Minggu ini, saya di uji…

copyright www.serikandiku.com
"The merit of the `alim (the learned) over the 'abid (the devout) is like the merit of the moon over the stars on a full-moon night. The learned are the heirs of the prophets, for the prophets did not leave behind a legacy of wealth but that of knowledge. " Whitby Bridge, Jan 2013.

Saya tahu kita manusia akan selalu di uji. Kalau di sekolah, ujian adalah salah satu method untuk cikgu tahu pencapaian dan tahap pembelajaran anak2 muridnya, dan supaya cikgu tahu yg anak murid yg ini perlu diajar untuk berfikir lagi kerana dia masih belum faham.

 رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

 Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. al Isra: 25

 

Saya di uji dengan satu pelawaan supaya saya memegang satu jawatan yg amat tinggi amanahnya. Saya sure orang2 yg ingin menawarkan perkara tersebut kepada saya adalah orang2 yg tidak kenal saya dgn sebenar2 kenal. Sebab kalau kenal saya betul2, sudah tentu tak akan pandang saya walaupun sebelah mata. Tapi itu bukanlah ujian yg sebenar bagi saya. Setelah saya tolak dgn pelbagai2 alasan yg saya kira munasabah… (dengan nightmare semua siap), keesokan harinya saya diberitahu supaya jangan bimbang, kerena mereka telah dapat orang yang sesuai. Alhamdulillah, sungguh saya berasa senang hati dan rasa seperti weight seberat gunung off my shoulder. Tapi ujian yg datang adalah yg setelah itu.

 

Syaitan2 berbisik kepada diri saya bertanyakan, “adakah orang lain yang lebih layak dari awak?” Dan, mengikut hajat di hati saya adalah supaya orang2 tersebut merayu2 dan meminta2 dari saya, dgn pujuk dan puji.. Yer.. dua benda tersebut yg ramai manusia especially perempuan suka… pujuk dan puji.. Itulah ujian bagi saya. Saya suka dua-dua benda tersebut. Isteri mana yang tak suka suaminya pujuk bila dia merajuk, puji bila orang lain keji?

 

copyright www.serikandiku.com
"Sesungguhnya berdzikir menumbuhkan iman seperti air yang menumbuhkan tanaman." Kilder Forest, Jan 2013.

 

 

Tapi kali ini saya sedar. Saya melawan perasaan2 tersebut dalam sedar walaupun terleka pada awalnya. Saya ingat pelajaran pertama yg saya pelajari dalam usrah, perihal ikhlas… perihal ikhsan.

 Hadith tentang ikhlas, yg pertama yg saya pelajari:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

 ”  Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”  (Bukhari & Muslim)

 Ikhlas adalah, mengikut apa yg kita niatkan. Sekiranya kita mengniatkan popularity dunia, maka hanya itu sahaja balasan yang (mungkin) kita terima, dan tak mendapat apa-apa balasan di akhirat. Semua pekerjaan, usaha dan penat lelah menjadi sia-sia.

Hadith tentang ihsan, yang kedua yang saya pelajari:

Dia (malaikat yang menyamar sebagai seorang lelaki) bertanya kepada Rasulullah tentang ihsan. lalu Rasulullah saw menjawab:

أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

  “ianya adalah kamu sepatutnya beribadah kepada Allah seolah2 kamu melihatNya, sekiranya tidak maka sesungguhnya Dia melihatmu..”

copyright www.serikandiku.com
'..aku hanya basikal tua.." Morocco, 2012

Ihsan, berbuat segala sesuatu dengan amat sedar yg Tuhan melihatnya. Sekiranya seorang mukmin benar-benar sedar kedua-dua perkara ini, maka smooth segala perjalanan urusan dunia, tiada rasuah, tiada kecurian, tiada pengkhianatan, tiada jambatan runtuh sebab duit bawah meja etc.

Perbualan seketika tadi dengan seorang sahabat yang saya sayangi mengingatkan saya juga dangan ikhlas dan ikhsan bukan hanya dalam kerja2 agama/ibadah. Dalam kerja2 kita seharian. Dia menceritakan kepada saya yang kadang-kadang datang perasaan ‘why not me?’ atau ‘am I not good enough to be trusted with that big project?’ bila tidak diberikan tugasan besar tersebut oleh boss. Kami sama2 mengingati kembali tentang ayat:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” al Baqarah: 286

Dalam kerja saya sekarang ini pun, ada seseorang yang selalu mahu jatuhkan saya walaupun dia sudah memang berpangkat lebih tinggi dari saya. Dia selalu juga mahu membuktikan pada boss saya yang dia jauh lebih baik dari saya. Pada mulanya saya berfikir, ‘kenapa? Kenapa dia perlu buat camtu? Saya bukan threat utk dia? Pangkat dia pun tinggi dari saya, saya tak akan boleh kalahkan dia dari segi pengetahuan pun etc sebab dia dah lama menceburi bidang ini berbanding saya.”

 

Tapi saya nak kongsikan dgn pembaca, tentang perasaan saya. Saya rasa, orang yang mencemburui kita kadang2 sebab dia nampak tentang kita, apa yang kita sendiri tak nampak. Mungkin dia nampak potensi kita. Mungkin dia nampak kemampuan kita. Tapi, apa yang kita selalu nampak adalah kelemahan kita. Kita kadang-kadang especially orang pompuan, suka lihat dan fikir yang negative tentang diri kita. Saya teringat cakap seorang tok guru, rumah orang kaya lah yang selalu di kelilingi/di intai pencuri. Maknanya, hati orang2 beriman lah yang selalu dikunjugi dan di intai2 oleh syaitan, kerana syaitan tahu ada something special inside utk di curi, di ganggu..

 

Begitulah kisah kehidupan saya yang agak selow dan boring minggu ini… ada kalanya saya rasa nak menulis, ada kalanya saya malas.. Tapi saya rasa saya kena tulis benda ni.. dan minta maaf korang nampak betapa malasnya saya menulis ketika demam ini 🙁

2 Replies to “Pujuk dan puji”

Leave a Reply

Your email address will not be published.