copyright www.serikandiku.com

Umrah

copyright www.serikandiku.com

Berbahagilah mereka yang menjadi tetamu Allah. Tunjuki kami yg benar itu benar, dan dekatkan kami kepadanya. tunjuki kami yg batil itu batil dan jauhi kami daripadanya. Di zaman yg confusing ini, doa yang tak lepas-lepas dari hati saya.

Visit ke Tanah Haram sudah tentu selalu meninggalkan kesan mendalam pada hati-hati pengunjungnya. Tidak hairanlah orang-orang yang telah pernah menjadi tetamu Allah, seringkali merasa rindu untuk ke sana lagi. Saya pernah tulis pasal pengalaman Badrul mengerjakan haji pada post Haji yang lalu. Kali ini saya cuma nak kongsikan 4 kisah sahaja.

1. Kaki tak tebal 🙂

Saya jenis yang memang banyak berjalan atau berlari. Dalam kerja saya, saya perlu selalu berjalan antara satu bangunan ke bangunan yang lain atau satu lab ke lab yang lain. Selain daripada itu, saya agak selalu berlari (run/jog) dengan suami saya. Tapi semua itu saya mempunyai kasut yang special, yang boleh menampung arch kaki saya. Tanpa kasut, kaki saya sakit walaupun berjalan dalam jarak yang sedikit. Dalam rumah pun memang saya ada selipar. (Kesilapan) saya pada kali ini adalah saya bertawaf dan bersaie dgn saya tak terfikir yang saya kena at least guna kasut/selipar yg bersih yang tidak dibawa dari luar untuk itu.

copyright www.serikandiku.com

Bersaie anak beranak

So, by the end of first round tawaf, tapak kaki saya merasa sungguh sakit… sangat sakit sampai memang jalan terdengkut-dengkut. Tapi saya kuatkan semangat dan try tahan.. tapi masa tu kira ok sebab masa tawaf ramai sangat orang dan memang jalan selo pun, tapi yang paling saya terasa adalah ketika saie. Sepanjang saie, kaki saya sakit, kesabaran yang saya perlukan sangat tinggi. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memberikan saya kecekalan seperti Siti Hajar, yang berlari antara 2 anak bukit tersebut ditengah panas terik, tanpa aircond, tanpa teman, tanpa tahu yang akhirnya beliau akan berjumpa air. Keyakinan dia dengan janji Allah lah yang membuatkan perbuatan dia diabadikan oleh semua orang Islam yang bersaie sehinggalah hari kiamat. Seperti yang saya kata dulu, saya ingin selalu rasa khusyu’ semasa mengerjakan satu ibadah, dan sebab itu saya imbas betul-betul kisah ini semasa kaki saya sakit dan bersaie. Dalam fikir-fikir dan menghayati tersebut, berlalu seorang makcik tua di hadapan saya, bertongkat dan berjalan dengan begitu susah-payahnya.. saya merasa sungguh malu… benarlah firman Allah yang mengatakan (haji/umrah) membuatkan kita melihat perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada hati..

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ

“Supaya manusia menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah..” Al Hajj 28

copyright www.serikandiku.com

..yang cacat pun masih kuat untuk beribadah, saya merasa malu dengan diri sendiri..

2. Jadi ‘malaikat’?

Saya teringat pesanan sahabat baik kami untuk bukan hanya menunggu ‘manusia malaikat’ yang akan menolong kita di tanah Haram, tetapi berusaha sebaik mungkin untuk kita yang menjadi ‘malaikat’ di sana. Ada berbagai cara ibadah dalam Islam, dan saya kira berbuat baik dan membantu orang yang kesusahan boleh di buat sambil-sambil kita mengerjakan ibadah yang lain semasa umrah. Sebagai contoh, kami menggalakkan anak-anak kami memberi hadiah (kurma dan epal) kepada jemaah yang lain, mungkin ada yang berasa lapar dalam ribuan manusia tersebut. Benda ini menjadi tarbiyah kepada mereka, memberi kepada orang-orang yang tidak mereka kenali pada mulanya terasa janggal kepada mereka (especially kepada Adela dan Adam yang dah besar) tetapi setelah melihat ‘keberanian’ Adnan (4 tahun) memberi dan mendapat reaksi positif, maka mereka pun mengikut jejak langkah Adnan.

copyright www.serikandiku.com

anak-anak diajar untuk merasa kemanisan beribadah memberi..

Ok, untuk saya pula. Ada satu ketika ketika setelah selesai menunaikan solat Isya’, jemaah berpusu-pusu keluar dari ruangan solat. Di tempat bahagian wanita tempat saya solat ketika itu (saya selalu bertukar-tukar tempat sebab nak banyak tempat dalam merata-rata masjid menjadi saksi tanda sujud saya) pintu/gate tempat keluarnya agak sempit. Kami berjalan setapak demi setapak. Tetapi, yang lebih menyedihkan adalah terdapat dalam 5, 6 orang makcik semuanya berkerusi roda (wheelchair) yang beratur lansung tidak dapat peluang untuk keluar, orang yang ada kaki memang berebut-rebut nak keluar.

 

copyright www.serikandiku.com

pemandangan dalam Masjidil Haram

Saya terus memasang niat untuk menolong dan Allah lapangkan jalan untuk saya untuk terus kehadapan (padahal sebelum itu memang saya menapak slowly). Saya terus kehadapan sekali ke gate, hadang dengan tangan saya (err.. agak mudah nak buat sebab saya agak tinggi berbanding dgn makcik-makcik yang lain) dan berkata kepada mereka, “please sisters, let these wheelchairs come out first, they have been waiting for a while.” Amazingly, makcik-makcik arab dan asia tu semua mendengar kata saya, tidak menolak dan semua wheelchair dapat keluar dengan mudah, then saya keluar, ucap terima kasih kepada yang menunggu then gate tersebut menjadi kembali sempit. Tiada siapa pun yang mengucapkan terima kasih kepada saya tetapi saya tidak kisah, hati saya merasa bahagia kerana telah at least melakukan sedikit kebaikan untuk hari itu :).

 

3. Kisah terpisah

Yang ni agak emotional sedikit. Setelah saya tahu yang kaki saya mudah sakit ketika tawaf masa kali pertama, kali ini saya membawa selipar special untuk saya gunakan ketika tawaf. So, seperti biasa kami anak beranak (memang dah plan this entire umrah untuk beribadah semuanya dengan satu family.. Before kami pergi, kami suruh anak-anak buat ‘homework’ tentang umrah, cari cerita tentang umrah, kisah sebalik ibadah dan kena present kepada kami semua. Kami memberitahu mereka yang ‘this holiday’ is not like any other holiday, takder swimming pool even at 5* hotels, it is all about spiritual holiday and to recharge our iman. Sebab tu mereka mentally prepared dan mereka Alhamdulillah sentiasa bersabar dengan kepayahan dan kepenatan, Adnan pun Alhamdulillah sangat mudah dikejut dari tidur untuk ke masjid walaupun kepenatan, Adam dan Adela juga .. hanya pujian selayaknya untuk Allah kerana menjadikan mereka anak-anak yang sabar dan patuh).

copyright www.serikandiku.com

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Ibrahim: 40)

Kami sekeluarga sedang berjalan ke arah kaabah semasa saya memberitahu Badrul yang saya nak memakai (dan mengikat) sandal (susah pakai selipar nanti orang pijak.. so saya pakai sandal yg ada tali). Untuk mengikat kasut tersebut saya perlu membongkok. Saya tak terdengar pulak masa saya bongkok Badrul memberitahu saya yang di bawak anak2 ke depan sedikit sahaja untuk minum air zamzam. Sedar-sedar saya naik dari ikat sandal, saya tengok Bad dan anak-anak telah tiada disisi saya. Sambil merasa sedikit terganggu (dan menuduh Bad sampai hati menginggalkan saya) saya cepat-cepat melangkah masuk untuk tawaf sambil mata melilau-lilau mencari kelibat Badrul dan anak-anak (umrah time ni memang ramaaaiiiii sangat orang). Tetapi tiada, habis satu round tawaf (sebab kaki rasa best tak sakit) saya decide untuk tidak lagi mencari mereka tetapi untuk concentrate ibadah tawaf saya (sebelum ini saya selalu jugak rasa jealous dengan Bad yang boleh keluar sorang-sorang, malam-malam untuk beribadah etc masa saya jaga anak-anak di hotel).

copyright www.serikandiku.com

tawaf.. labbaikallahumma lab baik

Saya berdoa kepada Allah untuk mengurniakan khusyu’ dan memudahkan ibadah saya kali ini. Dalam ramaiiiii sangat orang dan sempit-sempit tersebut, tiba-tiba saya nampak sebelah kiri saya (kita semua berjalan ke arah kanan, lawan pusingan jam semasa tawaf) ke arah kaabah jalannya menjadi lapang dan kosong. We are talking about between maghrib dan isya’ yang saya rasa bilangan orang yang melakukan tawaf paling ramai. Saya terus berjalan menghala dekat ke kaabah, seolah-olah saya rasa saya boleh menyentuhnya (disebabkan dengan dekatnya saya dengannya).

copyright www.serikandiku.com

Tawaf agak sesak diantara maghrib dan isya'

Bila tiba ke hajarul Aswad, sekiranya saya mahu boleh sahaja saya sentuh dia tetapi saya tidak mahu melakukan sedemikian sebab banyak orang lelaki sedang berasak-asak disitu, saya tak mahu berasak-asak dengan mereka. Semakin dekat dengan jarak kaabah, kita memerlukan kekuatan fikikal yang agak tinggi sebab banyak orang yang menolak dan merempuh, saya sentiasa menjaga diri saya dengan meletakkan kedua-dua tangan di dada, muka pun saya tutup dengan purdah, so pada ketika itu saya rasa selamat dengan keadaan saya. Tetapi tawaf pada ketika itu terasa amat emotional. Boleh tak bayangkan kalau kita tengok filem, bila tiba babak sedih segala movementnya terjadi seperti bayang-bayang dan bergerak slowly dan focus pada satu benda, yang lain menjadi samar-samar, dan dalam kesibukan kita hanya focus pada stau karekter yang special? Begitulah yang terjadi kepada saya, semasa saya melambai-lambai ke kaabah (istilam) saya terbayang-bayang rasulullah saw ada di situ dan saya melambai-lambai kepada baginda, seluruh object dan hiruk pikuk disekitar saya menjadi blur, slow dan out of focus.. yang ada hanyalah Allah, saya dan Rasulullah yang saya lambai. Saya begitu overcome with emotions yang tidak boleh dibendung2 lagi. Saya terbayangkan nabi Ibrahim menyusun batu Kaabah sambil dibantu Ismail di hijr ismail dari kitab2 yang saya baca dan cerita2 yg saya dengar (sebahagian besarnya dari mulut anak-anak saya yang berkobar bercerita sebelum itu).. Dalam ramai2-ramai orang.. hanya saya di situ..

copyright www.serikandiku.com

pemandangan luar Masjidil Haram

Susah saya nak gambarkan, mungkin pada pembaca its nothing worth sharing, Cuma saya nak tekankan, dalam kehidupan kita sehari-hari, kita boleh selalu merasa khusyu’ berseorangan walaupun dalam hiruk pikuk kebisingan sekeliling. Cuba praktikkan dan lihat hasilnya.

copyright www.serikandiku.com

Banyak projek pembesaran Masjid sedang berjalan menyebabkan lebih kurang 1/3 masjid di tutup. Umrah kali ini nampak agak ramai orang mungkin ini salah satu penyebabnya

 

4. Taman syurga (raudhah)

Antara perkara-perkara tidak elok yang dilakukan oleh para jemaah adalah perbuatan menolak-nolak dan berebut-rebut serta kurang bersabar. Selain daripada itu, sesetengah para Jemaah (terutamanya dari Malaysia/Indonesia yang terlalu bergantung dgn buku-buku doa yang tergantung dari leher mereka sehingga mereka terlupa unutk memerhatikan sekeliling. Hendak saja saya menasihati mereka dengan nasihat yang diberikan oleh Sheikh kepada Badrul untuk tidak terlalu bergantung kepada buku2 tersebut tetapi berdoalah dari hati.. straight dari bahasa yang kita faham, ikhlas dari hati kita dalam doa-doa dan percakapan kita dengan Allah.. tetapi siapalah saya, nanti memandai-mandai pula, saya pun bukannya sheikhah.. 😉

copyright www.serikandiku.com

Masjid Nabawi.. Assalamu'alaika ya Rasulullah..

So, dipendekkan cerita, saya dan Adela plan untuk melawat maqam rasulullah saw dan sekiranya ada rezeki, dapatkan kiranya kami bersolat di raudhah.. orang sangat ramai ketika itu di masjid nabawi, kami di susun mengikut group. Terdapat banyak sekatan-sekatan untuk ke tempat raudah/maqam, lepas satu sekatan kami di arah duduk di satu tempat, dalam 4 kali sekatan dan duduk baru sampai ke raudhah. Setiap kali lepas satu sekatan, banyak orang yang berebut-rebut bangun dan menolak-nolak saya dan Adela supaya mereka boleh jadi orang yang paling depan, tapi mostly hanya untuk pergi ke sekatan yang berikutnya. Saya berpesan kepada Adela, “Sabar Lala, sekiranya Rasulullah mahu kita bertemu dengan Baginda, pasti kita dapat juga bertemu Baginda tanpa perlu menolak-nolak dan berebut-rebut dengan orang lain.. we have to watch our manners (jaga adab)” Adela mengangguk tanda bersetuju walaupun saya nampak keletihan yang memenuhi ruang matanya.

 

copyright www.serikandiku.com

payung-payung peneduh untuk para jemaah

Tiba saat kami just outside raudhah, saya diasak dan dihimpit bertalu-talu dari belakang, saya sentiasa mengingatkan Adela supaya bersabar. Tiba-tiba di sebelah kiri saya (saya facing the qiblah) kosong.. jalan yg clear untuk saya bersolat di raudhah dan the closest to maqam Rasulullah saw. Selalunya bila saya nampak kosong, as if kalau dalam filem (tak habis-habis saya ni macam cerita filem) macam ada satu jalan yang terbentang highlighted untuk mata saya seorang.. sebegitu lah yang saya rasa. Saya terus menarik Adela untuk ke situ solat (sekali lagi emotional sebab rasa yang teramat rindu pada Rasulullah saw) sepuas hati. Saya boleh sahaja solat selama mana yg saya mahu kerana polis-polis wanita penjaga tidak pula menghalau saya sebagaimana mereka menghalau orang lain, tetapi saya mengenangkan saya sudah dapat chance saya untuk bertemu Rasulullah dan bersolat di raudhah, saya perlu bagi chance yang sama kepada orang lain. Solat yang pendek tetapi sungguh bermakna, no wonder ianyanya dipanggil raudhah.

peta raudhah diambil dari arosyada.wordpress

Peta raudhah. Saya dapat bersolat di ruangan antara D dan G (paling dekat dengan G). Maqam Rasulullah saw adalah yg no 1, Abu Bakar 2, Umar 3.

 

Penutup

Saya harap para pembaca dapat mengambil manfaat dari perkongsian kecil saya pada kali ini. Tak sampai seminggu kembali dari Makkah dan Madinah, hati ini telah pun merasa amat rindu untuk kembali lagi. Saya terfikir agaknya kenapa haji/umrah menjadi jihad kepada kaum wanita, selain kena kuat fizikal, kita perlu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk tidak hanya suka mengutamakan diri sendiri, berebut-rebut, tolak-menolak adalah merupakan tanda mementingkan diri sendiri tanpa menjaga perasaan dan fizikal Jemaah yang lain.

copyright www.serikandiku.com

pemandangan dalam Masjid Nabawi

Buat yang masih belum ke sana, saya ingin menggalakkan saudara/i untuk pergilah. Bukan hanya sekadar berdoa atau menunggu seruan, but cuba sedaya upaya, kumpul duit, daftar etc. Ibadah ini lebih mudah dilakukan ketika kita muda dan sihat berbanding apabila kita tua dan sudah tidak kuat lagi. Astaghfirullah.

Boleh follow saya atau lihat more pictures dalam album umrah saya Makkah dan Madinah.

p/s: Saya lupa nak highlight kan yg dalam sempit2 tu, everytime bila saya berniat baik, tiba2 ada lorong di hadapan saya seolah2 hanya saya seorang sahaja yg nampak. Actually, setelah berborak dgn beberapa org, ramai mendapat pengalaman ‘lorong’ yang sebegitu juga.

12 comments for “Umrah

  1. June 11, 2013 at 12:10 am

    Very nice story & love the pics

    • serikandi
      June 11, 2013 at 8:57 am

      thank you 🙂

  2. mirah
    June 14, 2013 at 7:34 am

    oh makin rindu ingin ke sana lagi.
    Terima kasih atas perkongsian.

    • serikandi
      June 14, 2013 at 12:58 pm

      kan? rindu sangat..

  3. June 16, 2013 at 4:19 pm

    Assalamu’alaikum ..
    Membacanya membawa saya sendiri menyusuri saat2 yg anda lalui di sana..
    Saya sendiri belum pernah lagi berkesempatan ke sana tapi terasa ‘rindu’ untuk ke sana..
    Terima kasih…

    • serikandi
      June 16, 2013 at 5:42 pm

      Terima kasih. Tanamkanlah cita2 dan semangat yg membara utk ke sana, insyaAllah akan di panggil olehNya

  4. June 18, 2013 at 11:52 pm

    assalammualaikum hi kak elies..
    alhamdulillah akak n family slmt mngerjakan umrah..
    tahniah dr bafti..
    SubhanaAllah teruja org bc citer akak ni..
    bile la agaknye org dpt jejakkan kaki di rumah Allah swt ni..
    terima kasih sbb kongsi pengalaman ngan ktorg..
    insyaAllah de rezeki dengan izinNYA kami akn ke sn..

    • serikandi
      June 19, 2013 at 9:25 am

      wa’alaikummussalam Bafti, tima kasih singgah sini, and tahniah atas baby2 comel… (macam banyak baby ek? but ni termasuk anak2 yg comel2 dulu dan sekarang la..). Doalah semoga Allah menjemput kita menjadi tetamuNya, InsyaAllah.

  5. July 7, 2013 at 6:50 pm

    Salam kak ellies…

    lama betul leen tak masuk sini. last saya masuk sini, adam dan adela kecil lagi. adam sekolah rendah. bila masuk ke entry akak hari ini ya Allah sudah besarnya mereka. bagaimana tak. saya sendiri sudah bertambah anak. huhu. how time flies.

    terubat rindu bila baca entry akak. Alhamdulillah akak dah selesai umrah. saya belum. tapi keinginan untuk ke sana tak pernah padam. benar kata akak. kita perlu cuba usahakan supaya boleh pergi. insyaAllah suatu hari nanti…

    terima kasih atas perkongsian akak. buat saya lebih mengerti akan hal hal hidup…

    • serikandi
      October 16, 2013 at 8:31 am

      terima kasih Leen kerana menjadi pembaca yang setia 🙂

  6. aylee
    October 16, 2013 at 7:25 am

    Salam.

    Kesilapan saya terbaca post ni ketika waktu pejabat ( I was searching for Amsterdam infos). Saya sangat emotional dan menangis sebab terkenangkan pengalaman menjadi tetamu Allah pada 2009. Betapa saya rindukan Makkah dan Madinah. Semoga kita dijemput lagi menjadi tetamuNya, insyaAllah.

    • serikandi
      October 16, 2013 at 8:17 am

      Semoga kita semua selalu dijemput menjadi tetamuNya, tetamu kepada ‘The Best Host’ ever… tak akan pernah merasa tak cukup baik dari segi emosi mahupun fizikal..

Leave a Reply

Your email address will not be published.