Degil

Saya tak tahulah apa namanya.. mungkinkah saya ni degil atau keras kepala.

 

Degil, takrifan maksudnya ikut kamus dewan bahasa membawa banyak tanggapan yang negatif; tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala, enggan menurut perintah, nasihat, tegahan. Tak mahu menurut nasihat… nasihat itukan benda yang baik, so kalau tak mahu ikut nasihat tu takmo ikut benda yang baik lah kan?

 

Berlainan pula dengan kamus omputeh, stubborn boleh membawa maksud samada negatif atau positif. Contohnya, Stubborn: unreasonably obstinate; obstinately unmoving. Fixed or set in purpose or opinion; resolute. Obstinately maintained, as a course of action. Difficult to manage or suppress. Benda yang positif yang saya maksudkan di sini adalah strong headed, maksudnya, kalau kita yakin dengan satu keputusan yang kita buat dan tidak bergoyah dalam pendirian kita itu, itu juga di panggil stubborn, degil dalam bahasa omputeh.

 

Saya suka nak fikir yang saya ni degil ala-ala omputeh… hehe. Masa saya kecik-kecik, kalau saya dah pegang penyapu (nak sapu rumah), and tiba-tiba mak saya kata, “rajinnya anak dara mak menyapu.. macam tu lah..”, saya boleh nak letak balik penyapu tu tak jadi sapu sebab saya takmo mak saya fikir yang saya menyapu sebab dia suruh. Saya mahu, saya sapu sebab saya nak sapu. Macam tu juga dalam banyak keputusan dalam hidup saya, saya nak saya believe, yang saya ambil suatu tindakan itu adalah sebab saya yang fikir sendiri, bukan sebab orang lain suruh. Sebab itu jugaklah saya lambat pakai tudung walaupun saya tahu Tuhan suruh, tapi sebab banyak ustad/zah suruh, saya takmo pakai sebab … you know… as above. Saya tahu mak abah saya, dan adik beradik saya sedar ‘kedegilan’ saya ni, and sebab tu mak saya cara dia suruh saya study adalah dengan tak bagi saya study. Sebab saya akan degil nak study.. saya sure kakak saya baca ni dia akan setuju dan tergelak. Bila saya nak buka buku je, mak saya akan start suruh saya buat kerja rumah itu dan ini menyebabkan saya memberontak. Nasib baik mak abah saya jarang suruh saya buat apa-apa, dan saya akan buat keputusan sendiri, dan Alhamdulillah jugak saya tak terpengaruh dengan ajakan2 jahat sesetengah kawan2, sebab…. Saya degil takmo ikut orang. Tapi tu dulu masa kecik-kecik.

Sekarang, saya juga bernasib baik bersuamikan Bad, sebab Bad pun selalu tahu macam mana caranya nak tegur saya. Dia akan buat saya fikir yang kononnya sayalah yang fikir sendiri sesuatu benda tu. Kalau dia nak suruh saya buat sesuatu ibadah pun, dia tak suruh saya, dia buat…. And saya ikut. Alhamdulillah.

 

So tujuan saya menulis ni adalah kerana, saya nak minta maaf kat kawan-kawan yang masih kurang mengenali saya, kurang mengenali kedegilan saya, keras kepala saya. Ada benda, sikap dan sifat yang kita boleh ubah dalam diri, atau sekurang-kurangnya channel ke benda baik, maksud saya, ‘degil’ saya ini telah banyak membantu saya dalam pelajaran.. saya tetap degil dan percaya saya boleh buat something bila orang lain kata tak boleh, saya tetap degil dan keras kepala yg saya boleh fahamkan sesuatu konsep yg barangkali mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari untuk saya usahakan sampai faham.

Tapi tu lah… saya mungkin kurang digemari disebabkan kedegilan saya ini… and for that, I am so sorry…

 

Cat Stevens Hard Headed Woman Lyrics

Songwriters: ISLAM, YUSUF
I’m looking for a hard headed woman, 
One who will take me for myself, 
And if I find my hard headed woman, 
I won’t need nobody else, no, no, no. I’m looking for a hard headed woman, 
One who will make me do my best, 
And if I find my hard headed woman 
I know the rest of my life will be blessed — yes, yes, yes. 

I know a lot of fancy dancers, 
People who can glide you on a floor, 
They move so smooth but have no answers. 
When you ask “Why’d you come here for?” 
“I don’t know” “Why?” 

I know many fine feathered friends 
But their friendliness depends on how you do. 
They know many sure fired ways 
To find out the one who pays 
And how you do. 

I’m looking for a hard headed woman, 
One who will make me feel so good, 
And if I find my hard headed woman, 
I know my life will be as it should — yes, yes, yes. 

I’m looking for a hard headed woman, 
One who will make me do my best, 
And if I find my hard headed woman…

Leave a Reply

Your email address will not be published.