copyright www.serikandiku.com
takut antu? Anlwick castle, Northumberland 2013.

 

OK… ada 2 benda yg saya paling takut dalam dunia ni.. takut yang saya maksudkan adalah takut yg fobia.. takut yg tidak boleh dipujuk, irrational fear bak kata orang kampong saya.. Bukan perasaan takut yg macam takut kat antu.. itu tajuk takut lain..

Baiklah.. yg first yg paling saya takut dalam dunia ni adalah cicak! Jangan gelak! Saya dah kata dah yg ianya irrational fear.. Kalau ada cicak kat siling satu bilik saya tak akan masuk bilik tu, kalau saya desperate nak masuk toilet tapi ada cicak dalam tu (walaupun dia dah lari menyorok balik cermin), saya akan still sanggup tak masuk bilikair tu.. biarlah sakit macam mana pun perut tu.. saya juga dah decide yg cicak ni adalah haiwan yg agak gatal… pernah satu masa zaman saya muda dulu, saya mandi dalam bilik air, dia suka mengintai.. macamlah saya tak nampak nun jauh di atap saya yg dia hanya keluarkan sikit kepala dia nak tengok anak dara mandi! So, selain dari saya geli dengan cicak.. saya juga menyampah dengannya. Ni di tambah lagi dengan cerita dari nenek moyang kita yg saya tak tahu akan kesahihannya tentang cicak yg berbunyi kat pintu gua masa nabi Muhammad menyorok dalam gua, konon2 bagitahu orang kafir yg nabi dalam tu.. so, masa kecik2, beberapa budak lelaki nakal kata pada saya yg sunnat bunuh cicak malam jumaat,… entah iyer atau tidak wallahu’alam. Bad kata masa dia kecik2, dia dgn geng surau dia siap tangkap, cucuk kat lidi dan bakar lagi cicak tu.. kejam sungguh. Dan apabenda kaitannya dgn malam jumaat.. orang Melayu kita ni memang banyak benda dikaitkan dgn malam jumaat, cerita hantu pun malam jumaat.

ok..! saya mengaku.. tadi saya dah godek2 gambar cicak kat google, tapi saya tak boleh tengok dan tak boleh click! yeak!!!!!!

 

So, berbalik kepada topic, baru2 ni sebelum saya nak ke Malaysia sebab adik saya nak kawen, saya jadi takut dan trauma dgn cicak, sampai seminggu dua sebelum ke Malaysia, hari2 dalam tidur saya saya mimpi cicak. Saya bagitau mak dan abah saya, yang sweetnya abah saya siap dah buang cicak2 yg ada kat rumah sebelum saya balik supaya saya tak ketakutan.. sweet kan abah saya? Walaupun anak pompuan dia ni dah besar panjang jadi bini orang dia still jagakan saya lagi. BTW, sebab ke Malaysia ari tu sorang, tiket mahal sangat sbb krismas. Saya sayang abah saya.

 

copyright www.serikandiku.com
takut berseorangan? Kielder, Northumberland, 2013

 

Benda keduanya dari fobia saya adalah.. errr… kapal terbang! I know!.. dah lah duduk luar negara dan selalu pulak travel sana-sini tapi memang saya takut naik kapal terbang… benda ni makin teruk dengan usia.. dan yes.. its irrational fear. Saya rasa start masa belajar salah satu subject material engineering saya, 1001 benda yg boleh goes wrong, material fracture, etc. Walaupun Bad dah bawak saya berborak dgn beberapa kapten kapal terbang, dgn seorang engineer kapal terbang dan seorang bekas ketua pramugari, saya punya takut ni still tak hilang.. its irrational.. tak boleh di pujuk2. Selalunya bila naik kapal terbang dgn Badrul, dia akan bagi saya ubat penenang (Diazepam) dan ubat untuk slow-downkan jantung saya yg berdegup tersangat laju (propranolol), sebabnya.. penat tau takut sepanjang masa dalam sepanjang 13 jam perjalanan (at least kalau direct UK ke Malaysia). Tapi sebab baru2 ini saya berseorangan ke Malaysia, Bad keberatan nak bagi ubat tu, dia takut kalau2 saya pengsan dalam kapal terbang.. dahlah saya ada connection flight, dia takut saya tumbang sorang2 kat Dubai etc. So, masa check in saya bagitahu diorang yg saya ada this nervousness, dan saya bagitahu juga dgn pramugari yg jaga ‘area’ saya. Selalunya, paling teruk ialah bila terbang dekat laut india, banyak sangat turbulence masa tu tak tahu apesal..

macam2 dalam fikiran bila duduk atas kapal terbang...

 

So, masa dalam perjalanan pulang ke UK on the Christmas day (saya fly back 25 dec masa tu sebab tu time flight paling murah), tapi masalahnya macam tak banyak pramugari/a. Mungkin ramai yg bercuti atau mungkin diorang sibuk sangat. So saya beritahu pakcik yg duduk sebelah saya yg saya ‘mungkin akan nervous sikit bila kena turbulence nanti dan supaya dia beri kata2 peransang pada saya’. Saya agak bertuah ketika itu sebab pakcik tu pakcik dari Egypt, sangat baik dan peramah, walaupun makcik (isteri) dia macam takmo pandang atau cakap dgn saya. Serupa dgn ada sorang pompuan Europe yg duduk sebelah saya masa saya dalam perjalanan ke Malaysia.. pada saya kalau tak tahu cakap English pun at least senyuman memberikan pelbagai makna.. senyum adalah bahasa universal. Masa dalam perjalanan ke Malaysia, dari UK ke Dubai ada sorang pompuan English yg baik selalu tanya kalau saya alright etc bila dia nampak saya takut etc.

 

Ok, berbalik kepada cerita.. tiba2 kapal terbang (masa ada pakcik Egypt sebelah) mengalami turbulence yg sangat-sangat. Kapal terbang terlompat-lompat, saya tengok pakcik dgn mata terbeliak (of course saya tokleh pegang tangan dia, mahu nak kena penampar dgn makcik sebelah), pakcik cakap dengan saya yg taqdir, ajal dan maut semuanya di ‘tangan’ Allah. Tapi tu la.. saya tahu semua tu.. tapi takut saya adalah irrational fear, tak boleh di-rationalise lagi. Sampai akhirnya, saya tutup muka saya dengan bantal, mata dan pipi saya sudah penuh basah dengan air-mata, saya takmo kacau pakcik lagi (susah saya nak cakap pada dia yg pujukan dia tak jalan, dia dah buat sehabis boleh dia tanpa penampar makcik), sekeliling pun takder pramugari atau pramugara hensom, diorang semua diarahkan kapten untuk duduk terikat sebab turbulence yg melampau. Akhirnya saya buka quran saya di dalam iPad.. dan saya jumpa ayat ini:

 

وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُمْ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya,

kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka barang sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya,

(ar-Rum: 33)

 

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu.

Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.

(ar-Rum 36)

 

 

Allahu akbar.. terkena sungguh2 pada diri saya.. Dan saya yakin, Allah sedang bercakap dengan saya…. Ayat2 yg Allah taqdirkan saya baca bukan kebetulan.. memang saya selalu diperingatkan cara begitu.. Ampuni daku ya Allah…

copyright www.serikandiku.com
masa pegi tempat ni tak tahu kenapa ada rasa seram2 sikit.. hehe.. Kielder Castle, Northumberland, 2013

6 Replies to “Takut”

  1. Samala ttp takut naik kapak terbang walau da banyak kali naik
    Bila take off kecut perut semacam peluh2 tangan gigil2 semua ada
    Lama2 atas flugjt duk tgk jam cepatla landing
    Xtau sejak bila takut naik flight dedulu ok je lepas da makin lama naik flight makin seram
    Rasanya sejak naik malinda or fire fly kot sbb jenis flight kecil
    Atau sbb da kes mh370 tu ….

Leave a Reply to serikandi Cancel reply

Your email address will not be published.