PhD

December 19, 2011 in My Blog, Technology & Design

Buat yg mengenali saya di dalam Facebook, tentu nampak bahwa saya sgt jarang atau hampir tidak pernah menulis tentang perjalanan PhD saya. Saya merasa malas utk menceritakan kpd org tentang bebenda yg (bakal) memboringkan mereka. Tetapi, atas beberapa permintaan, InsyaAllah kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenainya.

Saya tidak pernah bercita2 utk belajar sampai ke peringkat ini. Semuanya bermula selepas saya merasa boring duduk menjadi surirumah dan berfikir2 untuk membuat contribution pada dunia dan ini ada saya tuliskan pada post saya yg lalu. Atas fikiran saya yg ‘just-do-it’ itu saya telah mendaftarkan diri saya untuk course MSc dalam bidang medical engineering; course yg pada pendapat saya boleh menggabungkan kedua2 bidang medicine dan mechanical engineering dari courses undergraduate saya.  Dalam course tersebut, bidang2 seperti tissue engineering, biomaterials, bio-interactions, nuclear fizik (medicine, imaging etc.), medical device and implantations telah di ajar dan saya mendapati saya dapat menyesuaikan diri dgn baik untuk kedua2 bidang yg incline towards both medicine dan engineering, manakala beberapa course mates saya yg berlatar belakangkan either medicine/biology atau engineering mendapati sukar utk faham bidang yg incline ke bukan latar belakang mereka, dan saya rasa ini telah banyak membantu saya. Di sebabkan itu, saya telah mendapat distinctions dalam MSc saya, hanya 3 orang course mates yg lain pass dan sebahagian besarnya telah gagal. Tahun pengajian tersebut adalah merupakan tahun terakhir MSc dlm bidang tersebut di uni saya berikutan dgn kebimbangan pihak university dgn high failure rates dgn course itu dan sehingga kini masih dalam rombakan dan sedang dikaji. Saya juga telah menceritakan tentang ini dalam post saya yg lalu.

Sebelum membuat PhD, dgn kejayaan tersebut, saya telah memohon dan telah di interbiu oleh wakil drp Malaysian universities, tapi, tak cukup dgn ditolak, saya juga telah di hina semasa interbiu tersebut, hanya kerana dia tak dapat nak decide bidang yg saya buat dan bawah jabatan apa utk meletakkan saya. Saya masih ingat lagi nama dan muka org yg interbiu saya tersebut. Oleh itu saya telah di tolak oleh Msia untuk berkhidmat di negara sendiri. Dan juga sebab itu, janganlah di tanya2 lagi mengapa saya masih belum kembali. Later, saya mendapat tahu daripada beberapa orang sahabat2 saya yg mungkn saya di tolak kerana sikap saya sendiri yg suka berfikiran kritikal apabila ditanya pendapat. Kata mereka, style begitu tidak sesuai dgn kebanyakan interview di Malaysia especially di jabatan2 kerajaan. Betul ke?

copyright serikandiku.com
Saya perlu mencipta satu alat yg dapat diguna bersama dgn mesin ini semasa pembedahan mata

Tetapi rezeki Allah itu di mana2. Saya telah dioffer oleh university sini dgn kerjasama sebuah local kompeni utk pengajian ini (double sponsorship). Research saya adalah… (here we go..): saya cipta satu material yg nipis (sekitar 5μm) yg juga porous (sekitar 1μm) dan mempunyai ciri2 yg sesuai untuk tujuan nya. Dalam masa yg sama juga, saya harvest cells daripada mata (lembu dan manusia) yg saya dapati dari iris atau retina, bajai dia dgn zat2 tertentu supaya rupa dan function dia tak berubah dan saya grow cells tersebut di atas material yg telah saya cipta. Dengan itu, saya berharap, cells dan material tersebut boleh di tanam di dalam mata orang2 (tua) yg buta, penyakit yg dinamakan sebagai age-related macular degeneration (AMD), supaya mereka dapat melihat semula.

copyright serikandiku.com
computer modern yg dilengkapi dgn pelbagai alatan untuk membantu pembedahan.

Sebenarnya sekarang saya merasa excited kerana ciptaan saya tersebut akan di cuba di dalam haiwan, dan sekiranya berjaya ianya akan dibuat clinical trial pada manusia. Sekarang, saya sedang bekerja sebagai post-doctoral researcher dgn university yg sama dan sedang dan membawa projek dan ciptaan saya itu dengan lebih lanjut. Saya juga sedang bekerjasama dgn konsultan surgeon di hospital untuk mencipta sebuah alat untuk digunakan di dalam surgery mata untuk menanam ciptaan saya itu di dalam mata (haiwan dan manusia). Haiwan yg digunakan sekarang Im sorry to say is… babi khinzir. Sebabnya sebagai mana yg pernah saya ceritakan dahulu yg mana khinzir ini adalah merupakan haiwan yg paling dekat persamaan dari segi genetic dan saiznya dgn manusia. Bukan monyet dan bukan beruk! So sekarang ni selain drp bekerja mencipta dari segi material dan tools, saya juga terpaksa membedah dan mengambil cells dari mata khinzir tersebut. Eiyyy… jijik.. nasib baik bersarung tangan ber’kot’ dan tutup mulut semuanya.. hehe.. Mata khinzir juga serupa dgn manusia dari segi ianya lembut dan lembek.. tak seperti mata lembu yg besar dan kenyal.

copyright serikandiku.com
saya bekerja sama dgn surgeon ini dalam mencipta alatan dan process dalam research kami.

Ok, nak disambungkan tentang PhD ni tadi. Saya pernah ditanya sekiranya apa ‘amalan’ saya dan nasihat2 yg boleh saya kongsikan dgn org2 yg baru menceburkan diri dalam dunia tersebut. Saya rasa, tips yg saya kongsikan di bawah adalah lebih kepada ‘lab-based’ projects. Tapi, kalau ada apa2 yg sesuai untuk digunakan dalam bidang lain, mungkin juga elok untuk diguna-pakai.

1.     Doa

Nasihat saya yg utama adalah, supaya tidak lepas2 untuk berdoa dan bertwakkal kepada Allah. Dia membantu saya pada setiap belok dan kornar yg tidak saya sangka. PertolongnNya kadang kala datang dalam ‘accidental discovery’ dan kadang2 datang dgn pertolongan yg dihulurkan oleh kawan2 saya, walaupun mereka bukan beragama Islam. Salah satu contohnya adalah dalam salah satu experiment yg pernah saya jalankan. Sebelum menjalankan experiment tersebut, saya telah sedaya upaya menyediakan detailed plan, semua perkakas2 dan procedures telah saya siapkan. Kemudian saya telah bersungguh2 berdoa kpd Allah supaya membantu saya dalam hal itu kerana sebelum itu tidak ada seorang pun dlm group dan department saya yg telah berjaya. Setelah siap semuanya, saya terperasan selepas experiment tersebut yg saya telah tersilap membaca label pada salah satu alatan yg saya siapkan. Saya merasa sungguh sedih. Tetapi, Allah tidak mensia2kan org2 yg berdoa dan berharap kepadaNya. Rupa2nya kesilapan saya tersebut adalah accidental discovery dan experiment tersebut telah menjadi. Malu saya kepada Allah kerana berputus harap dan berburuk sangka. Dan perkara tersebut merupakan salah satu tarbiyyah Allah untuk saya.

2.     Organised

Nasihat saya yg kedua adalah ‘be organised’. Sejak awal2 saya start, setiap kali sebelum menjalankan satu2 experiment, saya akan menuliskan langkah2nya step by step, references mengapa saya decided utk berbuat demikian, results, dan saya juga letakkan sekali dalam file mana saya letak results tersebut. Dan saya lakukan ini sepanjang PhD saya. And so, bila it comes utk writing-up, at least saya dah ada materials and methods chapter dan results chapter. Dan semua references yg saya dah sedia ada, mudah untuk saya gunakan dan rujuk bila saya berbuat perbincangan. So, saya mengambil masa yg sedikit sahaja untuk menulis, dan saya tahu dgn sungguh2 mengapa saya decided mengambil langkah2 tersebut utk setiap satu keputusan saya.

3.     Relax

Jangan Kurangkan mengeluh dan stress. Saya merasa berat dada membaca FB status org2 yg suka stress. Kalau experiment tak menjadi, tak mengapa.. cuba lagi. Kalau lansung2 tak menjadi pun tak mengapa, boleh ditulis di dalam thesis sebagai ‘cubaan yg tidak menjadi, dan supaya menjadi rujukan kepada orang2 lain supaya tidak dicubai lagi kerana telah dicubai dan tidak menjadi’. Setiap masalah ada penyelesaiannya, dan kebanyakan penyelesaian untuk masalah adalah sesuatu yg ‘simple’. Kenali masalah asas dan tackle bab itu, tak payah tengok benda2 yg jauh dan samar2. Saya juga tidak mengeluh, saya ‘cool’ kata orang.. sehingga colleague saya pun tahu betapa coolnya saya J. Saya jarang bawa balik kerja ke rumah, di rumah saya tumpukan perhatian untuk suami dan anak2 saya. Kerja adalah kerja, tapi dia bukanlah segala-galanya. Priority utama saya adalah rumah saya, dan PhD adalah perkara sampingan. Saya akan selalu design experiment saya supaya tak terkena ke weekend, dan sepanjang 3 tahun experiment saya, hanya sekali sahaja saya terpaksa bekerja pada weekend. Pada saya quality adalah lebih penting drp quantity, bila saya ke university, saya buat kerja saya bersungguh2, saya buat 2, 3 experiment sekali gus (itu lah sebab kena well-planned and well-organised). Saya tak hanya duduk2 berborak2 dan makan2 dgn kawan2 sahaja.

4.     Tolong

Ini memang banyak kali saya stresskan before ini. Tolong orang lain, orang lain akan tolong kita. Jangan kedekut ilmu, jangan eksyen dan poyo. Jadilah seorang yg disenangi oleh colleagues. Accept kalau kita ada salah, dan jangan hanya suka mencari alasan dan kesalahan orang lain. Saya selalu mendengar sesetengah pelajar PhD yg selalu menyalahkan supevisors mereka. Saya kurang bersetuju dgn ini kerana mereka menjadi supervisors for a reason, dan telah berdepan dgn banyak pelajar2 sebelum kita. Cuba tengok nasihatnya dgn pandangan yg positive. Agaknya memang idea yg kita ada tu agak lame, tetapi sekiranya kita yakin apa yg kita buat betul, then defend the case professionally. Bukan dgn cara berdendam dan mengutuk. Kerja kita professional, so kenalah jadi org yg professional.

5.     Writing-up

Masa writing utk thesis ni, accept offer of help dari anyone. Even dari anak kecik.. contohnya ambikkan biskut, buatkan teh. Saya banyak juga di tolong oleh postdocs saya. Saya hantar part of my thesis sedikit demi sedikit supaya tidak menyusahkan dia utk tengok2 sikit sambil dia makan lunch. Bila dah banyak sikit, saya hantar pula kepada supervisors saya untuk diorang check. Kalau tiada idea untuk menulis tu.. tulis je apa yg ada dalam kepala.. nanti semakin lama kita menulis, semakin mencurah idea datang, and so boleh patah balik ke tempat yg kita tulis awal2 tadi yg masa takder mood tu. Kalau betul2 takder mood, just duduk je kat kerusi kita tu, betulkan apa2 format etc. Asalkan tulis. Kalau dah habis sesuatu ‘milestone’, reward diri kita dgn apa2.. contohnya shopping ke, holiday ke etc. Yg penting cool and jangan stress. Salah satu pengalaman saya semasa menulis ni adalah kepercayaan kepada diri sendiri. Dalam bayak2 chapter yg saya tulis, ada this particular chapter yg saya tulis tetapi saya tiada lansung reference dari mana2 sebab tiada sapa pun dalam dunia ni yg buat benda tersebut. And so saya gunakan otak saya sendiri dalam memberikan pendapat dan komen dan it turns out to be the best section of my discussions. And so boss saya cakap, aku nak semua section jadi macam ni, “you know more than you think” kata boss saya. Masa nak tulis discussions tu, kosongkan otak dgn segala step-by-step experiment yg ada.. see segala2nya dari the big picture dan kemudian tulis seperti menulis cerita.. supaya ada flow. Kalau kita asyik terikut2 dgn steps.. cerita kita akan menjadi kaku.

6.    Viva

Examiners saya memberitahu kepada kami (supervisors dan saya) yang viva saya adalah viva yg paling best yg dia pernah conduct. Actually, saya merasa sangat seronok sepanjang viva tersebut sehinggakan saya yg cakap banyak. If its any help kepada anda, saya bawa presentation saya dalam iPad saya, and so bila ada satu soalan yg saya rasa best if illustrated dgn pic, saya tunjukkan gambarajah kepada examiner guna iPad saya. Pictures paint a thousand words. Saya juga sediakan satu jadual (table) of all the similar experiments (baik dari segi materials atau cells) dalam dunia ni and so bila ditanya apa lainnya research saya dgn orang lain, saya buka table tersebut dan present points. Viva dalam PhD, anda boleh bawa apa sahaja, tapi at the same time takmolah nampak macam kita tak tahu apa2 kalau bawak semua benda. Saya bawa yg penting2 yg dapat membantu dalam presentation case saya sahaja and supaya nampak professional.

Last but not least, saya nak ucapkan beribu2 terima kasih kepada suami, anak2, dan pengasuh mereka serta keluarga yg telah banyak membantu samada dari segi moral support dan lainnya. Mereka sangat2 memahami sekiranya saya sibuk dan memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Dan mereka tahu bila saya memerlukan cheering-up. Dengan pertolongan tersebut saya telah menyiapkan PhD saya dalam masa genap 3 tahun, menulis 6 bulan, dan viva 1 jam 15 minit :-) …. And oh ya.. sempat dapat seorang baby; Adnan :-)

Saya harap sedikit coretan ini ada manfaatnya dan sesungguhnya bukan utk tujuan poyo.. Saya juga berharap, coretan ini dapat membantu sesiapa yg sedang merasa putus harap dgn perjalanan PhD mereka. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya juga berharap, tulisan ini dapat juga membantu mana2 orang yg sedang bercita2.. tidak kiralah dalam apa cita2 pun, bukan PhD sahaja. Jangan rasa lemah diri, InsyaAllah semua perkara adalah possible dalam dunia ini sekiranya anda benar2 berusaha. Man jadda wa jada, siapa yg berusaha dia akan mendapat, siapa yg mencari pasti akan berjumpa. Selagi kita masih belum ke kubur, segala2nya adalah possible… InsyaAllah.

copyright serikandiku.com
pembedahan mata-vitrectomy; untuk membetulkan penglihatan. Vitreous patient terpaksa digantikan dgn saline dalam process membetulkan (samada growth atau scarring) di retina.

ps: sedikit tambahan.. kalau anda ingin berjaya, kadang2 anda perlu degil.. degil dgn kata kuat semangat. Sekiranya anda yakin, kuatkan semangat dan usah dipedulikan cakap orang yg suka meremeh2kan anda. Saya personally telah merasa ini, especially drp orang2 yg iri hati dan dengki tidak suka melihat kejayaan org lain. But at the same time, be humble to change sekiranya anda salah.. :-)

Orang yg pernah jatuh, perlu bangun.. kalau tidak, selama2nya dia akan sentiasa dalam keadaan jatuh.. :-)