Apa yang kita nampak di hadapan mata tidak semestinya apa yang ada. Bila kita merasa kita bersendirian, tidak semestinya kita berseorangan. Mata manusia hanya bisa merakam apa yang ternampak dalam ‘visible spectrum’ dan hanya boleh melihat sehingga gelombang 300nm. Telinga kita juga tidak bisa mendengar bunyi-bunyi electro-magnetic, atau radio frequensi yang dipancarkan sekeliling melainkan ianya di tukar menjadi gelombang bunyi yang kita boleh dengar di TV atau radio. Kita hanya manusia biasa..

 

يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا، وَلَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً
“wahai ummat Muhammad, demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan kurang ketawa” Bukhari #6631

 

Banyak para saintis telah bersepakat yang kita tidak dapat mendengar bunyi di angkasa lepas kerana ketiadaan molekul (udara) untuk menjadi gelombang untuk menyebarkan bunyi. Tetapi bunyi dipancarkan melalui gelombang electromagnetic. Telinga kita orang biasa tidak akan dapat mendengar apa-apa.

 

Para sahabat rasulullah (ﷺ) telah bertanya kepada Baginda, bagaimanakah bunyi yang baginda dengar di angkasa lepas semasa perjalanan Baginda di dalam Isra’ dan Mi’raj. Baginda rasulullah (ﷺ) telah bersabda:

 

إِنِّي أَرَى مَا لاَ تَرَوْنَ وَأَسْمَعُ مَا لاَ تَسْمَعُونَ إِنَّ السَّمَاءَ أَطَّتْ وَحُقَّ لَهَا أَنْ تَئِطَّ مَا فِيهَا مَوْضِعُ أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلاَّ وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلَّهِ ‏

Dari Abu Dzar ra, Rasulullah (ﷺ) telah bersabda: “Sesungguhnya aku boleh mendengar bunyi yang kamu tidak dengari. Bunyi dilangit berkeriut/berdesing, dan memang selayaknya ia begitu kerana tidak ada suatu kawasan selebar empat jari pun (yang kosong) melainkan di situ terdapat malaikat yang beribadah (berdzikir etc.) kepada Allah. (sunan ibnu majah #Vol. 5, Book 37, Hadith 4190)

 

إِذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ

 

Dari Abu Hurairah: Rasulullah (ﷺ) telah bersabda: Apabila Allah memerintahkan sesuatu kepada para malaikat, para malaikat mengibaskan sayapnya sebagai tanda patuh, dan bunyi kibasan tersebut seperti bunyi rantai besi diseret di atas batu. (sahih bukhari #7481)

Betul kah kata Rasulullah?

Hanya pada kira-kira awal tahun 2000, para saintist NASA telah dapat merekod bunyi yang di dapati dari langit dan dengan menggunakan alatan canggih.

Mari kita dengar dari bunyi di bawah (klik pada link):

  1. bunyi luar bumi
  2. bunyi dari planet Jupiter
  3. bunyi dari planet Uranus

 

Bunyi bagaimanakah yang anda boleh dengar? Bayangkan Rasulullah (ﷺ) juga pernah bersabda yang sekiranya kita boleh mendengar bunyi siksaan kubur, nescaya kita tidak mahu mengkebumikan mayat.

 

ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ Barang siapa yang belas kasihan pada mereka yang di bumi, nescaya Allah akan belas kasihan padanya di langit.
ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Barang siapa yang belas kasihan pada mereka yang di bumi, nescaya Allah akan belas kasihan padanya di langit.

 

 

Anak-anak kita (dan kita sendiri) lebih tahu dan faham cerita-cerita fiksyen tetapi kita tak dapat bayangkan bagaimana peristiwa nabi (ﷺ) berjumpa dengan Jibril, ketua malaikat yakni malaikat yang paling besar antara semua malaikat yang besarnya sahaja memenuhi horizon langit, dari setiap sayapnya yang berjumlah 600, keluar permata dan mutiara. Sayap dan tapak kakinya bewarna hijau, dan ia merupakan satu makhluk yang paling cantik. Kalau kita tanya Transformers apakah yang paling besar, sudah pasti anak-anak kita boleh menjawab dengan cepat, Optimus Prime ketua Autobot, atau Supremus Prime kalau budak yang lebih advance.

 

Kita gagal bercerita kepada anak-anak kita bagaimana pengembaraan nabi (ﷺ) di atas buraq, melepasi setiap lapisan langit dan apa yang ditemui baginda, tetapi boleh bercerita tentang pengembaraan Harry Potter di atas penyapu Nimbus 2001.

 

Kita gagal bercerita bagaiman rupa dan sifat ya’juj dan ma’juj, dan bagaimana mereka akan turun dari gunung ganang, tetapi kita boleh bayangkan rupa ‘Orcs’ atau ‘Trolls’ dalam Lord of the Rings.

 

Air beriak, tanda tak dalam

(orang yang tak punyai apa-apa tidak bisa memberikan apa-apa kepada orang lain)

 

Sudah tiba masanya, kita menjadi lebih kreatif dalam bercerita kepada anak-anak kita tentang cerita-cerita yang benar, yang bersandarkan dari hadith-hadith nabi (ﷺ) yang sahih supaya meningkat iman mereka, dan tidak membuang masa melayan perkara-perkara batil. Dan kita tidak akan dapat berbuat begini sekiranya kita sendiri tidak menghayati sirah dan mengambil pelajaran dari ilmu yang diajarkan rasulullah (ﷺ) dan apabila kita sendiri sibuk melayan movie hindustan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.