Morocco (1)
June 15, 2012 in My Blog, Photography & Travel

pemandangan indah di Oasis (Wadi) Nejm (Bintang)
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” (Al Hajj : 46).
Kami sekeluarga suka berjalan dan melancong, tak kira tempatnya jauh atau dekat, dan kami sukakan sesuatu yg baru, sukakan pengalaman dan sukakan adventure. Dan sekiranya ada wang lebih, kami lebih suka berjalan daripada membeli benda/barang. Sebabnya, pada berjalan itu banyak pengajaran yg boleh kita dapati, dan jauh lebih baik daripada membaca dalam buku atau melihat di dalam tv. Betullah kata orang2 kita dahulu, jauh berjalan, luas pandangan.
Baru2 ini kami telah sempat berkelana ke Maghribi (Morocco). Sebahagian besar darinya kami tinggal di Marrakech tetapi saya merasakan the highlight of our journey was travelling jauh ke tenggara Morocco melintasi kawasan pergunungan High Atlas dan sempat tinggal bersama sebuah family Arab Berber di gurun pasir dan menikmati kehidupan mereka yg simple.
Saya ni.. hmmm lately jadi malas la nak menulis.. takder mood nak tulis panjang2.. and so, ikut kata orang pictures worth a thousand words, so saya letak pics manyak2 la… pastu saya komen2 sikit bawah tu.. kalau tak paham korang tanya la kat komen eh? Please la komen.. kalau takder sapa komen saya ingat macam takder sapa baca and so mood menulis semakin la kurang.. hehehe. Beberapa orang kawan pernah bertanya sekiranya memang kami purposely melancong ke negara orang Islam. Actuallynya deep inside saya memang merasakan ada benarnya sebab negara2 orang Islam amat kurang exposure kepada dunia luar, dan especially kalau yg ada dalam media banyak yg di interpret oleh kaca mata org luar. And so, saya lebih suka pergi dan rasa sendiri ke sesebuah negara, immerse in their culture, and experience with my own the taste, the sight, the smell etc. Dan morocco memang offer benda ni semua.

deria bau, pendengaran, penglihatan, rasa.. semuanya sedap di sini

Dataran Jam'a el Fina. Dataran ni is heavily protected by Unesco. Adat di sini seperti pertunjukan ular dan trompet, monyet kat tali, bercerita, henna (inai), silap mata etc. telah ada di sini sejak beratus2 tahun yg lalu.

air oren yg freshly squeezed memang sedap utk tekak yg haus..

paling best sekali mestilah shopping kat souk Jam'a el Fina ni..

Jam'a el Fina yg semakin hebat di waktu malam..

Mereka tidak meminta2.. walaupun hanya ada sedikit sahaja barang atau sayuran untuk di jual.. mereka akan try jual. Kadang2 kasihan, bukan nak beli sgt pun barang tu.. kami beli je la,,
Kebanyakan penduduk yg tinggal di utara Africa adalah terdiri dari golongan Arab Berber. Sepanjang seminggu saya di sana, saya nampak yg mereka adalah golongan yg bekerja kuat. Sanggup berpanas2 untuk mencari rezeki. Semasa tinggal di oasis, atuk kepada owner khemah bangun pagi sangat.. walaupun dengan tongkat masih berupaya berkebun, menjaga ternakan etc. Atuk inilah yg telah menjumpai oasis tersebut puluhan tahun yg lalu.

Atuk (kiri) dan ayah (kanan) pemilik Wadi Najm, the Oasis yg kami tinggal. Atuk inilah yg menjumpai oasis ini years ago..
Saya merasa ta’ajub dengan Oasis tersebut sebab, sepanjang perjalanan yg jauh di dalam gurun dan pasir dan tak punyai apa2 mahu pun tumbuhan, in the middle of nowhere tiba2 ada sebatang anak sungai yg kecil dan di kelilingi oleh tumbuh2an. Sungguh sesiapa yg menjumpainya akan merasa gembira.

Kami melalui kawasan padang pasir berbukit dan berlurah, jauh... dengan 4x4 untuk sampai ke Oasis yg in the middle of nowhere..

entrance ke kawasan khemah..

dalam kawasan khemah.. berhadapan yg mountains.. so peaceful here..

terasa diri ini sungguh kerdil dengan ciptaan Allah.. gunung ganang yg sentiasa tunduk sujud danmemujiNya
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ
Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan nya dalam empat hari. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. Fussilat: 10.

Oued Nejm

tenang di dalam Oasis
Family atuk tinggal kat situ, mereka mendirikan sebuah masjid diperbuat daripada batu kasar di atas bukit. Cucu atuk tersebut (bro Mohammed lah yg telah initiate untuk membuka perkemahan tersebut utk pelancong. Semasa kami di sana we were lucky because we were the only tourists. Melihat alam yg sedemikian, gunung ganang yg tinggi dan hebat membuatkan kita merasa sungguh kerdil dgn ciptaan Allah. Khemah tersebut hanya ada basic facilities. Di atas bukit, Mohammed telah membuat takungan air utk mengumpul air utk digunakan utk tanaman masa musim panas. Sekelilingnya, mereka telah bertanam macam2 jenis tanaman. Makanan yg mereka beri kepada kami datangnya dari persekitaran tersebut, dan saya must admit yg tagine situ adalah the best tagine yg saya pernah makan ever! lagi best dari restoran2 besar dan hebat dalam Marrakech.

Brother Mohammad (tengah, baju putih) dan adiknya Ilyasa' (sebelah kanan, baju merah) pemilik Ouednoujoum. Mohammad boleh bercakap 7 bahasa dengan fasih, termasuk 2 bahasa dialek daerah Berber, Classical Arab, English, French, German. Its amazing jumpa banyak org Berber yg jarak mereka dengan sekolah jauh sebab mereka di pendalaman, tapi ada good level of education. Yang belah kiri tu korang tahu ler sapa, Adam dan Bad
Adnan lari.. susah nak suruh dia duduk diam.

masjid yg family tersebut bina jauh tinggi di atas mountain.. kami panjat mountain tersebut utk melihat rumah2 kediaman atuk dan sedara maranya yg lain di situ.. dalam 2, 3 rumah sahaja..

menaiki unta di Oasis..
Kami suka menyedarkan anak2 tentang kesusahan hidup org lain, dan percutian di sini telah berjaya menghigh-lightkan perkara itu pada mereka. Anak2 yg sudah biasa sejuk dan berkipas walaupun di dalam snow terpaksa tidur di khemah yg panas. Bukan kata diorang, kami pun tak boleh melelapkan mata sebab panas. Last2 kami semua keluar dari khemah dan tidur memandang bulan dan bintang di luar. Alhamdulillah… pengalaman…

Adik Mohammad, Maryam menunjukkan kpd kami cara membuat roti..

roti yg sedang di bakar..

disebabkan dalam khemah yg panas, kami tidur melihat bulan dan bintang, sesuai dgn nama oasis ini, wadi bintang.. hanya kami dan the elements...
Pada awal paginya, kami menaiki unta untuk explore sekeliling kawasan tersebut. Bad bagitau, owner unta telah tiba awal pagi semasa gelap lagi. Yg special tentang owner unta ini adalah pada petang setelah kami berangkat meninggalkan kawsan khemah tersebut, kami menjumpai dia berjalan bersama2 yg 4 ekor unta beliau at 30km away, masih berjalan… masih kuat. Kami hon kereta, Bad keluarkan tangan bersalam dgn dia dan dia berlari ke arah kereta bersalaman dgn Bad. Bukan 30 km biasa.. tapi 30 km jalan padang gurun dan panas… kesian unta2 dia.. hehe…tak tahulah kemana dia nak pergi dgn unta2 dia.

owner unta.. saya lupa nama dia, tapi Bad panggil dia Ahmad..

menaiki unta di awal pagi..

bayang-bayang..

unta
By mid pagi, kami dah habis naik unta, punggung masing2 sakit, kami berjalan2 sekitar oasis, Bad sempat solah Dhuha di situ.. terasa amat tenang berinteraksi dgn alam, tanpa apa2 hiruk pikuk kemodenan di sekeliling. Mereka hidup cukup dgn apa yg ada, waktu siang semua orang keluar dari rumah mereka sibuk bekerja membanting tulang, bila petang semuanya kembali dan berkumpul sekeluarga… mereka bahagia… Kadang kala kita terlalu sibuk memikirkan tentang apa yg kita mahu, bukan hidup cukup dgn apa yg kita perlu.. saya rasa malu pada diri sendiri.

solat Dhuha di oasis.. tenang..
Sorry paling byk cerita tentang Oasis sebab 2 hari di situlah telah banyak mentarbiyah kami.. tanpa kata2, hanya memerhati.
Lupa nak cerita yg on the way ke oasis tersebut, kami sempat singgah ke Kasbah Ben AitHeddou. Kami naik 4×4 kat kawasan yg berbukit dan lurah padang pasir untuk sampai ke situ.
Banyak sangat gambar dan cerita.. bersambung .. heheh (sebab nati saya dah habis idea nak cerita apa..)

Kak, gi morocco tak kena buat visa ke dari UK?
Passport Malaysia kena..
Bila tgk semua gambar ni, rasa nak gi sana tp wallahualam bila.semua cantik2.Subhanallah!
ehehe saya kot yg ambik gambau cantik.. hehe
Seronoknya baca pengalaman akak. Sambung lah lagi. hehe
yup tgh tulis.. diharap bersabau.. hehe
saya rasa dekat dengan Akak bila baca posting akak..santai & humble..
tima kasih.. apa yg nak di seriuskan nya kan?
Salam kak..
Kadang2, gambar boleh menceritakan segalanya.
Tengok gambar pondah tau best. Post lagi entry & gambar2 yang menarik ye kak.
tunggu eh? lama pulak process mengupload pics utk mor 2… al maklumla. byk pics.. hehe.. harap bersabar..
Assalamualaikum kak.. saya Fikri Ariffin .saya dlm planning nak ke morocco. kalau boleh nak mintak info ttg budget ke sana. kalau boleh nak mintak tlg kak emailkan saya quotation travel agency yg kak pakai..trima kasih..salam
Salam Fikri Ariffin. Saya tokleh la bagi info, especially not from Malaysia. Saya dah delete email tu dulu, plus saya bertolak dari UK, plus saya tak guna yg budget punya. Maaf.
Salam. Boleh tak beritahu siapa TA yang handle ground untuk ke oasis tu. Me & wife was in Morocco November lepas .. tapi kami tak ke oasis/desert kerana saya tak tahan sejuk. InshaAllah ingin kembali ke Morocco sekali lagi maybe Jun/Jul tahun depan kali ni ke oasis/desert, Agadir, Essouria.
Hari tu kami cover KL -> Casabalanca -> Rabat -> Meknes -> Volubilis -> Fes -> Ifrane -> Beni Mellal -> Marrakech -> Casablanca. Morocco is such a nice country.
Harap dapat membantu.
Salam. Wah bestnya, banyak tempat korang cover. Kitorang haritu TA from UK yg handle, so saya tak sure siapa agent dia kat Morocco.
assalam, wha bestnya. berapa ye belanja untuk bercuti di Morroco. saya nak ke Morocco untuk berjumpa kawan saya di sana.
Susah soalan ni.. belanja tu bergantung pada individu.. kalau awak suka benda luxury mahal lah.. kalau suka benda simple, murahlah..