Penat jadi orang yang kuat agaknya kan?

copyright serikandiku.com
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ (Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar , selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan di akhirat ada azab yang berat dan keampunan besar serta keredaan dari Allah dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Al Hadid: 20) Lake District, March 2014

 

Saya agak macam mana dengan kehidupan sehari-harian seorang motivator. Nasib baik saya bukan ahli motivator, sehabis tidak yang saya selalu buat cuma motivate diri sendiri je.. and kadang-kadang, kalau saya rajin saya kongsi motivation saya dengan orang lain. Tapi tu bukanlah membuatkan saya jadi ahli motivasi.

Well, dulu saya pernah lah bagi satu dua ceramah pasal belajar, macam mana nak belajar, apa yang patut buat dan jangan buat and tentang style belajar. But mostly bebenda tu semua common sense je.. so saya bukanlah orang yang special in that way. Dan saya tahu bebenda tu pun sebab dulu saya agak malas belajar, dan saya cuma kongsikan apa-apa benda yang saya selalu cakap untuk tendang diri sendiri supaya rajin belajar.

copyright serikandiku.com
Lake District, March 2014

Saya terfikir pasal ni sebab saya terperasan seorang kawan yang kerjanya sebagai ahli motivasi asyik kena letak status positive je setiap hari. Hidupnya juga nampak seperti pentas, penuh dengan lakunan dan saya rasa boleh nampak benda tu. Dah nak buat macam mana, dah memang kerja cari makan dia. Saya yakin dia juga ada kadang-kadang ada perasaan sedih atau duka.

Tapi kita semua ini memang pelakon kan? Pelakon dalam pentas dunia. Seorang ibu perlu belakon menjadi kuat bilamana anaknya terasa lemah, supaya anaknya jadi berani menempuhi cabaran hidup yang mendatang. Betapa banyak ibu-ibu yang gementar dalam hati bila anak-anak nak exam tapi control muka macho depan anak-anak kan? Betapa banyak juga seorang ayah yang terasa lapar tetapi membiarkan anak-anaknya makan bahagian untuk dirinya dan berlagak yang dia dah kenyang? Betapa banyak pemimpin yang baik memberikan kata-kata peransang buat pengikutnya padahal dalam dirinya kerisauan yang amat sangat. Bukankah semua itu lakonan?

copyright serikandiku.com
Itik angsa semua beratur belakang Adnan. Lake District, March 2014

Itu tak termasuk lagi, orang-orang yang berlakon untuk menipu, bermuka-muka. Depan kita kata lain, belakang kita kata lain. Saya tak suka orang yang menipu dan saya paling benci kalau kena tipu.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. Al Ghafir: 28

Ada lagi tak orang yang tak pernah menipu dalam dunia hari ini?

Bagaimana dengan korang?

Apakah rahsia kehidupan korang yang paling dalam?

copyright serikandiku.com
Anak-anak, mereka tiada dosa seperti kita orang dewasa. Adnan dan Adela, menikmati aiskerim ketika mentari keluar sekali sekala.. Lake District, March 2014

p/s: Saya rindu zaman dimana website saya anonymous, zaman orang tak kenal siapa saya. Saya boleh tulis apa yang saya nak, saya boleh cerita apa yang saya nak.. tapi sekarang dah tak boleh. Tapi korang still boleh maintain your anonimosity, komen lah apa-apa kat ruang bawah. Saya miss jugak zaman takde facebook, sebab bila dah ada facebook ni blog menjadi sunyi sepi macam kubur 🙁

copyright serikandiku.com
Please komen kat blog bubu saya.. sebab blog ni dah jadi senyap sunyi.. kesian bubu..

13 Replies to “Kuat”

  1. Salam Sis 😉

    Saya bersama adik kembar masih setia membaca blog sis.
    Pabila usia menginjak umur 32 ini, kami telah menarik diri dari Facebook, Instagram & Twitter (selera sudah tawar sebenarnya ;D ).
    Namun membaca blog masih di hati, inshaAllah sampai bila-bila.

    Jazakallah Sis.

    1. aww.. terima kasih.. dah tak banyak orang buka blog saya. Anyway, disebabkan ada org yang takde facebook, saya ingat saya perlu post status2 ‘popular FB’ saya ke blog.. lagipun lebih tahan lama kat blog untuk rujukan masa depan kan? InsyaAllah. Terima kasih.

Leave a Reply to Aslynda Cancel reply

Your email address will not be published.