperanjat apabila mendapati bahawa baginda rasulullah sudah tidak ada di situ. Abu Jahal yg terlalu marah telah meng’offer hadiah 100 ekor unta merah kepada sesiapa yg dapat menangkap baginda. Harga seekor unta merah pada ketika itu, serupa dgn sebuah Ferrari merah sekarang, sebegitu lumayannya habuan untuk tangkapan nabi.

 

copyright www.serikandiku.com
err.. lagi tadi gambar lampu kan? semuanya diambil di Morrocco 🙂

Nabi ketika itu telah menggunakan khidmat seorang Yahudi dari Banu Ad-Dayl untuk menjadi penunjuk jalan untuk ke Madinah. Walaupun dia seorang Yahudi, dia seorang yg amat berdedikasi dalam kerjanya, tidak lansung tertawan dengan hadiah Ferrari lumayan. See? Nampak satu lagi pengajaran di sini? Walaupun Madinah terletak di utara Mekah, dia telah membawa Nabi mengikut jalan ke selatan dahulu, untuk bersembunyi di gua Thur. 3 hari, 3 malam baginda dan Abu Bakar bersembunyi di situ. Anak Abu Bakar (Abdullah ibn Abu Bakar) telah datang ke gua setiap malam memberitahukan kepada mereka apa yg didengarinya pada siang hari tentang berita2 dari org kafir Quraisy. Asma’ Abu Bakar menolong membawakan makanan, dan telah memotong tali pinggangnya (nitaq) kepada dua untuk mengikat bekas makanan yg terikat ke unta. Rasulullah telah bersabda yg disebabkan dengan pengorbanannya ini, dia akan dikurniakan 2 di Jannah. Dia kemudiannya dikenali sebagai perempuan yg mempunyai 2 tali pinggang (Dthat An-Nitaqayn) dan berita gembira tentang masuknya beliau ke syurga… MasyaAllah. Hamba kepada Abu Bakar pula, Amir bin Fuhayrah telah membawa gembala kambing ke gua tersebut selama 3 hari supaya mereka beroleh susu daripadanya. Tengok? Bagaimana pertolongan yg Allah datangkan untuk Rasulullah berupa dgn anak2 (Ali), golongan perempuan (Asma’) dan hamba (Amir)? Dan rasulullah tidak malu menerima pertolongan dari gol yg selalu dikaitkan yg gol yg lemah.

 

Bersambung..

(P/s: stay tuned.. ceritanya panjang.. tapi kalau tulis panjang2 nanti susah nak hadam..)

6 Replies to “Hijrah (1)”

    1. Tima kasih 🙂 part 2 sedang ada dalam draft, saya rasa susah dan tak samalah kalau saya cakap mulut atau menulis. Cakap mulut macam ada lagi syok lagi dgn sound effect etc.. hehe..

  1. kak serikandi kalo nak buat sound effect boleh buat dalam kurungan (…) or boleh guna smiley…hehehe…nnt pandai2 lah kami bayang kan ^____^

Leave a Reply to AS Cancel reply

Your email address will not be published.