copyright www.serikandiku.com
kadang-kadang merasa diri terpenjara sehingga tak dapat menikmati pemandangan di luar tingkap

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

“Dan bahawasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”

(Surah :An-Najm : ayat 43)

Pernah tak kita rasa sangat gembira? Gelak yang tak boleh dikawal sampai asyik tergelak sahaja? Atau terlalu gembira sehingga mengeluarkan air mata?

Pernah tak pulak kita rasa terlalu sedih? Sedih yang kita berharap apa yang kita alami ini hanyalah satu mimpi, tapi bukan. Kita cubit-cubit diri kita, tampar-tampar.. tapi tidak juga sedar dari mimpi. Sehingga akhirnya kita pasrah, ia bukan mimpi, tapi ia kenyataan. Kepala berdengung, seperti kena tampar. Sekeliling menjadi begitu slow. Setiap minit dirasakan setahun. Setiap tarikan nafas rasa terseksa. Dalam hati menangis semahu-mahunya, tetapi mata telah pun kering dari air mata. Segala bunyi dan suara, hanya menjadi suara latar belakang yang tidak membawa erti apa-apa. Kita sudah tidak pedulikan diri kita, makan pun tiada selera, tiada juga rasa lapar atau dahaga. Dunia dan perhiasannya juga tidak berguna ketika itu.

Sehingga kita tertanya-tanya kepada Allah, mengapakah Dia kenakan ini semua pada kita?

Di saat yang suram sebegini, tiada lagi manusia yang boleh membahagiakan. Yang boleh kasihankan diri kita, hanyalah diri kita, ikut fikiran logik yang masih berbaki. Lantas kita bangun dan kuatkan diri. Ambil wudhu’. Berdiri solat. Solat yang paling khusyu’ setelah sekian lama. “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.” Diucapkan perlahan-lahan dengan penuh keimanan.

 

 

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

“Segala puji kepada Allah yang menjadikan sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..”

Syukur mengenangkan segala nikmatnya yang lain, syukur kerana memberikan cara untuk mengadu kepada yang menjadikan segala-galanya, even yang menjadikan punca kepada kesedihan ini. Yang Maha Pengasih.. kalau aku kasihankan diri ini, maka Dia.. Dialah yang teramat dan lagi amat kasih, lagi amatlah kasihan dengan nasib dan ujian yang sedang ditimpakan kepada diri. Berderailah air mata kehambaan.. kerana kita tahu, bila mengadu dengan Tuhan, kita tak perlu beritahu semuanya… kita hanya perlu menangis, sebab Dia Maha Tahu…

“Yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu aku meminta dan kepadaMu aku meminta pertolongan. Tunjuki daku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat…” Tolonglah Ya Allah..

copyright www.serikandiku.com
Kata pepatah, kita tak akan mati disebabkan tenggelam di dalam air, tetapi kita boleh mati kerana memilih untuk duduk diam didalam air tersebut

Tidak habis lagi bersolat, hati telah mula merasa tenang. Terasa presence Dia dihadapan kita, melihat kita dengan penuh kasih sayang. Melihat setiap gerak geri kita. Yang lebih sayang dari seorang ibu. Yang menjadikan segala-galanya untuk mendidik..

Sebagai seorang ibu, kita amat tahu yang kadang-kala, kita perlu membiarkan anak kita merasakan akibat perbuatan dia yang kita larang. Kita dah cakap dengan dia, jangan makan dahulu bubur tu, masih terlalu panas, tunggu dahulu.. tetapi anak kita yang terlalu gelojoh, tidak mahu mendengar kata kita. Lalu tersentuh sahaja sudu dan bubur yang panas di bibirnya, cepat-cepat dilepaskan sambil menangis. “kan ibu dah kata, bubur itu masih panas..” Itu merupakan pelajaran kepada si anak, bukan kita tak sayang dia, tapi bila dah kena macam tu baru dia lebih faham untuk future. Lantas kita peluk anak kita dengan penuh kasih sayang, “there, there.. ibu ada..”

Begitulah dengan kasih sayang Tuhan. Lebih lagi dari kasih sayang seorang ibu.

عن عمر بن الخطاب ـ رضي الله عنه ـ قال : قدم على النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ سبى ، فإذا امرأة من السبي قد تحلب ثديها تسعى : إذا وجدت صبياً في السبي ـ أخذته فألصقته ببطنها ، وأرضعته ، فقال لنا النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ” أترون هذه طارحة ولدها في النار ؟ قلنا : لا ،وهي تقدر على ألا تطرحه . فقال : لله أرحم بعباده من هذه بولدها ” . رواه البخاري ومسلم

Dari Umar bin Al Khaththab RA berkata: Didatangkanlah para tawanan perang kepada Rasulullah SAW. Maka di antara tawanan itu terdapat seorang wanita yang susunya siap mengucur berjalan tergesa-gesa – sehingga ia menemukan seorang anak kecil dalam kelompok tawanan itu – ia segera menggendong, dan menyusuinya. Lalu Nabi Muhammad  SAW bersabda: Akankah kalian melihat ibu ini melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, dan ia mampu untuk tidak melemparkannya. Lalu Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hamba-Nya, melebihi sayangnya ibu ini kepada anaknya” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Refleks kita apabila terkena benda panas adalah cepat-cepat melepaskan. Itu tindakbalas refleks yang tanpa perlu lalu ke otak pun. Allah jadikan tindakbalas itu cepat pada sistem saraf tanpa perlu otak process untuk protect kita. Bayangkan sekiranya kita memegang sesuatu yang panas, lalu kita kena fikir, Ya.. panasnya.. err nak kena lepas ke? By then, melecur hancur dah tangan kita.

 

Begitulah juga, Tuhan yang menjadikan alam fizikal ini, aturan yang sama juga Dia jadikan dalam hidup kita. Dia menjadikan ujian-ujian dalam hidup kita agar kita sedar dan kembali kepadaNya. Mungkin kita tekah terlalu lama sangat leka. Terlalu lama sangat bergelak sehingga lupa. Atau sekiranya tidak diberi ingatan itu, kita menuju kemusnahan yang lebih besar. Kita mungkin tidak faham sekarang, tapi kita akan faham later. Yakinlah..

Semasa saya menjadi pelajar bidang perubatan dahulu, seorang patient telah dibawa dihadapan lecture teathre. Dia dahulunya seorang peguam yang sangat berjaya. Dia pelajar yang sangat cemerlang di law school dan menjawat jawatan di sebuah law firm yang sangat berprestij di kota London. Suatu hari, kepala beliau merasa sangat sakit, beliau pengsan. Pembuluh darah di kepala sebelah hadapannya pecah. Seteleh beliau pulih dari hospital, beliau tidak dapat lagi berfikir. Sekarang, kerja yang beliau buat adalah sort surat-surat untuk dimasukkan ke dalam boxes di post office. Sekarang bekerja dengan Royal Mail. Itu certia yang ingin disampaikan oleh lecturer saya yang berbangsa Inggeris itu, “damage to frontal lobe can affect the way you think, it is an area that supports goal directed behavior”. Tapi bukan itu yang mengingatkan saya. Saya teringat perkataan dari patient tersebut, “saya dahulunya terlalu sibuk, saya lupakan keluarga saya, anak-anak saya, saya terlalu mengejar kebendaan. Sekarang, walaupun hidup saya lebih simple, saya merasa bahagia, saya bahagia dengan isteri dan anak-anak saya, sekiranya (perkara) ini tidak berlaku, pastu saya sudah mati sekarang, mati dalam keadaan rugi tidak mengenali erti hidup sebenarnya”

Ucapan dia disertai tepukan tangan gemuruh seluruh dewan ceramah. Semua medical students yang muda merasa teruja dengan ucapannya. Insaf.

copyright www.serikandiku.com
Setelah hujan, pelangi pasti akan datang apabila datangnya cahaya..

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Allah uji kita sehingga kita faham, benar-benar faham. Kepandaian yang kita bangga-banggakan bukan milik kita, ia hanya pinjaman. Kecantikan yang kita puja boleh menjadi kehodohan. Kesetiaan dan kasih sayang kita pada manusia juga bukan mutlak. Manusia itu pinjaman, dan kasih sayangnya pasti tidak sama dengan kasih sayang Tuhan. Allah uji sampai kita faham hakikat hidup. Sampai betul2 faham yang kita perlu sayang dan cintai hanyalah Allah. Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya..

Syukur, kena bersyukur. Pakcik saya yang wise pernah memberitahu saya, ramai orang yang boleh merasa redha dengan ujian, tetapi sebilangan kecil sahaja yang boleh merasa syukur dengan ujian.

 لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu..” Ibrahim: 7

Tatkala kita benar-benar faham, yakin redha dan bersyukur, maka dia akan ambil semula ujian itu, dari jalan yang tidak kita sangka-sangka, sebagaimana dia datang dari jalan yang tidak kita sangka dia datang.

Dan pada ketika itu, kita sudah boleh kembali tertawa.. kerana sesungguhnya Dia yang menjadikan tawa dan tangis..

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

“Dan bahawasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”

(Surah :An-Najm : ayat 43)

13 Replies to “Mengapa daku diuji..”

  1. Please keep on writing..
    I’ve just been tested..
    And i came across your blog..
    It’s so soothing..
    Now i know, Allah loves me more than i can ever imagine..
    Alhamdulillah ;’)

  2. As Salam,
    Agree with you…. indeed, Allah menguji kita adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Antara lain, mafhum maksud firmanNya “Seseorang itu belum lagi dikatakan beriman sehinggalah dia diuji”. Ujian yang didatangkan dalam pelbagai bentuk! Sebagai suatu kaedah Allah untuk meningkatkan darajatnya. Keep writing….. Kindly, convey salam uncle to dr badrul.

  3. Tabarakallah Kak Elies!

    Seperti selalu, entry dari Kak Elies tiba pada waktu yang tepat. Terima kasih. Semoga Allah SWT memberikan Kak Elies segala kebaikan dunia akhirat untuk perkongsian yang sangat priceless ini.

    Keep on writing!

    I will be always reading, selagi hayat ada. InshaAllah 😉

  4. Entri ni yang paling susah saya nak “baca habis” sbb terlalu sedih & syahdu….

    Saya baca berulang kali tapi tetap rasa sedih , dan tgh tunggu fasa baca sampai tkde rasa apa2, by then mungkin saya boleh digest….

    Adekah saya sedih sbb setiap kali “diuji” saya menidakkan realiti ? Entah la

    Terima kasih atas entry yang sangat bermanfaat untuk saya

  5. Saya sedang melalui krisis rumahtangga yg begitu menguji saya… buntu tak tahu bagaimana memenangi hati dan cinta isteri saya semula…
    … terima kasih atas nasihat dan peringatan ini…

Leave a Reply to zulkafly abdul rashid Cancel reply

Your email address will not be published.