copyright www.serikandiku.com
Saya selalu terpesona dengan lampu-lampu .. yang ini gambar yang saya ambil di Istanbul, Turki.

Post ni juga untuk ‘peminat’ blog ni yang takde facebook. Dan sebab saya nak letak post yang orang suka ke blog supaya tak hilang macam yang terjadi kat facebook. So saya letak dua of my previous post yang ada sambutan:

———

Post 1

copyright www.serikandiku.com

 

Antara benda best yang saya dapat semasa mempelajari bahasa Arab adalah tentang origin sesuatu perkataan. Bahasa Arab sungguh kaya dengan description yang sangat tepat tak seperti Bahasa Melayu kita, sebab itulah agaknya mengapa Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri merupakan satu mukjizat.

Sebagai contohnya, ayat yang mengisahkan tentang semut dan nabi Sulaiman a.s.,

حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

“hingga apabila mereka sampai ke “Wadi an-Naml”, berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.” An-naml: 18

Dalam Bahasa melayu kita, “memijak serta membinasakan kamu” untuk bahasa Arab (يَحْطِمَنَّكُمْ ) yang membawa maksud pijak yang hancur (pecah?). Para skeptik pada mulanya telah mengutuk Quran dengan mengatakan kenapa guna perkataan ‘hancur yang hanya sesuai untuk describe hancurnya/pecahnya gelas’? Kenapa nak guna perkataan ‘hancur yang membawa maksud hancur yang penyek’? See? Dalam Bahasa arab jenis-jenis hancur pun ada spesifik perbezaan.

Hanyalah pada abad sekarang ini, dengan kemajuan sains, kita mendapati yang badan seekor semut terdiri dari bundle of chitin [(C8H13O5N)n], yang kalau kita kenakan hentakan padanya akan menjadi hancur seperti gelas.

SubhanaLlah

Jom belajar bahasa Al-Quran.

(setakat tarikh hari ini post ini telah mendapat 641 likes dan 343 shares)
——
Post 2
copyright www.serikandiku.com
“Alam ini ditulis dengan matematik. Dan sekiranya Dia seorang ahli matematik, Dia teramatlah cerdik..”

Salah satu subjek matematik yang pernah saya belajar semasa di university dahulu adalah tentang keajaiban alam yang keindahannya bukan hanya terletak pada ciptaan, tapi melalui setiap kiraan matematiknya.

Pernahkah anda terdengar perkataan ‘the golden ratio’ atau ‘Fibonacci sequence’ ? (sila google sekiranya mahu tahu lebih lanjut).

Ianya tentang nilai dua nombor yang dicampur untuk menjadi nombor seterusnya. Banyak ciptaan dalam ini mengikut kaedah ini, corak pada bunga matahari, pusingan nenas, pusingan pada siput, pada cochlear telinga manusia, malah jari jemari tulang kita.

Apa kelebihannya? Kalau pada bunga matahari, ianya memastinya ia tersusun pada susunan maksima yang mana semua permukaan akan dapat melihat cahaya dan pada jari pula untuk memastikan bahawa tangan kita bila digenggam dapat menggengam dengan betul.

Para saintis, ahli music (Mozart), architecture (al-hambra) dan banyak sangat lukisan telah didasarkan atas golden ratio ini, terlalu panjang untuk saya cerita, in fact terlalu panjang sehingga saya mengambil setahun untuk memperdalaminya. (tulis panjang2 dlm FB org tak baca).

Maha suci Allah.

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut kiraannya..”
Al Qamar: 49

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu)” Faathir: 28

(setakat hari ini, post ini telah mendapat 173 likes dan 49 shares.. tak banyak…)

Leave a Reply

Your email address will not be published.