Isteri…

Saya telah menulis artikel ni lebih dari setengah tahun yg lalu, dan telah lama duduk dalam draft blog saya. Saya menulisnya setelah heboh pihak media memperkatakan tentang ‘kelab isteri taat’. Setelah mendapat kelulusan pihak ‘penapis’ dan telah lama saya perap, saya rasa… boleh lah kot saya publish dan kongsi dgn sahabat2 saya especially yg para isteri.

copyright serikandiku.com

Dialah yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan daripada itu pasangannya untuk tenteram. al Araf:189. Lake District, Nov 2011.

 

Isu yang sedang kepoh diperkatakan di Malaysia baru2 ini, membuatkan saya teringat kembali janji saya kepada salah seorang sahabat blogger yg pada waktu itu baru mendirikan rumahtangga. Beliau pada waktu itu meminta saya berkongsi tips tentang kerukunan rumahtangga, saya kata padanya, Insya-Allah satu hari nanti saya tulis. Tahun demi tahun berlalu, barulah kini saya teringat kembali.

Isu yang diutarakan oleh the obedient wives club, saya rasa mempunyai niat yg baik, tetapi cara memilih perkataan dan anologi itu telah mendatangkan banyak masalah. Lagi pun, banyak sahaja perkara yg perlu juga diberi perhatian untuk menjadi isteri yg taat selain daripada tugas di bilik tidur. Rumahtangga yg harmoni, adalah tanggung jawab kedua belah pihak, bukan hanya tertanggung di bawah isteri sahaja. Apabila ada suami yg dikatakan ‘curang’ tidak boleh juga kesalahan ditundingkan hanya kepada pihak isteri, lebih2 lagi curang yg luar dibatasan agama, dosa bukan hanya dipikul oleh pihak isteri.

وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَىٰ بَعْضُكُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu? (anNisa:21)

copyright serikandiku.com

perjanjian perkahwinan antara suami dan isteri adalah satu perjanjian yg teguh dan kuat. Lake district, nov 2011.

Perjanjian pernikahan (مِيثَاقًا غَلِيظًا) adalah satu perjanjian yg teguh. Di dalam al-Quran ada 3 tempat sahaja yg perkataan mithaqan ghaliza (janji setia yg teguh) di gunakan oleh Allah. Satu bila Allah meminta perjanjian daripada para rasul (Al Ahzab 73:7), kedua apabila Allah meminta perjanjian setia oleh bani Israel dgn mengangkat bukit Thur di atas kepala mereka (An Nissa 4:154), yg ketiganya digunakan oleh Allah dalam perjanjian oleh para suami dalam menjaga/mengambil isteri mereka (An Nissa 4:21), i.e. kontrak oleh para suami untuk menjaga isteri adalah sama kuatnya dgn kontrak para rasul membawa agamaNya. Ianya adalah satu perjanjian yg teguh dan berat.

 

Kedamaian dalam rumah tangga bisa berkocak sekiranya masing2 concentrate on meminta pasangannya menunaikan hak masing2, dan kurang menumpukan bagaimana diri sendiri dapat memberikan yg terbaik. Seperti yg saya tuliskan awal2 tadi, dalam blog saya kali ini, saya ingin mengajak pembaca sama2 berkongsi tips rumahtangga. Saya ingin berkongsi tips dari kacamata seorang isteri (drp perkahwinan yg baru mencecah 15 tahun, masih banyak yg perlu dipelajari) dan daripada pengalaman kawan2 dalam pergaulan.

1.     Jadilah sahabat karib beliau

Suami kitalah orang yg paling rapat rapat dalam hidup kita, dan dialah yg selalu paling faham apa yg kita rasa dan fikirkan. Dia jugalah orang yg first sekali kita nak bagitahu samada berita gembira atau duka. Tapi berapa ramai antara kita para isteri yg menjadikan suami kita sebagai sahabat baik kita? Allah menggunakan perkataan sahabat  untuk isteri di dalam surah ‘Abasa ‫وَصَاحِبَتِه وَبَنِيهِ

Seperti yg saya pernah tulis sebelum ini, tengok sahaja contoh yg Khadijah berikan. Bagaimana cara beliau memujuk Rasulullah, menolong Rasulullah menyelesaikan masalah Baginda etc. Dengan cara begitu, beliau sangat2 dicintai oleh baginda, dan terasa kehilangannya bila beliau tiada. Bagaimana kita dengan sahabat baik kita? Kita sentiasa ikhlas dgn dia, menasihati, menerima nasihat, menjaga hati dan perasaan, sama2 berkongsi perasaan, kesukaan etc. Kalau suka berjogging, pi lari sama2, kalau suka mengembara, walking, anything..try buat sama2. Kongsikan bersama cita2 anda, harapan anda dan tidak semestinya berkisar tentang anak2. Kadang2 juga, kita boleh bercakap tentang perkara2 yg serius dan lebih philosophical dan mendalam. Dan dalam contoh saya dan suami, kami telah berjanji bahawa tiada rahsia antara kami, semuanya diceritakan….(err.. except beberapa barang yg saya beli tetapi saya sembunyikan drp pengetahuannya..) tapi ini adalah terletak kepada rumahtangga masing2. Ada sesetengah pihak berpendapat, tak semua perkara elok di kongsi suami isteri, dan ini bergantung kpd persetujuan masing2.

copyright serikandiku.com

jalan yg berliku2 dan mencabar itulah yg akan mendewasakan sesebuah perkahwinan. Lake Distrcit, nov2011

Kadang2, ada sesetengah isteri yg terlalu banyak berleter kepada suami (sikit takpe.. hehe), dan perkara ini membuatkan suami serabut kepala. Ingat, anda isteri dia, bukan mak dia. Adakan positive association suami dan anda, anda dan suami. Ingatkan kembali contoh cerita ummu Sulaim (yg apabila anaknya telah meninggal dunia, dilayan suami yg baru penat pulang ke rumah, bila dah pagi dan suami sedang berehat, baru diceritakan tentang berita kematian anaknya dengan begitau baik sekali).  Ingatlan ayat Allah:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Rum 21)

Bila suami bercakap, cuba dengar elok2 (suami pun macam tu juga, bab ni selalunya org lelaki yg susah sikit..). Bila korang balik drp kerja, try kongsi tentang apa yg telah berlaku kat tempat kerja, ingat apa yg dia cerita so that next time mudah dia nak sambung cerita.

Jangan malu utk meminta maaf sekiranya anda silap, dan jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih. Jangan cepat menyalahkan suami, kalau boleh, lupakan sahaja kesilapan tersebut, kita masing2 manusia biasa yg tak lari drp melakukan kesalahan, dan masing2 berusaha utk memperbaiki diri dan cuba utk mengulangi kesilapan yg sama. Jadilah seorang yg pemaaf.

وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

..dan jika kamu maafkan, tidak memarahi dan mengampunkan (mereka) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (At-Taghabun: 14).

copyright serikandiku.com

jadilah seorang yg pemaaf.. moga2 Allah memaafkan juga segala kesalahan kita. Lake District, Nov 2011.

2.     Hormatilah dan hargailah beliau

Kadang2 kita isteri lupa yg suami juga mempunyai perasaan, boleh juga merajuk, dan boleh juga merasa lemah. Lelaki yg dihormati dan dihargai boleh ‘tumbuh subur seperti tanaman yg dibajai. Sebab itulah ada pepatah, ‘behind every great man, there is a great(er) woman’.

Bagaimana anda menghormati seseorang? Bagaimana kita menghormati boss kita? Bagaimana kita menghormati seorang pembesar? Bagaimana kita menghormati seorang raja? Sekiranya kita melayan suami kita seperti seorang raja, nescaya dia akan melayan kita seperti seorang permaisuri. Sekiranya anda seorang boss kepada suami anda ditempat kerja, ataupun seorang yg berpangkat lebih tinggi daripada suami, anda mesti menghormati beliau sebagai suami, ingat seperti cerita Khadijah yg menghormati Rasulullah saw walaupun baginda pekerja kepadanya dan lebih muda daripadanya.

Bercakaplah dengan hormat dengannya tak kiralah dah berapa lama kita kawen. Jangan meninggikan suara, jgn guna bahasa kasar. Jangan suka memerli, dan jangan juga menyakat dia dengan kekurangannya. Mungkin juga dalam riak muka suami tak kisah, tapi hatinya mungkin terluka. Dengar pendapat suami, dan cuba untuk memenuhi permintaan suami. Ada orang yg mengklasifikasikan isteri yg seolehah itu sebagai yg taat sahaja tanpa mengkritik. Saya ingin berbeza pendapat di sini bahawa, bertukar2 fikiran dgn suami itu bukan tanda tiada ketaatan, malah saya rasa, sesetengah para suami suka dengan wanita yg ‘intellectually challenging’, baru syok bertukar2 fikiran/pendapat, dan berkembang ideas. Ingat kisah Ummu Salamah yg mencadangkan Rasulullah supaya menyembelih korban dan bercukur ketika kejadian Hudaibiyah menandakan Rasulullah saw tidak keberatan menerima cadangan daripada isteri baginda.

Hormati juga keluarga dan sahabat2 suami. Keluarga suami kita pun keluarga kita juga. Sayangi mak dia seperti mana kita sayangi mak kita.

Kadangkala, kita memerlukan ‘time alone’ untuk berehat. Begitu juga suami kita. Hormati keinginannya sekiranya beliau memerlukan ‘some space’. Ingat macam cerita Khadijah yg membiarkan Rasulullah berkhalwat di gua untuk berfikir bersendirian. Sesetengah suami mempunyai hobi yg tersendiri (dan mungkin kita tak berkenan dgn hobi tersebut). Kalau dia mahu menikmati hobi itu dgn sahabat2nya (contohnya menonton bola), biarkan dia, and give him some space.. (anda boleh pi shopping dgn geng pompuan instead ;P)

copyright serikandiku.com

kambing pun kadang2 memerlukan masa untuk berseorangan.. hehe. Lake District, Nov 2011.

3.     Memenuhi keperluan seksual

Tidak dapat dinafikan bila bercakap tentang perkahwinan, subjek intimasi memainkan peranan yg sangat besar. Ada rumahtangga yg berantakan kerananya. Ada isteri yg memanipulasi suami dgn keperluan intimasi. Isteri (dan suami) perlu faham yg ianya keperluan fizikal dan emosional, bila salah seorang memerlukan, perlulah salah seorang lagi berusaha memenuhinya, bak kata nabi, walaupun berada di belakang unta.. Sebab itu ada yg terjadi, dan saya quote drp kata2 yg kontroversi seperti awal tulisan ini tadi, suami/isteri yg mencari ‘makan di luar’ apabila tidak dapat kepuasan seksual, dan ini adalah HARAM.

Suami dan isteri perlu bercakap tentang seks (dengan sapa lagi nak bercakap tentang ini kalau bukan dgn each other), so that boleh tahu kesukaan/ketidak sukaan masing2. Jangan gelakkan dan memperkecilkan kekurangan pasangan, encourage dengan perkataan2 yg lembut. Ada sesetengah perempuan yg melakukannya sebab nak ‘buat baby’, and so.. cepat! Saya tgh bertelur (ovulating) – adalah tidak elok. Kena relax dan enjoyable, baru lebih mudah utk pregnant. Para isteri jangan malu utk memulakan, jangan hanya mahu suami yg memulakan setiap kali. Jangan jadi tunggul kayu, be creative. Jangan buat alasan pening kepala atau sakit perut, atau penat dgn kerja2 rumah, Kenali apa2 masalah yg membuatkan anda penat dan try utk atasi masalah tersebut.

copyright serikandiku.com

jadilah sahabat karib kepada pasangan anda. Lake District, Nov 2011.

4.     Buat beliau rasa diingini

Orang lelaki suka merasa mereka sentiasa menjadi perhatian para isteri. Tapi kadang2 bila kita baru mendapat bayi, ini adalah sukar, especially bila bayi memerlukan perhatian 24jam sehari. Walaupun dia menyanyagi bayi, dia juga memerlukan belaian drp seorang isteri. Ingat, sekiranya anda masih berpantang selepas bersalin, anda masih boleh memberikan ‘layanan istimewa’ kepada suami.

Bagaimana utk membuatkan suami anda diingini selalu? Tunjukkan rasa gembira bila dia pulang ke rumah. Sambut beg dia, kalau malam hidupkan lampu diluar rumah, sambut beg dia, peluk dan cium suami, nyatakan kerinduan. Lepas tu panggil anak2 dan ajar mereka bergembira dgn kepulangan ayah mereka, hentikan drp bermain etc (ini kat bab anak2, and so kita bicara dlm post pasal anak2). Make sure rumah dalam keadaan bersih, siapa yg ada bibik, make sure bukan bibik yg sambut suami pulang. Masak sedap2 dan kegemarannya, bak kata pepatah jawa,”hendak memenangi hati suami melalui perut..”

Senyumlah selalu, kurangkan merungut2 tentang kesusahan, ingat cerita tentang Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail (yang Ibrahim dtg visit Ismail, tapi isteri Ismail yg ada, dan ditanya tentang keadaannya, dia merungut, then Ibrahim suruh Ismail tukar tiang rumah, klu tak faham suruh saya cerita dalam komen). Fahami suami sekiranya dia terpaksa pulang lewat atau terpaksa menukar plan atas urusan kerja, dalam hal ni boleh contohi kisah Siti Hajar yg sanggup ditinggalkan di padang pasir tanpa apa2 dgn bayi, kerana mematuhi perintah Allah.

Hiasilah diri untuk suami! Betul.. susah sikit nak buat ni especially setelah seharian di rumah memasak, menjaga anak etc. Tetapi 10 minit sebelum dia pulang, tukarlah kpd baju yg boleh menawan hatinya, yg anda tak boleh pakai diluar, ginculah, mascara dan bersolek, belajarlah cara2 solekan. Kalau artis kat luar sana cun, make sure anda jauh lebih cun drp mereka. (ini juga pesanan kpd suami, berhiaslah utk isteri, jadi lebih lawa dan lebih macho drp bintang filem), usahakan selalu supaya mempunyai bentuk badan yg menarik, pi gym, diet dsbg. Ingat lagu saloma, ‘tiru macam saya’. Ingat kisah wanita ahli syurga yg bila suami dia balik ke rumah, dia sediakan satu tongkat, segelas air dan menyelak kainnya…(klu tak faham suruh saya cerita kat komen). Barulah suami SUKA nak balik rumah, dan tak sabar nak balik rumah.

Selalulah berusaha untuk ‘mengurat’ pasangan anda, elok juga utk diamalkan oleh para suami. Bagaimana mengurat? Pandai2lah.. ingat, percintaan bukan berakhir dgn perkahwinan (seperti ayat yg selalu disalah gunakan oleg media), tetapi percintaan itu bermula dgn perkahwinan. Bercinta setelah berkahwin itu lebih bahagia..

copyright serikandiku.com

percintaan itu bermula dengan perkahwinan, bukan seperti tajuk2 media .."percintaan diakhiri oleh perkahwinan". Lake District, Nov 2011.

5.     Kepelbagaian

Be creative dalam perhubungan. Kadang2 routine yg selalu kena ditukar. Tukar baju, cara anda berdua berhibur kadang2, pi holiday, dating sekali sekala. Kalau boleh, dalam seminggu at least kena sekali dating, Make sure dalam sehari at least ada ‘masa berkualiti’ bersama.. hanya anda berdua tanpa diganggu oleh anak2, tak kiralah sama ada menonton tv, minum, melepak bahkan berehat (picit2 badan, mengurut, bermanja etc.).

Kadang2, pernah juga ternampak pompuan2 yg bertudung ada yg jenis tak reti ke salon potong rambut lawa2. Ingat, wanita menutup aurat drp org yg haram memandangnya, tetapi yg halal (suami) kita perlulah pandai berhias. Pi spa, facial etc. Beli baju tidur yg lawa2.. bukan hanya utk honeymoon, sebab kita nak rasa honeymoon sepanjang hayat. Jadilah isteri yg ‘hot’ kat rumah, bukan yg asyik ‘hot’ dgn suami.

“Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”

Akhir kata, perkahwinan yg bahagia perlukan USAHA drp BOTH suami dan isteri. Bila suami atau isteri  adalah sahabat kita, intimate relationship menjadi lebih mudah dan fulfilling. Keegoan itu akan cair apabila disirami dgn kasih sayang, penghormatan dan penghargaan.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

Kisah disebalik cerita

Nasihat unutk pengantin lama

bukan copyright saya, pic from internet.

jadilah isteri yg 'hot' untuk suami, bukan yg asyik 'hot' dengan suami.

31 comments for “Isteri…

  1. aida
    January 12, 2012 at 1:04 am

    nice article kak 🙂

    • serikandi
      January 12, 2012 at 7:51 am

      Tima kasih Aida 🙂

    • January 28, 2013 at 3:57 am

      salam..
      kakak…kagum sy baca cerita2 akak.positifnye akak…n betapa bertuahnya akak…
      kakak…berkait ngan tajuk ”isteri”..hati sy telah dilukai dengan sikap suami…mulut mampu utk memaafkan…tetapi jauh disudut hati luka tu masih belum sembuh..sakitnye masih terasa…susahnya sy utk jd isteri kpd suami…apa yg sy buat kini adalah berpura2..demi anak2..sy berpegang dgn kata2 dr.zakir naik…biar rugi sedikit dr sy digelar bankrupt…sy still sayang pd suami…tp bila ingat apa yg dia dh buat pd sy…airmata ni laju je mngalir…mujur ade Allah..kekuatan yg diberikan amat2 la luarbiasa..Alhamdulillah…doakan rumahtangga sy diberi mahabbah n mawaddah n rahmat dr Allah..supaya mampu till Jannah..

      • serikandi
        January 30, 2013 at 10:15 am

        Nor Fauzani, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. apalah yg boleh saya kata… bertabahlah… dan jangan berhenti berharap atas rahmat Allah. Jangan berhenti dan jemu minta kepada Dia dalam doamu..

  2. baftihera
    January 12, 2012 at 1:13 am

    thanks kakak info begune tuk tatapan is3²…ape yg akak ckp sumenye btol…demi mjg kedamian n kbahagian rumahtangge higga ke akhir hyt..insyaallah amin….

    • serikandi
      January 12, 2012 at 7:51 am

      InsyaAllah Bafti.. awak takmo kongsi tips ke?

  3. fatihah
    January 12, 2012 at 1:55 am

    akak..tumpang share yer

    • serikandi
      January 12, 2012 at 7:52 am

      Silakan fatihah.. kalau ada manfaatnya..

  4. mas
    January 12, 2012 at 9:19 am

    tersenyum sendiri bila baca artikel ni, mmg betul kadang kita terleka dan suka amik mudah. InsyAllah akan cuba perbaiki diri. Terima kasih

    • serikandi
      January 12, 2012 at 9:29 am

      terima kasih kembali 🙂 benda yg ada dan dah biasa selalu kita take for granted… bila dah hilang baru nak tertanya2 kan?

  5. fafau
    January 12, 2012 at 1:46 pm

    kak elies thanks sbb mengingatkan saya ttg sesuatu

    • serikandi
      January 12, 2012 at 4:21 pm

      Amender yg di ingat tu? 😉

  6. January 12, 2012 at 4:33 pm

    As usual, entri yg sgt bermanfaat tp sayangnya
    kak, status sy maseh sama tanpa perubahan.
    Kini lebih suka menyendiri…

    • serikandi
      January 13, 2012 at 8:46 am

      Eryza, jodoh kita, nasib dan masa depan kita semuanya ditentukan oleh Allah. Tak semua orang ditaqdirkan Allah mempunyai jodoh di dunia, ada sahaja contoh wanita solehah yg berjuang untuk Islam tanpa kehadiran seorang suami. Allah mengatur dan mengetahui segala2nya dan kepadaNya kita berserah. I am so sure banyak yg Eryza boleh sumbangkan kepada dunia dan banyak sgt ‘amalan yg boleh mendekatkan Eryza kepadaNya selain drp jalan hidup berumah tangga. Saya minta maaf tulis srtikel pasal ni, it is not saya tak fikirkan pasal wanita yg masih belum bersuami, tetapi more sebagai guideline kepada wanita yg dah bersuami tetapi masih berdegil (macam saya) dan kurang sabar (macam saya jugak). 🙂

  7. balqish
    January 13, 2012 at 3:46 am

    salam…akak thanks for the entry. sangat berguna utk pasangan yg baru berkahwin atau yg bakal mendirikan rumahtangga Alhamdulillah. tapi saya tak faham phrase “Ingat kisah wanita ahli syurga yg bila suami dia balik ke rumah, dia sediakan satu tongkat, segelas air dan menyelak kainnya”…mintak akak explain futher boleh? terima kasih 🙂

    • serikandi
      January 14, 2012 at 7:48 am

      Sorry tak terperasan soalan ni masa menjawab komen semalam.
      Berkenaan cerita wanita tersebut, dia adalah merupakan seorang wanita solehah yg dikatakan oleh Rasulullah saw kpd Fatimah sebagai wanita pertama yg masuk ke syurga sebelum Fatimah. Antara amalannya setiap hari adalah menunggu kepulangan suaminya disebalik pintu dgn keadaan memegang sebilah tongkat, segelas air sambil menyelak kainnya hingga menampakkam paha nya. Apabila di tanya, dia menjawab, air utk menghilangkan kehausan suami, tongkat sekiranya beliau mendapati saya bersalah (untuk di hukum), seksi sekiranya suami dia berkehendakkan dia. Dia wanita yg akan 1st masuk syurga memegang tali yg menarik kenderaan Fatimah ra. Panjang lagi ceritanya tapi saya dah ringkaskan 🙂

  8. zacchary arden
    January 13, 2012 at 4:02 am

    salam,melihat semua komen dr kaum wanita, izinkan sy kaum lelaki bsuara, hanya lelaki/suami tahu suami/isteri berperanan atau tidak, kaum wnita melihat kpd belaian & material namun lelaki mlihat kpd seks sbgai keuatamaan. tidak d nafikan yg d nyatakan d atas tetapi sy sbgai lelaki, seks MENGATASI yg lain, penunjuknya ialah 1-keizinan lelaki bnikah lebih dr 1 org, 2-ganjaran Allah kpd syuhada’ (yg mostly lelaki) ialah bidadari yg ‘sentiasa remaja’, 3-kisah wanita ahli syurga yg myambut kpulangan suami dgn pakaian seksi… kelab isteri setia regardless istilah atau pkataan yg d gunakan, LIHAT kpd maksudnye/ intipati atau mesej mrk. sesapa bole taken out of context…kelab tersebut benar2 telah mjadi ‘lidah suami’ (walau tiada suami/laki pun minta) yg mderita & mjadi ‘liar’ dek krn peranan yg ini tidak d mainkan….

    seperkara sy ingin dedahkan bahawa sang suami yg mderita buat sekian tahun akan beralih kpd perhububungan zina dgn wanita lain (samada pelacur atau bukan), atau ssuatu yg anda tidak tfikir mungkin iaitu tlibat dgn hubungan seks songsang dgn lelaki gay (some may acting sissy but few acting macho!)

    anda mungkin dgn mudah mgatakan puncanya Iman, Ya! jawabannya ialah Iman & Aqidah yg mantap tetapi tiada siapa yg bole jamin graf Iman sentiasa menaik, realitinya iman turun naik!

    u just never know who suffered…& who involved…who deviated….& believe me, religious background or usrah background or arranged marrriage (baitul muslimah) background ..either of these will guaranteed anytg!!

    • serikandi
      January 13, 2012 at 8:51 am

      so.. what are you trying to say then? sorry saya tak nampak point utama saudara..

    • Mimi
      August 23, 2014 at 2:21 am

      sy da bca berulang2 kali komen saudara n sy xpaham sebenarnye, saudara nak bgtau ape ye? Hmm

  9. Shiela Kadir
    January 13, 2012 at 7:57 am

    thanks sis.ilmu yg bermanfaat.mohon share,bole?

    • serikandi
      January 13, 2012 at 9:15 am

      Silakan Sheila 🙂

  10. Zalia
    January 17, 2012 at 9:30 am

    well said kak..sy juga seorang isteri (baru je berkawin x smpi sethn)..sy cube utk jd isteri yg baik..insya Allah (kalau ada rezeki) ibu yg baik juge..dan bakal sambung phd jugek..hehe

    • serikandi
      January 17, 2012 at 11:09 am

      Selamat pengantin baru… and all the best for your PhD 🙂

  11. Sri
    January 18, 2012 at 3:49 am

    Very nice write up about the topic.Thanks for sharing your thoughts n knowledge.I simply love the last picture caption.Gelihati tapi memang betul lah tu :))

    PS:Lake District is such a beautiful masyaAllah place..

    • serikandi
      January 18, 2012 at 11:23 am

      thank you : ) Sebab kita (saya) memang mudah sangat nak hot (marah) hehe.. semoga bersabar

  12. anonymous
    January 20, 2012 at 3:18 am

    Saya setuju kedua-dua pihak harus tahu peranan masing2 sebelum mendirikan rumahtangga..seperti membina rumah iman asas utama (tapak)…pengetahuan ialah tiangnya dan pengaplikasian rohani dan jasmani ialah dinding dan bumbungnya…semua masalah rumahtangga boleh diatasi jika pembinaannya kukuh dari awal….rumah xakan runtuh…..;)

    • serikandi
      January 20, 2012 at 8:41 am

      yup.. pandai awak tulis.. 🙂

  13. ila
    February 13, 2012 at 11:29 pm

    Salam, akak..saya baru diperkenalkan blog ini baru2 ini, dan tlah membaca semua penulisan akak. MasyaAllah very inspiring…Boleh saya dpt email akak? Mahu berkenalan dan share your experience as mom and student. Saya master student clinical dentistry UM. banyak ranjau dan duri sepanjang perjuangan terutama lecturer bangsa lain yg prejudis dgn melayu. Kami ada visitor lecture from oversea, the teaching very enjoyable and approach with student very different. kat sini, memang mental torture and lecture akan marah dan akan cari kesalahan walau kita dah cuba buat yang terbaik. Harap tautan mahabbah akan berterusan. Sharing is caring…

    • serikandi
      February 14, 2012 at 8:16 am

      terima kasih.. dah baca semua? hahah sure tertido kan?

  14. layarlara
    November 20, 2012 at 7:47 am

    semasa suami pertama, hampir semuanya tidak saya praktikkan. Apabila saya bernikah kali kedua, segalanya saya praktikkan…alhamdulillah….segalanya memang indah. Bercinta selepas bernikah….

    • serikandi
      November 20, 2012 at 11:29 am

      الحمد الله.
      Dalam dunia ni, selagi kita hidup, memang tidak terlambat untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga kita semua dirahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.