Madinah

copyright www.serikandiku.com
Selamat tinggal dari kota Mekah.

 

Kami bertolak ke Madinah pada pagi ahad dengan bas yang disediakan oleh Ministry of Hajj and Umrah. Bas-bas tersebut rata-ratanya bas baru, tinggi, mempunyai tandas dan beraircond. Just sebelum keluar dari Mekah, bas-bas haji berhenti di tempat pemeriksaan para haji dan para jemaah diberikan sekotak ‘hadiyah’ yang berisi air zam-zam dan makanan.

 

copyright www.serikandiku.com
Hadiah berupa makanan dan minuman yang diberikan di dalam bas untuk kami bepergian ke Madinah.

 

copyright www.serikandiku.com
Di ‘R&R’ sebelum kami sampai ke Madinah.

 

Di pertengahan perjalanan bas berhenti di sebuah ‘R&R’ untuk kami solat, makan dan rehat. Badrul bagitau zaman dia dahulu tiada pun kemudahan seperti tersebut.

copyright www.serikandiku.com
Pemandangan on the way to Madinah

 

Dalam perjalanan ke Madinah, hati berasa sedih meninggalkan Mekah, kita ni orang yang visit Mekah sahaja sudah merasa sedih demikian, bagaimanalah agaknya perasaan Nabi saw diusir dari tempat kelahiran dan kehidupan Baginda.

 

Melihat saya kesedihan, Badrul memberitahu saya yang Nabi menjemput kita semua ke tempat kegemaran baginda, Madinah. Melihat pemandangan kiri kanan, yang penuh dengan gunung ganang, saya merasakan pemandangan begitu jugalah yang di lihat oleh Rasulullah saw dan Abu Bakar, gunung ganang yang sama jugalah yang di lihat mereka. Dengan bas sahaja terasa jauh, macam manalah mereka yang berjalan kaki zaman dahulu kan?

Station imigresen sebelum masuk ke Madinah.

copyright www.serikandiku.com
Makanan yang diberikan sebelum masuk ke Madinah.

Sebelum sampai masuk Madinah, para jemaah haji juga telah diberikan lagi sekotak ‘hadiyah’, makanan dan minuman. Betul-betul mereka jaga jemaah haji, alhamdulillah dan segalanya memudah dan menyenangkan hati.

 

Di dalam bas, sheikh memberi kami tazkirah tentang Madinah.

 

Katanya, perbezaan antara orang Mekah dan Madinah adalah tentang sikap dan perangai mereka. Orang Mekah adalah lebih kasar, orang-orang Madinah adalah lebih lembut dan sensitif. Ingat tak cerita saya pasal haji Bad yang dulu dengan Western Union Mekah dan Madinah tu?

copyright www.serikandiku.com
Madinah adalah bandar kesayangan Nabi saw.

 

Sheikh bercerita lagi, bayangkan perasaan Nabi saw yang setelah di halau keluar dari Mekah, bukan sahaja oleh jiran tetangga Baginda tetapi juga oleh saudara-maranya, berjalan jauh sehingga tiba di Madinah, penduduk Madinah telah memanjat tempat-tempat tinggi menunggu ketibaan nabi. Kemudian setelah mereka nampak Nabi saw sampai, keluar para wanita dan kanak-kanak Madinah menyanyikan lagu tala’al badru ‘alaina sambil bermain gendang bersorak gembira.

Bayangkan perasaan nabi ketika itu.

Nabi juga bersabda yang Madinah merupakan bandar kegemaran baginda. Sheikh juga menambah lagi yang berbelanja di Madinah seolah-olah bersedekah kepada penduduknya (syoklah kita nak belanja lepas tu)

 

Kami sampai ke Madinah ketika hampir waktu maghrib. Hotel-hotel di Madinah rata-ratanya lebih cantik dari hotel di Mekah.

copyright www.serikandiku.com
Sallu ‘alan Nabi..

 

 

لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلاَّ سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ، إِلاَّ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ، لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلاَّ عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ صَافِّينَ، يَحْرُسُونَهَا، ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلاَثَ رَجَفَاتٍ، فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

 

Nabi (ﷺ) bersabda, “Tidak ada bandar yang mana Dajjal akan memasukinya melainkan Mekah dan Madinah. Tidak ada satu jalan masuk (untuk keduanya) melainkan dikawal rapi oleh barisan para malaikat. Dan kemudian Madinah akan bergoncang penduduknya sebanyak tiga kali (yakni berlaku 3 kali gempa-bumi) dan Allah akan mengusir semua orang-orang yang tidak beriman dan munafik daripadanya”.

 

Sahih al-Bukhari 1881

 

 

copyright www.serikandiku.com
Dalam masjid nabi

 

لاَ يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ رُعْبُ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ، عَلَى كُلِّ باب مَلَكَانِ ‏”

Nabi (ﷺ) bersabda, ” Keganasan Al-Masih Ad-Dajjal tidak akan masuk ke Madinah dan pada masa itu, Madinah akan mempunyai tujuh buah pintu dan akan terdapat dua malaikat di setiap gerbang yang menjaganya.”

 

Sahih al-Bukhari 1879

copyright www.serikandiku.com
Bilik hotel yang cantik.

 

Kami sampai ke kota Madinah selepas waktu ‘asar nak dekat maghrib. Hotel-hotel di Madinah selalunya lebih cantik dan teratur berbanding dengan hotel-hotel di kota Mekah. Setelah check-in hotel di Madinah, kami ke Masjid Nabawi menyampaikan salam kepada Baginda saw dan juga menyampaikan salam dari sahabat-sahabat yang telah berkirim salam.

copyright www.serikandiku.com
Dalam masjid nabi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.