Dalam kelas anak remaja yang saya ajar, saya selalu beritahu mereka, yang apabila mereka membaca al-Quran, selain dari memahami maknanya (dengan melihat terjemahan) hendaklah mereka memahami cerita di sebalik ayat/surah yang mereka baca, supaya mereka terasa yang quran itu diturunkan untuk kita ponder dan reflect upon. Kita selalu membaca surah al-Kahf terutama sekali apabila tiba hari jumaat. Selain dari untuk mengelak fitnah dajjal, pernah tak kita tadabbur (merenung) tentang surah ini? Mengapa agaknya ia bersesuaian dengan kita ummat akhir zaman?

 

 

Saya sempat belajar yang dalam banyak-banyak surah, hanya surah ini sahaja yang menyebutkan tentang sekumpulan orang muda. Apa stereotype kita selalunya tentang orang muda? Orang muda selalunya golongan yang terpengaruh dengan tekanan masyarakat mereka, ingin jadi popular, cantik, bercinta etc. tetapi, golongan al-kahfi ini, adalah golongan yang special. Siapakah mereka ini sehingga al-Quran mengabadikan kisah mereka untuk kita tekuni?

copyright www.serikandiku.com
Anak muda yang lari meninggalkan hiruk pikuk masyarakat dan keluarga, demi untuk menjaga keimanan mereka.. mereka berhijrah kerana Allah..

Mereka golongan yang lari dari raja/pemerintah yang zalim. Mereka menyorok di dalam gua (Kahf). Mereka sanggup meninggalkan masyarakat dan kampung halaman kerana ingin menjaga agama mereka. Mereka yang diceritakan Allah berdoa:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

 ..ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. al-Kahf: 10

 

 وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. al-Kahf: 18

 

Sepanjang mereka tidur, kuku dan rambut mereka masih tumbuh seperti biasa, jadi ia bertambah panjang. Sebab itu kalau kita tengok mereka kita akan berasa takut. Dan sepanjang itu juga, Allah membolak-balikkan tubuh mereka supaya darah mereka lancar berjalan, ini ilmu vascular yang para doktor sedia maklum. Kalau kita tengok para pesakit di hospital, pesakit selalu di alih-alihkan bila berbaring sekejap ke kiri atau ke kanan untuk mengelakkan ‘pressure sores’. Inikan pula yang tidur sehingga lebih 300 tahun. Sesetengah ahli tafsir juga berpendapat yang anjing diletakkan di muka pintu gua untuk menghalau sekiranya ada haiwan yang ingin masuk ke dalam gua.

 

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka, supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang terbaik ; kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. al-Kahf: 19

 

Setelah 309 tahun mereka bangun, mereka merasakan bahawa mereka hanya tidur sebentar sahaja, sehinggalah salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan. Duit (wariq – وَرِقِكُمْ) yang mereka gunakan mempunyai cap Raja Diqiyanus yang zalim di zaman mereka. Salah seorang mereka diarah membeli ‘makanan terbaik’  ’أَزْكَىٰ طَعَامًا . Sebab apa makanan terbaik? Sesetengah ulama’ tafsir mengatakan bahawa makanan terbaik merupakan makanan yang dipilih kerana halalnya ia (disembelih bukan bawah nama raja) tetapi ada juga pendapat ahli tafsir yang mereka berasa lapar dan menyuruh membeli makanan yang paling baik dan  berkhasiat.

 copyright www.serikandiku.com

Mengapa kisah ini diturunkan? Surah ini diturunkan di Makkah dimana orang-orang musrik Quraisy telah berjumpa dengan pendita-pendita nasrani (Najran an-Nadir ibn al-Harith al-Kildah, ‘Uqbah ibn Abi Mu’eet dan al-‘A ibn Wail as-Sahmi) untuk mencari bukti kepalsuan Nabi. Mereka (pendita) menyuruh bertanya kepada nabi akan 4 soalan, yang mana nabi yang sebenar sahaja yang akan tahu jawapan kepada 3 soalan ini, dan tidak tahu 1, kalau tidak tahu lansung atau tahu semua ke-4 soalan maka ia nabi palsu.

Soalan pertama: Tentang golongan muda zaman dahulu, mereka keluar dan tidur, terus tidur hingga bangun. Berapakah bilangan mereka, apa yang ada bersama mereka dan bagaimana ceritanya.

Soalan kedua: Tentang nabi Musa as, bilamana Tuhan memerintahkan beliau mengikut seorang lelaki berilmu dan belajar daripadanya. Siapakah dia, bagaimanakah dia mengikut, dan bagaimanakah ceritanya?

Soalan ketiga: Tanyakan tentang seseorang yang berkelana ke tempat terbitnya matahari sehingga dia melepasi batasan Ya’juj dan Ma’juj. Siapakah dia dan bagaimana kisahnya?

Soalan ke empat: Tanyakan kepada beliau bilakah datangnya kiamat.

Ketika nabi ditanya akan soalan ini, Nabi saw telah menjawab, datanglah esok untuk mendapatkan jawapan (dan terlupa untuk mengucapkan InsyaAllah), lalu Allah menahan Jibrail untuk memberikan jawapan selama 40 hari sehingga Nabi berasa sungguh sedih. Sehingga ada juga sahabat yang mula merasa curiga. Setelah itu, surah ini diturunkan untuk menjawab persoalan mereka.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap  perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. al-Kahf: 6

Tetapi apabila telah terbukti yang Muhammad benar seorang nabi (dengan memberikan jawapan yang betul kepada 3 soalan, dan mengaku cuma Allah yang tahu jawapan utk soalan ke-4) mereka tetap ingkar. Sebab itu, nasihat Allah kepada nabi (dan kepada kita) supaya jangan berduka-cita kepada orang yang tidak mahu menerima kebenaran, tetap degil walaupun bukti ada dihadapan mata.

Allah menambahkan keimanan mereka dan kita dengan kisah mereka ini. Allah menunjukkan contoh pengorbanan orang-orang muda tersebut. Banyak lagi pengajaran dari kisah-kisah dalam surah al-Kahfi ini, belajar dan bergurulah tentang ia. Panjang saya nak cerita kat sini

copyright www.serikandiku.com
7 golongan yang bakal mendapat perlindungan Allah, pada hari yang tiada naugan melainkan naunganNya, pemerintah yang adil, pemuda yang jiwanya beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa di masjid, dua orang yang berkasih kerana Allah, dan berpisah juga kerana Allah, seorang lelaki yang digoda wanita cantik dan berpengaruh (untuk perbuatan jahat) tetapi mengatakan "aku takutkan Allah", seorang yang menyorokkan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanan beri, seorang yang mengingati Allah dalam bersendirian dan menumpahkan air mata keranaNya. Dari Abu Hirairah dalam Sahih Bukhari hadith no: 629 page 356 (English)

 

Dalam perjalanan saya ke tempat kerja hari ni, saya mendengar radio. Pengacara radio BBC Manchester telah menjemput salah seorang wakil dari Islamic Relief UK untuk berbicara tentang dana yang mereka kutip untuk bencana typhoon di Filipina. Pengacara menekankan yang Islamic relief berjaya mengumpulkan £20million dalam tempoh 24 jam. Saya berasa gembira mendengar berita tersebut sebab membawa nama baik komuniti Islam di negara yang memang orang-orangnya pemurah dengan kerja-kerja charity. Wakil yang bercakap tu muda orangnya. Petah dan peramah.

 

Kebelakangan ini, nampak banyak nama baik orang Islam di UK dinaikkan oleh orang-orang muda. 2nd generation mereka (yakni mak bapak mereka) ramai juga yang bermasalah, banyak dalam berita; penipuan, kawen paksa, pecah amanah, tak bekerja (1st generation diorang datang ke UK oleh British dari India dan Pakistan untuk bekerja di kilang-kilang, bila recession tahun 70 dan 80an, 2nd generasi ramai yang tak bekerja dan at the same time, pendedahan tentang agama kurang). Generasi ke 3, mereka inilah yang saya selalu bergaul dengan di university dan tempat kerja, rata-rata ramai yang mendapat kesedaran tentang agama pada zaman remaja mereka. Majlis, kuliyah banyak di adakan, dan saya sendiri banyak menerima tempias kebangkitan Islam di university sendiri. Saya rasa, tak banyak juga beza dengan orang Malaysia.

 

copyright www.serikandiku.com
hari akhirat nanti, semua akan ditanya tentang apa yang dibuat dengan masa muda mereka..

Saya nak point out di sini bahawa, dengan kesedaran Islam, mereka ini (generasi ke 3) menjadi orang-orang yang boleh berjaya dalam hidup (kerjaya) dan juga mempunyai kesedaran dalam masyarakat. Mereka ini banyak yang tunjuk contoh dan akhlaq Islam yang baik semasa bekerja. Sekarang, banyak saya dapati brothers berjanggut, sisters bertudung yang mempunyai kerjaya professional dalam kerja saya sehari-hari.

 

Konklusi, sekiranya kita mahukan pemuda kita menjadi harapan bangsa, dan pemudi kita menjadi tiang negara, kita kena didik mereka dengan ajaran islam yang sebenar. Ajar mereka berfikir. Galakkan mereka menghadiri program-program ilmiah, menyertai kumpulan usrah… saya dapati kawan-kawan saya yang kuat usrah zaman univiersiti, mereka ini banyak juga yang menjadi orang yang both berjaya dalam kerjaya dan menjadi penggerak masyarakat. Bukan hanya untuk diri dan keluarga sendiri sahaja.

Anak muda, golongan yang seringkali disalah-ertikan… Sayangi dan didiki mereka.

6 Replies to “Sahabat gua”

  1. Salam,

    Dewasa ini terutamanya di Malaysia tidak dinafikan memang banyak program yang menjurus ke arah dakwah. Jikalau saudari mengikuti perkembangan tv di Malaysia, mungkin saudari akan terlihat/melihat pelbagai program seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Mimbar Pencetus Ummah dan lain-lain lagi.
    Saya secara peribadi memuji dan menyokong terhadap usaha-usaha dakwah tersebut.Namun timbul kegelisahan yang mana program-program tersebut bersifat “serampang dua mata ” tanpa kita sedari. Apa yang dimaksudkan di sini adalah tujuan, nilai dan cara program itu sendiri dikendalikan. Tidak dinafikan kandungan program tersebut adalah mengenai dakwah. Namun kadang-kala terdapat unsur-unsur mencari populariti, rating televisyen yang sememangnya bertentang dengan konsep Islam. Sebagai contoh, terdapat pengacara atau peserta wanita yang memakai jubah serta tudung yang pelbagai rupa. Namun tanpa mereka sedari,jubah mereka itu berkonsep “fitted” sehingga memperagakan susuk tubuh badan mereka kepada umum. Seperti yang kita ketahui, di akhir zaman akan ada ramai wanita yang menutup aurat tetapi hakikatnya mereka bertelanjang.
    Kesimpulannya, saya seratus peratus menyokong program-program dakwah berterusan dijalankan demi mengimarahkan lagi sinar Islam di mata dunia. Namun di dalam keghairahan kita memperjuangkan perkara tersebut, pastikan kita merujuk kembali kepada agama tentang SOP (Standard Operation Procedure)yang sesuai untuk melaksanakan perkara tersebut.

    1. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan TV Malaysia, tapi mungkin bersesuaian dgn sabda Rasulullah saw mengenai akhir zaman, apabila ditanya Hizaifah. Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: “Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?” Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’”. Huzaifah bertanya, “Apakah ‘dakhan’ itu?”. Baginda menjawab, “Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka”. Huzaifah bertanya lagi, “Apakah selepas ini ada keburukan lagi?” Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu meraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka.” Kata Huzaifah, “Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?” Baginda bersabda, “Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu”.

      Semoga kita sentiasa dipelihara dan di tunjuki Allah jalan yang betul..

  2. Salah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir adalah rumah ibadat (masjid) dihiasi dengan secantik mungkin. Di Malaysia kini secara khususnya telah banyak binaan masjid-masjid baru yang mempunyai reka bentuk yang “luar biasa”. Reka bentuk ini lebih dititik beratkan berbanding jumlah jemaah dan pengisian yang berada di dalamnya. Sedih sekali kerana masjid yang sewajibnya menjadi pusat beribadah dan diimarahkan, kini menjadi ikon mercu tanda dan destinasi untuk tujuan pelancongan semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.