Sambungan dari bahagian 8

Beberapa kisah dan teladan

Saya nak kongsikan beberapa cerita yang saya ingat ketika mengerjakan haji tahun lepas.


San’a

Ingat tak cerita saya sebelum ini tentang makcik yang pengsan sebab heat stroke masa kami baru sampai ke Arafah? Beliau keluar panjat bukit pada panas terik? Makcik tu Rokiah namanya. Semasa Makcik Rokiah dibawa pulang ke khemah, dia rebah dan kepanasan dan diserang ‘heat stroke’ (agaknya kami yang dari England merasakan kepanasan di Arab Saudi terlalu berat, tiba-tiba bertukar cuaca.

Kami datang dari tempat berhawa sejuk dan berjaket, dan juga group yang terakhir sampai Mekah sebelum haji bermula, jadi tak sempat menyesuaikan diri).

 

Semasa Makcik Rokiah rebah, ada seorang sister bernama San’a yang bersungguh-sungguh menolong dia. Sementara sister Khadijah (jemaah haji yang juga seorang doktor) memeriksa Makcik Rokiah, kejap-kejap San’a berlari ke bilik air mengambil tuala basah. Kejap-kejap dia pergi ambil air sejuk dari peti ais. Bila doktor dia kepala, San’a di kaki makcik Rokiah mengipas-ngipas. Semasa doktor di kaki dia sibuk pula di kepala.

 

copyright www.serikandiku.com
..”Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara taqwa, dan jangan menolong di dalam perkara dosa maksiat ” al Maidah: 2

Semasa saya bertanya kepada San’a, dia berkata, “saya faham perasaan menjadi sakit, sebab itu saya berusaha menolong Rokiah.”

Sebelum kami bertolak ke Madinah, saya terjumpa San’a lagi, tetapi dia tidak lagi ceria dan bertenaga seperti biasa. Mukanya suram dan dia berada di atas kerusi roda. Saya bertanya kepadanya, rupanya memang San’a seorang yang menghidapi penyakit systemic lupus erythematosus (SLE). Penyakit ini apabila menyerang boleh menyebabkan sakit kepala, bengkak sana sini, keletihan amat sangat dan banyak lagi (boleh google kalau nak tahu lebih lanjut).

 

copyright www.serikandiku.com
“Kamu tak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Dan tidak beriman kamu sehinggalah kamu mencintai satu sama lain. Hendakkah kamu aku khabarkan kepada kamu tentang perlakuan yang sekiranya kamu lakukan kamu akan saling mencintai? SEbarkan salam diantara kamu.” (HR Muslim)

 

Dan Alhamdulillah sepanjang ibadah haji San’a tidak menghadapi sebarang masalah. Hanya setelah haji selesai, SLE dia ada semula. Sebab itu dia bersungguh-sungguh menolong orang yang sakit kerana memang benar dia faham bagaimana orang sakit.

 

Sepanjang di Madinah, saya tak berapa nampak mana perginya San’a. Dan disebabkan saya antara yang pulang awal ke England (3 hari sahaja di Madinah) saya tak sempat jumpa dengan dia sebelum saya pulang.

 


Sister A:

 

Sister A ini saya mula perasan semasa di dalam khemah di Mina, tetapi saya hujung khemah di sini, dan dia belah jauh sana. Saya terperasan dia sebagai seorang yang sangat-sangat cantik, kalau siapa biasa dengan majalah arqam tahun 90an lukisan kartun dia pompuan pakai tudung yang comel, macam tu la muka dia, macam lukisan. Di sebabkan dia jauh, saya cuma nampak je dia pada permulaannya.

 

Setelah seorang demi seorang sisters berkenalan dengan dalam khemah tersebut, saya sampai ke hujung khemah dan barulah saya perasan bagaimana sister A ini. Walaupun dia lawa, saya perasan mulut dia tak berapa lawa. Dia kuat komplen macam-macam perkara dan suka cakap bebenda tak baik. Dan kebetulan pada malam Mudzalifah yang saya cerita sebelum ini bersebelahan dengan orang-orang yang bising asyik bercakap, dia merupakan antaranya dan tak habis-habis mengomel untuk komplen macam-macam hal.

copyright www.serikandiku.com
Makanan sepanjang haji sangat-sangatlah sedap.. Alhamdulillah.

 

Jadi saya rasa betul lah kata orang-orang tua, muka lawa macam mana pun kalau perangai menyakitkan hati, jadi tak lawa terus.

 

 


Makcik Dubai

 

Seperti selalu bila saya solat di Masjidil Haram atau masjid Nabawi, saya akan bertegur sapa dan bemesra dgn orang bersebelahan saya dan bertanya tentang asal mereka. Kadang2 saya offer untuk tolong picit kan pinggang diorang etc. apa sahaja untuk kumpul pahala.

copyright www.serikandiku.com
Madu dan manisan..

Suatu pagi subuh di Masjid Nabawi, saya bersebelahan dengan seorang makcik tua dari Dubai. Untuk permulaan perbualan, saya memberitahu kepadanya cantik cincin dia. Kemudian kami berbual2 tentang perkara lain dengan bercampur aduk broken arabic saya dan broken english dia.

 

copyright www.serikandiku.com
“Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Dia berikan kepada mereka berupa hewan ternak. Maka makanlah sebagian darinya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang sengsara dan fakir.” (QS. Al-Hajj : 28)

 

Selepas habis solat, dia menanggalkan cincin dia dan ingin memberikan cincin tersebut kepada saya, “hadiyah! Hadiyah” katanya. Saya mencium pipi makcik tersebut dan berkata kepadanya tidak, sambil menggengamkan kepadanya kembali.

 

Begitu cantik akhlaq makcik tersebut. Rasulullah صلىاللهعليهوسلم telah bersabda:

 

‎لاَيُؤْمِنُأَحَدُكُمْحَتَّىيُحِبَّلأَخِيْهِمَايُحِبُّلِنَفْسِهِ

Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Dan dia menterjemahkannya ke dalam hidup dia.

 


Jadi manusia yang memudahkan orang lain

 

Semasa kami mempersiapkan bekalan untuk haji, kami bukan sahaja membawa bekalan untuk diri kami sendiri tetapi juga menyediakan bekalan untuk orang lain sekiranya mereka memerlukan. Badrul membawa bekalan ubat-ubatan dan alatan emergency diambil dari beg doktornya, sekiranya ada ahli jemaah lain yang memerlukan. Kami juga bawak extra kipas mist air (Badrul hadiahkan kepada sahabat khemah dia), dan botol spray air yang untuk Badrul dan saya memang kami gunakan untuk spray diri kami dan jemaah lain semasa ibadah tawaf atau berjalan kaki di bawah panas terik dan mereka sangat-sangat menghargainya.

 

copyright www.serikandiku.com
“Peliharalah dirimu dari api neraka walaupun dengan memberi sebiji kurma.” (Al-Bukhari and Muslim).

 

Kami juga bawak extra energy bar, energy tablets untuk dikongsikan bersama jemaah lain. Semasa di khemah, ada salah seorang ahli jemaah lain telah menghadiahkan setiap ahli khemah dengan sehelai tudung cotton, dan kami semua sangat menghargainya sebab di Mina sangat panas memang sedap kepala pakai.

Pic from Arab news
Sayangi sesama manusia, anda akan disayangi segala makhluk.

 

Ada juga ahli jemaah kami yang senantiasa menawarkan tisu bilamana ada diantara kami yang batuk, peluh, hingus (sebab nangis kot) dan sebagainya. Ada ahli jemaah yang selalu menawarkan pertolongan dalam banyak perkara, tolong angkat beg, tolong bebenda kecil sahaja, tapi matlamat utama adalah untuk memudahkan urusan orang lain.

 

كُنْ وَرِعًا تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَكُنْ قَنِعًا تَكُنْ أَشْكَرَ النَّاسِ وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحْسِنْ جِوَارَ مَنْ جَاوَرَكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَأَقِلَّ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Jadilah seorang yang wara’ dan kamu akan menjadi seorang yang paling abid di kalangan manusia. Jadilah seorang yang berkecukupan maka kamu akan menjadi seorang yang berterima kasih. Cintailah unutk orang lain apa yang kamu cintai untuk dirimu sendiri. Berkelakuan baik dengan jiran tetangga maka kamu akan menjadi seorang Muslim. Kurangkan ketawa kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati.

Sunan Ibn Mājah 4217

 

Saya bawak beg sebegini masa ke Mina, Arafah dan Mudzalifah.

 

Beg galas saya ada satu kerusi yang tersangkut padanya, dan bila penat saya boleh letak beg tersebut dan automatik dia jadi kerusi. Ingat tak saya cerita makcik yang sakit di Mudzalifah yang suaminya asyik mengipasnya untuk tidur? Makcik tersebut telah meminjam kerusi saya untuk solat dan dia sangat-sengat berterima kasih dan berdoa yang saya merupakan malaikat yang dihantar Allah untuk bantu dia (baru bab kerusi kan? macam manalah doa untuk suami dia yang tak tidur mengipas dia sepenjang malam, surelah lebih hebat lagi).

 

Point utama di sini adalah jadilah malaikat di kalangan manusia. Jadilah orang-orang yang memudahkan urusan orang lain dan janganlah jadi orang yang menjadi ujian kepada orang lain.

 

Ahli jemaah haji juga perlu berhati-hati di dalam menjalani ibadah haji, tidak menyakiti fizikal dan hati jemaah haji lain. Tidak guna berebut berbuat ibadah tapi menyakiti jemaah lain, berebut nak mencium hajarul aswad, tapi menolak-nolak jemaah haji lain. Nak buat benda yang sunat, tapi melakukan dengan cara yang haram.

copyright www.serikandiku.com
Di luar raudhah, Madinah.

 

Ada sekali Badrul terkena dengan ‘makcik Siccin’ (tu la pasal, asyik tengok movie hantu Siccin dari Turki), bila nampak makcik Turki yang kejam dengan tongkat dia ‘menebas’ orang-orang dihadapannya semasa dia berjalan tawaf, sampai ada sekali kaki belakang dia orang mana entah terlanggar, dia pusing belakang kebetulan Badrul di belakang dia semasa itu dia marah sambil menepis Badrul dengan tongkat dia.

copyright www.serikandiku.com
Teringat kucing-kucing kat rumah. Badrul membelikan makanan extra khas unutk diberikan kepada seekor kucing yang sering dia terjumpa. Last2 kami baca berita ada seorang pelancong haji dari US telah membawa balik kucing tersebut.. rasanya kucing yang sama.. nampak gambar dalam news.

 

Ada juga contoh lain yang saya nampak seperti beberapa anggota keselamatan yang menolong mengangkat ahli jemaah yang duduk di atas kerusi roda untuk melontar batu di jamrah, berapa ahli jemaah yang menjadi ‘tongkat’ memapah ahli jemaah lain, itu semua antara contoh-contoh baik yang boleh diikuti.

 


Doa dari anak-anak

 

Sepanjang kami mengerjakan haji, anak-anak kami tidak dijaga oleh sesiapa, cuma mereka menjaga diri mereka sesama sendiri. Adam pun telah legally dewasa untuk menjaga mereka. Boleh lah mereka makan nasik goreng setiap hari dimasak oleh Adam.

copyright www.serikandiku.com
Anak-anak kami semasa berhari raya dengan anak-anak Muhammad Bai, (pak bilal masjid) di rumahnya.

 

Kami selalu menalipon mereka/whatsapp call video apabila ada peluang. Adnan, anak yang paling kecil lah yang paling rindu (dan kucing-kucing kami). Kami merasakan perjalanan haji kami banyak yang dipermudahkan oleh Allah disebabkan oleh doa mereka kerana mereka memberitahu kami yang mereka tidak putus-putus berdoa untuk kami.

Ada dua tiga orang geng masjid Badrul yang telah menjemout mereka semasa hari raya haji, dan ini sangat kami hargai. Ada juga dua tiga orang sahabat-sahabat Melayu yang tinggal di Manchester yang datang menjengok mereka.. dan kami sangat-sangat menghargainya.

 


Pasal kumpul duit dan azam

Dari Abu Hurairah & Abu Said al-Khudri Rasulullah S.A.W bersabda :

Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa, Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

Bukhari dan Muslim

Kami ingin menyarankan sekiranya kita ada duit yang lebih, sebelum pergi melancung ke luar negara tempat lain, make effort untuk at least pergi umrah dahulu. Dan sekiranya umur telah melebihi 40, kumpullah duit untuk terus menunaikan haji. Takyah tunggu umrah dahulu sebab dalam haji boleh buat banyak kali umrah. Pergilah haji semasa umur masih muda, kerana ia memerlukan banyak tenaga.

Ada orang takut hendak menunaikan haji kerana selalu dimomokkan dengan cerita-cerita pembalasan Allah di tanah suci. Katanya, kalau orang yang banyak dosa sekian-sekian, kakinya jejak sahaja Mekah akan mendapat pembalasan.

copyright www.serikandiku.com
“Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh.” (QS. Al-Hajj : 27)

 

Takkan nak tunggu sehingga kita takde dosa baru nak jejak ke tanah suci.  Kita manusia tak akan pernah lepas dari dosa, apa yang kita boleh lakukan adalah bersungguh-sungguh mengurangkan dosa dan berazam untuk ke Mekah. Dan berharap dengan ibadah haji tersebut Allah akan mengampunkan segala dosa kita. Bagaimana banyaknya dosa kita, apabila kita menjadi dufuyurrahman, kita adalah tetamuNya.

Betapa kasih sayangnya Allah, Dia akan mengampunkan segala dosa dari umrah/haji kepada umrah/haji yang berikutnya tanpa kita minta.

 

“Gilirkan antara haji dan umrah kerana satunya membuang kemiskinan dan dosa sebagaimana tukang besi membersihkan karat dari logam seperti besi, emas dan perak. Pahala haji mabrur itu adalah syurga” HR Tirmidhi

 

Semoga perkongsian sedikit kami ini ada membawa manfaat, kalau tak banyak sikit pun jadilah. Dam mintak maaf kalau ada mengguris hati sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.