Copy paste dari facebook note saya:

Sahabat-sahabat, saya membaca hadith-hadith tentang akhir zaman dengan perasaan seram sejuk.. byk tanda-tanda yang nabi sebut 1400 tahun yang lalu dah keluar kan? kalau ada masa baca link ini  tentang kejadian akhir zaman. Antaranya (kalau tak byk masa utk baca, but please baca):

 

Nabi saw telah  bersabda, saat kedatangan kiamat itu amat dekat sekali, dan tanda-tandanya akan keluar satu persatu.

Fitnah akhir zaman.. ilmu akan berkurangan, kejahilan melanda ummah, terjadi banyak pembunuhan.. Pembohong diangkat menjadi ketua, penipuan dalam perniagaan, perzinaan berleluasa sehingga datangnya penyakit yang tidak pernah menimpa umat terdahulu, pemimpin yang menindas, amanah dijadikan untuk mendapatkan keuntungan, lelaki menghormati isteri lebih dari ibunya, dan melayani sahabatnya dgn baik dalam masa yang sama meninggalkan bapanya, seseorang dihormati kerana takutkan kezalimannya, manusia berlumba membina bangunan tinggi, arak dan penyanyi wanita disanjung.. Islam datang sebagai dagang (asing) dan akan kembali sebagai dagang (asing).

Pada ketika itu, Rasulullah ketika ditanya, menyuruh kita bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Dan sekiranya tidak ada, hendaklah hendaklah memencilkan diri dari kumpulan mereka walaupun terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggal di sana sehingga mati dalam keadaan yang demikian.

 

Pada ketika itu akan keluarnya Dajjal dari Syria, semua orang yang beriman boleh nampak tanda kedajalannya, mengelilingi semua tempat di dalam dunia kecuali Makkah dan Madinah, sangat berkuasa sehingga mampu turunkan hujan dari langit, hidupkan org yang mati, menawarkan ‘syurga’ dan ‘neraka’, keluarnya asap yang membunuh orang beriman (gas beracun), turunnya imam Mahdi yang akan mengalahkan tentera Dajjal diantara Makkah dan Madinah (peperangan Kalb), turunnya Nabi Isa dari timur Damascus (Syria) dan membunuh Dajjal, yaajuj dan maajuj akan terbit dengan banyakknya, sehinggakan setiap mereka yang minum air dari sebuah tasik besar mengeringkannya, lalu mereka dibunuh dengan serangga yang menggigit tengkuk mereka.

Fitnah Dajjal ini, sehingga dia boleh membelah 2 kepala seorang yang beriman yang tidak mengaku dia adalah Tuhan, dan membawa syaitan yang menyamar sebagai ibu dan bapa kepada orang tersebut, dan menghidupkan dia kembali. Orang ini still tak mahu mengaku yang Dajjal itu Tuhan malah bertambah akan keyakinannya.. Orang ini kata nabi, paling tinggi tempatnya di syurga. Dan kata nabi lagi, untuk menghindari fitnah Dajjal adalah dengan membaca surah al Kahfi, yang akan menyejukkan dan mengamankan dia. Semoga kita terhindar dari fitnah Dajjal, tidak terikut dengan golongan Dajjal dan dimatikan dalam keadaan beriman.

Lihatlah dengan apa yang sedang berlaku di Syria, di Egypt.. banyak tanda-tandanya telah keluar.. Mesti ada sebab kenapa banyak konflik berlaku di rantau tersebut..

6 Replies to “Fitnah”

      1. Bukan setakat di Syria dan Mesir, tanda-tanda tersebut telah muncul dengan banyaknya di seluruh dunia umumnya dan secara khusus juga turut berlaku di Malaysia.Lihat sahaja surat khabar, berita di televisyen dan sumber-sumber media yang lain. Jika diamati dengan teliti, tanda-tanda tersebut sememangnya telah banyak di Malaysia.

        1. Yer memang betul. Yang saya spesifik kan Syria adalah tentang pembunuhan beramai-ramai di Syria dan kemunculan Dajjal di rantau tersebut. Wallahu’alam.

  1. Saya tertarik dgn antara fitnah akhir zaman…..lelaki menghormati isteri lebih drp ibu… Kalau dihalusi , ada agaknya kemungkinan ia berlaku disebabkan ibu itu sendiri yang memfitnah atau “cari pasal” sehingga akal fikiran suami secara normal dan natural nya tak sengaja melebihkan (atau menghormati) isteri atas sebab mmg isteri lebih bijak (atau wise) dan “merana” (tertindas) atas perbuatan ibu nya sendiri…

    The same thing goes to …….melayani sahabatnya dalam masa yang sama meninggalkan bapa nya….. Ada kemungkinan kaum bapa sudah “hilang” nilai kemanusiaan terhadap anaknya…..

    Mungkin itu antara statement yang ada double meaning …. Entah laaaa

    Saya berharap sgt tidak lah saya tergolong dalam golongan yang menzalimi anak / menantu (sebab dah tua ni kann)

Leave a Reply to serikandi Cancel reply

Your email address will not be published.