Elektrik

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

…sesungguhnya, yang takut (khusyu’) dari kalangan hambaNya adalah ‘ulama’ (ahli ilmu)…

Faathir :28

gambar dari Bosco et. al. Gambar retinal nerve fibres leaving the eye through the optic disc in the eye

Pelikkan? Kalau takder electricity korang tokleh baca blog saya ni.. bukan sebab tokleh tengok screen sahaja, malahan otak korang pun tokleh fikir, tangan korang pun tokleh bergerak, malahan jantung pun tak berdegup.

Yer.. dalam badan kita memang ada aliran elektrik (sebab tu kalau tengok drama2 doktor, diorang guna mesin macam iron baju tekap kat dada pesakit, pastu pesakit tu terlompat/terperanjat macam kena kejutan elektrik). Macam mana yg dikatakan dalam badan kita ada elektrik tu? Bagaimanakah ianya dihasilkan?

Dalam tubuh badan kita ni, ada (maafkan saya saya tak berapa reti nak terangkan dalam bahasa melayu sebab masa saya kat medical school semuanya belajar dalam bahasa omputeh, tapi saya akan cuba sedaya upaya saya ok?) wayar2 yg dinamakan system saraf (nerve fibres).

sistem saraf di dalam tubuh

 

Ianyanya berfungsi sama dengan wayar2 elektrik dalam menghantar signal ke seluruh kawasan /otot yg perlu digerakkan. Macam contohnya, otak kita hantar signal je jari kita supaya bergerak sekarang, tup2! Dia bergerak. Macam mana elektrik dalam body kita bekerja?

Kalau dalam bidang fizik atau engineering, kita faham yg elektrik mengalir sebab setiap atom mempunyai charge, charge negative di luar sekali yg dinamakan electron yg bertukar charge dia dari sebelah ke sebelah macam Mexican wave bila org tengok bolasepak.. yg ni bila dah belajar elektrik ke tahap yg lebih tinggi, masa zaman sekolah cikgu cuma kata ‘electron mengalir’. Elektrik dalam badan kita lebih kepada chemical changes. Dalam keadaan ‘rehat’ kandungan dalam sel ada lebih banyak K+ yg bercharge negatif berbanding dengan luar sel yg ada banyak Na+ yg lebih bercharge positif. Perbezaan antara dua keadaan ini tidak cukup besar untuk membuat sebarang perubahan charge. Bila signal di hantar, pintu pagar (gate) dinding sel tersebut terbuka menyebabkan Na+ masuk dan K+ keluar. Pertukaran yg cepat ini menyebabkan pertukaran charge dan serupa dgn mexican wave untuk elektik tadi, signal (transduction) dalam tubuh badan terhasil.

 

 

Itu adalah salah satu contoh pengaliran elektrik di dalam badan. Satu contoh lagi, yg lansung takyah guna otak adalah, kalau tangan kita tersentuh sesuatu objek panas, tangan kita akan cepat2 angkat.. sebenarnya ini adalah satu sistem di mana tanpa perlu signal ke otak supaya ianya cepat. Panjang kalau saya nak cerita dengan secara detail kesemuanya, cukuplah kalau saya kata, indah dan amazing sungguh ciptaan Ilahi.. tak mungkin semuanya ini terjadi dengan sendirinya. Belajar lah lagi dengan lebih lanjut sekiranya anda berminat. Dan belajarlah bersungguh2 demi kerana untuk mengenaliNya, bukan hanya untuk lulus periksa.

Yang paling canggih pada saya adalah jantung. Bayangkan yg jantung kita menghasilkan sendiri electric dengan SA (sinu-atrial) node.. tanpa henti2 selama 70-80 tahun. Bateri apa yg boleh power sehingga begitu sekali tanpa charge? Bayangkan sekiranya jantung berdegup sebanyak 72 degup seminit, maka dalam setahun jantung berdegup sebanyak 37, 869, 120 kali! (72*60mins*24jam*365.25hari). Bentuk degupan jantung inilah yg boleh kita nampak oleh alatan mesin elektrocardiogram (ECG). Dan sekiranya jantung kita ada masalah, bentuk ECG inilah berubah.. itu yg doktor2 boleh baca.

Saya beritahu anak2 saya bahawa setiap makhluk, setiap atom di sekeliling kita sentiasa berzikir mengingati Allah dalam bahasa mereka sendiri. Jantung berdegup. Kalau belajar ilmu fizik pula, setiap zarah sentiasa bergegar (walaupun sedikit). Hanya kita manusia yg leka dan lalai.

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ

…semua yg berada di langit dan di bumi berzikir mengingatiNya… (alHadid:1)

 

Post navigation

2 comments for “Elektrik

  1. Zai
    November 12, 2012 at 1:33 pm

    salam kak serikandi,

    baru berpeluang untuk masuk dan membaca blog ni setelah sekian lama.
    suka dengan post yang ni. dulu2 memang ada belajar pasal nerves system kat sekolah. satu pencerahan yang baik dan sisi pandangan yang lain. Saya sendiri tak terfikir nak related kan urat2 dalam badan kita ni mcm letrik. memang amazing kan ciptaan Allah ni…
    hehe

    • serikandi
      November 12, 2012 at 2:29 pm

      betul2.. saya nak mintak maaf sikitlah pasal posting electric ni.. saya tak put my whole effort into it, and so, jadinya macam tak sedap dibaca.. prob next time saya akan edit and put some more of excitement into the post and then baru baca ada ‘ruh’ sikit lagi.. (sebab masa tulis tu tgh demam 🙁 )

Leave a Reply

Your email address will not be published.