Berjalan2 di kedai2 sekarang nih, penuh dgn barang2 jualan valentine,.. saya pun teringat nak menulis tentang cinta. Topic yg selalu ditanya oleh adik2 kepada saya.

Anak2 muda suka berbicara tentang cinta. Cinta adalah fitrah yg kurniakan oleh Allah. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada’ menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan. Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam. Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Tapi bagaimanakah kita pasti bahawa kita telah betul jatuh cinta? adakah sesuatu itu cinta monyet? Saya sendiri jatuh cinta hanya selepas kawen, walaupun masa bertunang saya ingatkan saya dah mula jatuh cinta dgn bakal suami saya. Tetapi percayalah, cinta selepas perkahwinan menimbulkan perasaan ketenangan. Seperti yang dijanjikan Allah di dalam Al Quran bahawa dia akan menanamkan rasa Mawaddah (cinta kasih) dan WaRahmah pada pasangan yg telah berkahwin. Nasihat saya pada adik2 sekarang ialah, jaga2 batas2 pergaulan lelaki perempuan. Simpan lah segala kecantikan, kemesraan kamu hanya utk pasangan kamu yg sah, supaya ianya menjadi hadiah perkahwinan kamu yg paling manis. Untuk supaya basis perkahwinan itu diberkati Allah, hendak lah dijagai dari mula. Teringat saya kata seorang kakak yg menasihati saya dahulu,” sekiranya kita sudah biasa mengikut cakap syaitan sebelum berkahwin (i.e. telefon, contact, manja, merajuk dgn pakwe kita) sebelum kahwin, maka kita akan senang juga mengikut cakap syaitan selepas kawen (i.e. gaduh, masam muka etc dgn suami kita)”

Saya selalu tertarik dgn Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya. Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya. 12 tahun berlalu dan nabi Yusuf dilepaskan dari penjara dan menjadi menteri kewangan.

Semasa Zulaikha gila kerana terlalu merasa cinta kepada nabi Yusuf, Zulaikha merasa insaf dgn segala dosa2nya. Disini ada satu pengajaran utk panduan wanita2 solehah. Zulaikha berdoa kpd Allah yg berbunyi,” Ya Allah sekiranya Engkau mentaqdirkan nabi Yusuf tida jodoh dgnku, maka tolong lah hilangkan rasa cinta ini di dalam hatiku, dan sekiranya Engkau mentaqdirkan jodohku dengannya, maka tolong lah aku.”

Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin. “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu.” (surah Al-Maida: 3) Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Malaikat yg memerhatikan peristiwa ini tertawa dan berkata, dahulu zulaikha menarik baju Yusuf, sekarang Yusuf pula menarik baju zulaikha. Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!! Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian…

3 Replies to “Apa ada dengan Cinta”

  1. maaf lambat menjawab. Pada saya cinta itu bukan perasaan yg boleh dipaksa, ianya perasaan yg Allah kurniakan. Mintalah cinta daripada Tuannya, supaya diberikan kepada kita untuk kita kongsi dgn makhlukNya yg lain, amiin 🙂

  2. inilah kisah yang cukup hebat..bahkan ada seorg teman saya bagitau..Surah Yusuf adalah surah cukup menyedihkan.
    selepas Yusuf a.s menarik baju Zulaikha..Yusuf a.s memanggilnya dan memberitahunya bahawa daripada zulaikha Allah swt akan memberinya 2 org nabi ( sebagai zuriat )

Leave a Reply

Your email address will not be published.